funtasticko design

http://funtasticko.net

Apa pendapat anda mengenai Proton Prevé?

103 Komen

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton klip video mengenai pembikinan Proton Prevé, inilah video yang ditayangkan di skrin besar semasa pelancaran rasmi model tersebut. Apa pendapat anda mengenai Proton Prevé? Kongsikan pendapat, pengalaman dan komen anda mengenainya. Kalau boleh bagi cadangan apa yang perlu ditambah baik supaya model akan datang Proton menjadi lebih menarik.🙂

103 thoughts on “Apa pendapat anda mengenai Proton Prevé?

  1. preve perlu cemerlang dalam meningkatkan persepsi masyarakat dunia kepada proton..

  2. tngh tngg ket..nnt dh dpt keta den bg pndpt den:)

  3. proton perlu kekalkan momentum dan taruskn mengkaizen kn lg produk2 akn dtg mrk….insya allah…xmustahil proton akn jd sebaris VW d’masa akn dtg..

  4. As a PROTONian, i’m proud to be one of the team…=)

  5. simply proton listen to a rational comments from us here is good enough towards improving the product. this a land of automotive fan, they know more than just kicks tire.

    we understand some are impatient.
    some are going too far.
    but those comment are sincere from their heart, some are labeled a brasher at certain extent.

  6. truskan kesungguhan anda pihak proton, saya yakin preve mampu bersaing dgn pengeluar kereta eropah, dulu pon saya agak ragu2 jgk dgn kluaran proton ni bnyk owner2 yg memberikan komen2 negatif, tp selepas proton berjaya memperbaiki kelemahan pada proton exora dan model2 proton yg lain serta mencipta exora bold dgn enjin CFE, saya tgk ia amat memberansangkan, rata2 owner yg dh guna exora bold CFE dan CPS baru ini rmai yg menunjukkan komen dan pendapat yg positif, harap mutu kualiti proton dpt dipertingkatkan dr masa ke semasa, saya harap agar model preve ini laris dan mendapat tempat di hati masyarakat bahkan juga berharap mutu kualitinya berada dalam keadaan baik , kesungguhan pihak proton selama 3 tahun dalam pembikinan proton preve ini amatlah dihargai, syabas dan tahniah,

  7. tp sembang dgn sorg kwn yg ada phd keje lecturer nak beli kete baru. dia test drive preve dia puas hati enjin dn exterior tp pasal dia x suka interior terus tak jadi beli preve. dia kata interior nampak murah. sayang pasal ikut kan dia dah mampu. walaupun kita tahu proton dh buat yg terbaik tp pilihan di tgn pengguna kita xleh nak paksa.

  8. Secara keseluruhannya baik exterior ataupun interior, dari segi design nampak baik & memuaskan. Kalau boleh diperincikan lagi mengenai pemilihan warna ( skrg ada grey,hitam,brown), tekstur & finishing bahagian interior. Ada dua jenis tekstur di panel pintu & dashboard yg pada saya agak tidak menarik hati sepenuhnya. Agak risau kalau2 bahagian atas dashboard & panel pintu akan jadi sebagaimana stereng satria neo….tesktur seperti ira kayu secara peribadinya pada saya mengurangkan sedikit WOW di bahagian interior. Aircond controller pada versi executive nampak lebih kemas berbanding versi full-spec. Tp overall adalah lebih baik dari mana2 model sblm ini….p/s : inspira nampk seimbang luar & dlm…cuma originality takdela…model rebatch…

  9. ler dah gaji byk angkat je la keta import, nak pandang apa lagi kat proton huhu

    • yup.. angkat keta import pon lg bagus…lg banyak dia bantu kerajaan… cukai terus bayar kerajaan…
      kalu beli preve …cukai cikit masuk kerajaan pon… duit banyak masuk poket DRB…..kroni…

      • HANG NI BODO KA?
        hang habaq mai..
        cukai preve brapa percent??

        sikit???
        aku nk tanya la, hang rasa cukai preve brapa %?
        cukai honda city brapa %? (untung msk poket sapa?)
        cukai toyota vios brapa %? (untung msk poket sapa?)
        cukai Myvi brapa %? (untung msk poket sapa?)

        aku TAU cukai dia brapa..

        tapi aku nak hang tulis sendiri brapa % cukai yang dikenakan keatas kereta yg aku senarai kat atas tu..

        buktikan yg hang tak BODOH.. buktikan..
        sila tulis cukai kereta di atas tuuuuuuuuuuu…..

        ceh..

  10. Mutu welding dia mnyedihkan jugak la aku rse..cb korg tgk welding pintu dia..even kreta plg murah kt msia skung ni iaitu kancil aku tgk cntik je dia weld..hope ada la yg wat komen kt proton pnya QC dpartment..korg tgk2 jgk lh cmner..ok ke x ok kreta global cm2 cranya..

    • tu keta pre-production la

      • keta nk display n impress pembeli patut letak yg terbaik. jgn bagi alasan pre production ke apa ke. 1st impression sgt penting utk attract potential buyer terutama yg jenis atas pagar. once proton dh realise masalah tu, shud take necessary action utk replace display model tu secepat mungkin. aku dh test drive preve n a bit dissapointed. bab handling aku puji. bab power kena tekan kuat…sluggish..yg ni proton kena retune balik. braking power so so. quality wise out. sbb apa aku cakap out? dua kereta display dah problem. satu keta tu member aku tekan2 break 2,3 kali, pastu terus malfuction..malfunction apa? lampu esc dn oil engine menyala berkelip2 sedngkn kunci tak masuk tak start pn engine. bila nk start engine tak leh start. yg kedua, aircond adjuster dh tercabut. Sngt kecewa dgn QC. it is display car to attract buyer for god sake.

    • kagum.. sure ko terer bab2 welding nih.. huhu.. mostly yg weld guna robot sbb ni buat kt tg malim.. plg less gune human touch.. hehe

    • msti hang kje welding….bleh amik upah psg pagar umh ….hahaha

    • bab welding rasanya pada sesetengah orang nmpak remeh. Tp sepatutnya isu2 sebegini tak patut timbul lebih2 lagi utk showroom debut. 1st impression ni akan disebut2….pre-production pun sepatutnya kena bagi lebih baik dari production…sama mcm kita buat product, level prototype mmg cun, bila production akan ada limitation of manufacturing & mass pro ni dah susah nak tgk tiap2 satu….masa display unit lah nak bg nampak gemapka…saya sendiri tgk mmg terdapat sedikit kecacatan pada pintu dimana bekas welding tu tak di`palam` dgn sempurna…berlubang…& bagi yg suka mencari dimana `ruang2` utk manghentam, inilah peluang mereka…so, jgn bagi peluang la…kosmetik punya isu utk display kena jaga betul2…

    • walaupun welding dia mcam tu, tapi ketahanan dia memang terbaik.

  11. Pilihan di tangan kita sendiri. Kalau dah berkenan dan mampu, belasah jer Preve tu, kita sendiri yg nak pakai dan kita sendiri juga yg bayar. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih …

  12. Model ni diwar-warkan sebagai produk global, jadi apa pulak dengan model-model sebelum ni? Adakah secara tidak langsungnya dikatakan model-model sebelum ni hampeh?

    • meme pom

    • memey pom….ambo stuju…

    • Dulu lebih target kepada pan-asia.

    • maksud yang lebih tepat adalah model terbaru ni memenuhi piawaian / standard utk global market. ciri keselamatan, emission, dan specifications yang lengkap dan dapat memenuhi kehendak global.
      bukan la hampeh, tapi model2 sblom ni kebanyakkannya dihasilkan untuk memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki kereta yang murah. so, kereta murah memang byklah yang ‘dibuang’ untuk memurahkan kereta tersebut. bukan proton je yang buat macam tu. toyota pun buat kereta murah macam Etios utk pasaran India, Vios tu pun tak memenuhi piawaian global. Nissan pun ada ‘sub-brand’ special utk kelas murahan iaitu “sunny”. senang je kan? terbalikkan suku kata je dari Nis-san jadi San-Ni.

  13. proton lagi ada jalan yang panjang nak jalan ….

    Preve still not global standard yet …..

    if want to know what is global standard, can go test drive Hyundai Elantra (Car of the year) , VW Golf or Ford Focus

    • Bagi saya preve nh first stage global Car. Pasal kalau masuk negara lain x perlu nak ubah aper2 dah

    • it might be not the best looking car, but it’s one of the safest one.. =)

    • pelan2 kayuh bro, mmg tak global sangat lagi.. tp langkah yg seribu bermula dgn langkah pertama (btol ke susunan ayat aku ni?) jgn lupa merupakan hasil usaha kalu tak 100% pun 98% adalah buatan anak tempatan. Kekangan kewangan mmg mmbataskan tuk spend more pada design dan kehendak customer. InsyaAllah DRB leh bantu, sbb tu laa antara objective dia amik alih.. nak bantu dari segi kewangan tuk kluarkan model2 lbh mampu saing. Mmg tak dinafikan Hyundai dah jauh ke depan.. tapi PROTON tak jauh di belakang.. mgkin GSC atau preve hatcback nnt akan ada perubahan..

      kita nantikan

  14. kalau beli kereta luar duit Malaysia banyak mengalir keluar.bukan bantu kerajaan banyak pun.melemahkan ekonomi Malaysia ada la.. kalau beli kereta proton duit masih berpusing dalam negara. ekonomi Malaysia semakin kukuh

  15. ape da DRB kroni..betul kan balik statement
    DRB tokey maa,biz dia mmg dia la poket masuk..
    x kan la wa punya biz, tp masuk dlm poket lu..

    under gov salah,da DRB pon salah..masalah la lu..

  16. semua dah terbaik tuk keta preve nie..cume tang stering je kurang berkenan sikit..nape lah pki stering exora..mcm xsesuai gitu..besar sgt yg kat tgh dia (tempat hon & airbang)..kan cantik klu kecik mcm gen2,waja..maybe nmpk lg best..ape pun syabas proton! thumbs up

    • taste msg2 berbeza..
      as owner of previous Proton, i give my 100x thumbs up for implementing Exora stering as Preve’ stering…

    • skali tgk mmg sama, tp kalu tgk teliti,
      yg preve lg kemas.

      aku doublechecked ngn bold yg ada kt shorum jln ampang (sama ngn bold ibu mertuaku) n preve di situ.
      preve itu lg kemas. bold kt area atas volume controller tu fit&finish nye mmg xcantik. preve punya kemas.

    • fursan

      anda pernah masuk x avanza, hilux innova. Cam x ada benda yg sama ketiga2 model nh..

    • honda pakai pattern yg sama je utk steering Civic, City, Jazz and Stream…
      rasanya itulah one of DNA honda…
      why not kite pun wat DNA camtu…
      kos satu design utk setiap model berbeza lagi mahal, sape nak absorb new tooling for plastic injection, moulding etc…

      • die x pernah masuk kereta2 yg kite sebut nh x. X pun kalau H T and N buat semua jenis ok jer. biler p1 buat mule membebel.

  17. Siapa boleh bagi tahu macam mana nak memastikan ESC berfungsi. Bila saya tekan butang tu tak ada apa apa pun perubahan.

    • ESC all time on…
      nk offkan tekan 5~6 sec baru function off.
      kalau drive lebih dari 160km/h, dia akan on sendiri..

    • bro..welding pada badan kereta mcm mane??…kau kasi upload sikit gmbr…bagi bukti sikit basher2 proton ni…TQ

      • dekat pre production car mmg nampak kurg sikit. Saya pun ada tengok. Tapi x sempat nak tengok production car punye.

      • Aku bkn xske proton..mmg niat aku nk amik pn preve nie..aku naik kn kt cni cter sal weldg nie sbb aku da trbca dlm blog lain org dok kmplen..2 yg g tgk sndiri 2..klu part yg xnmpk kt mta 2 xpe lh..go on je jnji slmt..even aku tgk personanya pntu cntik je..mmg pkai machine..bis2 xkn kancil yg aku kta lbh baik touch up dia 2 pkai tnaga org kot..haha..well pndpt aku cma proton jgn la pndg remeh pd tmpt yg mgkn org trlpas pndg 2..

    • as mentioned by Mr M.Y…ESC is always ON as default…
      it will turned OFF when u press the ESC OFF button on dash panel…
      as long as on Meter u do not see ESC OFF lamp, it is active…
      then try slalom ur car, if you see ESC lamp is blinking and heard some sound from engine room, thats mean ESC is working…
      anyway, SAFETY FIRST!

  18. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam

  19. the youngman t5

  20. off topic,

    kat taman saya dah ada sorg pakai preve’. Baru amik rasenyer. Yg paling terbaik LEd light die.. Plat AHW 8xxx. Maknyenyer akan banyak preve akan start plat AHW 9xxx dan AHX.

    • Kaler hitam ke bro?

      • x pasti lak. Adik saya yg nampak. Elok jer lalu depan rumah lepas tu parking dekat rumah jiran.
        Kenapa bro. Ada kawan2 pakai gak ker.?

      • Takde la apa, sebab beberapa hari lepas ada selisih kat pekan Tg Malim, plet AHW 8*** hehe.. semua mata tertumpu pada famili yang drove Preve tersebut. Amat menarik🙂

  21. Gua salah seorang pemilk PREVE (A) cvt 6speed..so far xnyesal lagi..prestasi memuaskan..handling sedap..pickup ok cuma respon lmbat sket..bunyi enjin kuat sedikit tetapi acceptable..akan lebih kuat lepas 140 km/h..interior xsehebat premium tetapi sedap mata memandang..nak kata bagus sgt xjugak..tapi better dr previous proton model..

    p/s: pagi tadi bontot kene cium..adoi..seb baik sket jer..

    • aku rase driver blakang keta ko ‘terpesona’ sekejap tgk preve tu yg x sedar kene masuk brek…lastly terpaksa la ‘cium’ sket bontot preve🙂

  22. dari pemerhatian saya…luaran okay saja…cantik jugak…yg problemnya interior finish….dashboard agak disappointing…masih terlalu plasticky…mungkin sebab expectation tinggi sikit kot sebab komen2 yg di baca dalam “proton sales” site tu..bab welding kat pintu tu harap dapat improve ler…memang bendanya nampak kecik ajer tapi xsyok ler …sebab masalah ini xder pada proton2 sebelum ini…BTW pintu ini vendor buat ker Proton buat?
    Belum test drive lagi dan yg saya tengok adalah model executive.

  23. klu mcm ni baru la tak plasticky huhu

  24. off topic,

    lagi myvi extreme terbang. Paling best kena langgar dengan Golf lak tu..
    http://ondscene.my/kemalangan/kisah-di-persimpangan-lampu-isyarat

  25. ni yg lemau nih, kang kata bodo kang mrh, nanti kena muka aku balik coz aku rg malaysia jugak. Kete showroom, xstart enjin, bateri pasang, hang duk main ini, main itu,tekan ini, tekan itu, mmgler malfunction, lampu check engine akan nyala coz bateri xcukup kuasa, xrecharge coz engine x idup. Mmg akan malfunction. Ada ker org bwk kete enjin xidup?

    Ni slh showroom gak coz kete showroom xsepatutnya connect batery. Ko g showroom lain. Aderker org main powerwindow up n down? Xda, masuk tgk2 jek. Klu pwrwindow duk up and down, bateri xrecharge coz enjin xidup, lama2 motor bleh panas n silap aribulan king kong. Xcaya, cer on kunci tanpa idup kete, tekan pwrwindow kete anda, cermin akan naik turun lebih perlahan berbanding klu start engine coz xcukup power bateri dia.

    Haishhh org kite, xabis kebangangannya. Bile lar nak abis kebodohn tuh. Maaf ayat kasar, tp makna mendalam.

  26. Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

    Pada pendapat saya, tahap kualiti Preve masih kurang memuaskan dan masih jauh ketinggalan berbanding seteru terdekat Perodua. Bukan saya mengagungkan Perodua, tetapi apa yang dilakukan oleh Perodua untuk memastikan setiap kereta mencapai kualiti terbaik perlu dipraktikkan dalam Proton.

    Berikut adalah hasil pemerhatian saya pada kereta yang digembar gemburkan sebagai kereta global:

    1. Pada permukaan dashboard, marking untuk passenger airbag deploy terlalu jelas (seakan sink mark) sehingga mencacatkan keadaan surface dashboard,

    2. Garnish A-pillar sebelah pemandu (kanan) goyang goyang tidak rigid boleh ditolak-tolak dengan jari. Anda boleh menguji mana2 kereta keluaran Toyota, Honda dan Perodua untuk perbandingan)

    3. Bumper belakang kiri dan kanan level dengan body terlalu timbul keluar. Sesuatu yang pasti anda takkan jumpa pada mana-mana kereta Toyota.

    4. Bumper hadapan kiri dan kanan gap/clearence terlalu besar sehingga nampak bahagian dalam. Untuk kereta toyota, clearence akan dikawal dan dipastikan antara 0mm~1.0mm

    5. Part getah+plastik kecil center console berhampiran hand brake lever mudah tertanggal.

    6.Turbo unit walaupun pada unit pameran sudah berkarat

    7. Gantungan (cangkuk) ekzos walaupun unit pameran sudah berkarat

    8. 3 biji part plastik diblakang seat penumpang belakand diatas panel speaker mudah tertanggal (tak tahu apa fungsi part tu, tetapi mudah tertanggal, mudah hilang jika terdapat anak kecil yang gatal tangan usik)

    9. Penutup minyak clearence depan dan belakang tak sama. Dan ada yang Ok ada yang tak OK.

    10. Apabila buka boot belakang ada bunyi squeeching (eekk ookk) akibat pertemuaan besi dan besi. Masih tertanya tanya kenapa tidak menggunakan horoscopic cylinder semacam Persona.

    Ini sebahagian pemerhatian saya selama 15minit di pusat pameran dan saya berharap ada perubahan selepas ini.

    • atan,

      15 minute x meceritakan segala2 nya. Ya, mmg x semua perfect tapi Seperti anda katakan, apabila anda bandingkan dengan toyota, semua toyota akan menang.

    • Dan saya nak bagitau, dlm banyak2 showroom kat dunia nh, Showroom p1 aadalah antara showroom yg dihenyak oleh customer. Ada ker org pergi showroom t, h, n, ketuk sana ketuk sini, tutup pintu, bonet kuat2 dan semua benda digodek dengan teliti. Dan lagi satu, Hanya di p1 sahaja Mata org akan jadi tajam setajam2 pisau.

      • Bro Atan ni kan keje Toyota….biar le die bro… Org keje Toyota ni mate die memng tajam…Tajam sampai #$%^&9^&*…..itu ape yg die nmpak…

        Tp btul la bro dlm bnyj2 showroom dlm mlysia ni,,Proton la yg selalu dilanyak…tetibe org yg masuk showroom tu jd org “apes”….masuk bonet henjut2….ketuk2 fender..bumper pintu nk tgok solid ke x…tekan2 bonet depan keras ke tak..hempas2 pintu bunyi besi ke x…..ketuk2 dashboard dengar solid x bunyinye…memng x heran la keta showroom proton ni ade je kekurangnny…jahanam sana sini…

        Cb g showroom Tyolta..Hondak.dll…masuk pon alahai sopan2….usap2 kete…bukak pintu pun mak aii..kalah pondan siam…(jage2..kete mahal)..tutup pintu kete pon kalu boleh nk tiup je..x nk gna tgn….

        Perodua pny finishing baik ke????(oh yaaa sebab dia saudara tiri Toyolta…)
        finishing baik pon tp kalu NVH mcm hampeh x gune gak..hujan je mcm duduk rumah atap zink…radio full volume pon dh x dgr..(memng la x dgr..radio cap diri sendiri)…teringat plak ade citer kat satu show…”brake rubbish…seat rubbish….tok tok tok (ketuk2 door panel)..that rubbish”…..

    • Ikut suka, saya just nak brkongsi pendapat, mungkin mata saya tajam kerna dah mejadi rutin..akan tetapi saya amat berharap sesuatu dilaku utk meningkatkan mutu proton…jika sy hanya ambil masa 15minit menghighlight masalah, xkan yg hari2 tgk xdpt kenalpasti…all da best to proton..kualiti pun kenalah setaraf kereta global yg lain..

      • saya xsalahkan awak, tapi itulah realiti kita org malaysia.

      • bab kualiti kita dapat berdasarkan apa yang kita bayar. Pernah saya dimarahi kawan saya kerana tersepak plastik panel door vios dia sampai bercalar.. Untuk kereta yang bertanda harga bawah rm 100k kita tidak boleh mengharap sangat kualitinya ok. Bila sudah beli terimalah dengan seadanya dengan apa yang dibayar..dulu masa mula2 saga blm keluar saya seperti saudara atan juga, masuk dalam kereta, dan dalam masa yg singkat dapat rectify masalah kualiti, tempat laras aircond ketat,ada gap di dashboard,bunyi di sini sana..dll..,apepun saya belum sempat melihat lebih jelas preve di showroom. diharapkan kualitinya bertambah baik berbanding kereta proton sebelum nie..saya di dalam perkiraan nak ambil preve ataupun nissan livina Xgear..beza harga dalam 10k..actually kompius nak amek sedan or crossover..hehe..

    • bro, ini showroom unit kah?
      Mungkin kualitinya bukan yang terbaik, apa kata periksa balik benda yang sama pada versi production yang akan diedarkan kepada pelanggan.

    • Bro Atan boleh jadi QC inspector terbaik ni….mau tak keje di Proton?

      • bro theking,

        Saya x pernah lagi lihat/dengar pengulas automotif ulas tentang label airbag dashboard. Nh seriously kali pertama dalam hidup saya. Tapi x pa. Ulasan yg membina..

      • Bro…die dh keje Toyolta…poket kembong daa..Proton die x pndang… (lagi sedap makan sushi daripada nasi putih)…..

    • Saya rasa sblm ini pn dah ada yg maklumkn yg showroom nie boleh dikatakn semua pp unit bknnya production unit.i… nasib baik gak tu proton x tontonkn prototype unit je semua… mungkin proton ada sebab tertentu kenapa tidak digunakan production unit contoh nya katakan dlm malaysia ada 200 proton edar… 1 proton edar dpt 2 unit… 1 test drive n satu showroom so 200 x 2 = 400 so proton dah rugi 400 unit… plus semua itu akan scrap…

      1)pengukuran apa yg atan guna untuk mengukurkn jelas atau tidak? bape intensity cahaya n perbandingan dgn h, t, n p2 mesti ada satu parameter pengukuran. takat mata saja x cukup atan … kapal terbang di angkasa nampak kecil… kita sangkakan kecil tp hakikatnya bila depan mata besar kn… so mata sahaja x cukup..

      2)masalah rigidity? sama juga bpe reading yg atan dapat?ukur guna apa?

      3)rambut sama itam hati lain2… ada org kata bumper blakang cantik dr t, h, n p2 ada yg kata tidak… so ia subjektif

      4)atan x measure mana tahu?saya juga boleh kata gap dia 0.11111mm sbb apa saya kata sbb just nk kata..ada saya measure… tak kn klu saya measure mesti leh tahu reading gap dia.

      5)atan mesti tahu mangga solex kn?itu pn org kata x kukuh mudah tertanggal sbb apa ek? so jawapan dia ada yg guna asid n ada yg guna master key…. setiap benda ada limit dia min limit operation/default limit n max limit so klu exceed max limit mmg benda apa pn jahanam.

      6)ia adalah pp… itupn nasib baik pp n bknnya prototype…🙂

      kesimpulannya :-

      1) lain kali ukur betul2 buat perbandingan secara ilmiah baru org leh terima… ada data semua n bkn sekadar guna mata.. mata atan x qualified.. dah bpe lama idup?dah pernah ke service mata?cuci mata selalulah kn🙂 tp servicenya mcm mana.. guna je x service jahanam mata 2… benda apapn sama…

      2)klu buat perbandingan simple… ala2 org malaysianya style.. so preve value for money… value for specifikasion pn ye… banding la toyota altis, honda civic, honda city, toyota vios, n lagi terkebelakang la perodua…

      • Mungkin sukar untuk di digest oleh rakyat marhaen..saya memang kerja QA/QC engineer di Toyota…dan perkara-perkara yang dikongsi adalah menjadi perkara amat besar/serius sekiranya berlaku di Toyota.

        Ermm..untuk marking untuk airbag crack apabila nak deploy tu, anda masuk dalam Preve sebelah penumpang, ada nampak tak marking pada dashboard. Cuba anda masuk Myvi, langsung tiada kesan marking…kan lebih cantik marking tu invisible

        Untuk fitting bumper yang baik, gap dengan body panel adalah serapat mungkin dan levelnya kedalam. Untuk Preve, levelnya terkeluar dan cacat. Mungkin standard berbeza tetapi kebanyaka pengeluar akan memastikan bumper kedalam untuk nampak kemas.

        Berkenaan rigidity, ujian tolak tolak part sudah cukup menentukan rigidity. Jika tolak sikit pun dah bergoyang dan tertanggal, so tak OK lah

        Cheers..

      • Yang pertama ia adalah pp itu ada yg tjumpa masalah welding n bagai…

        yang ke2 klu bro eng qa/qc saya rasa should b pro la… n bknnya ukur guna tool yg salah… sy pn engineer gak tp biasa buat prototype je… n adalah test2 bagai kat prototype 2… n rigidity pn ada gak test selain dr reliability.. n sy x gunakan kaedah just tolak2 cam 2….

        akhirnya… setakat hari ini masih tiada lg yg sy ketahui user yg dah dpt kereta complain mengenai welding 2..

      • sy dah byk kali masuk showroom tgk preve ini. ada la dekat 4/5 kali kot. tapi showroom lain2. saja singgah klu lalu mana2. dah pernah test drive skali.
        mmg berhajat nak angkat preve nie.. kumpul wit sket dan tunggu facelift akn datang.

        >>Features yg sy wish ada kat facelift akan datang :
        1. reverse camera(mcm exora bold tp klu boleh jika tak reverse, tak nampak kotak square camera kat cermin tu. mcm forte, mmg tak nampak langsung)
        2. tambah bodykit baru. – nampak lagi cun!
        3. trim pintu bahagian belakang sama dengan pintu depan. soft material dan ada trim wood tu.. maybe proton mmg simpan utk facelift😉
        4. rear aircon vents(dual zone) – tak penting sgt pun sbb aircon proton mmg terbukti sejuk.. klu ada mmg bonus la..🙂

        >> my komen dgn harapan proton dapat baiki. ye la kan.. dah beli dengan harga 70k lebih.. nak la yg terbaik…
        1. bunyi power window masa mula2 nak buka.. agak ‘harsh’ bunyinya.. compare dengan vios atau city, senyap sket. mungkin sbb pakai jenis scissor. compare dengan yg pakai cable.

        2. glove box kene tutup kuat sket. buyi pun tak syok. hmm.. jgn marah ya bro mat @ prolever, sy dah tgk hyundai elantra, mmg pakai mechanism yg sama. tapi dapat tutup dengan mudah dan kurang bunyi.

        3. spt kata atan pasal plastik yg mudah cabut kat bahagian belakang seat belakang(skali dengan speaker tu). mmg mudah sgt tercabut dan nampak murah kualitinya.. sy pun tertanya2 apa fungsinya..

        4. nak tutup bonet belakang bunyinya tak best. mcm ada besi yg berlaga.. kene kuat sket.. compare dengan vios saudara sy punya.. agak lembut bunyinya dah mudah tutup.

        5. lever tempat tinggikan seat driver bergesel dengan bahagian plastik kerusi.. sy ternampak dengan kereta versi produksi. mmg jelas nampak bergesel. mungkin unit ini sahaja yg terjejas.

        6. arm rest yg boleh slide kedepan. mcm elantra dan honda civic skrg. untuk lebih egronomic ja.

        7. tempat simpan barang belah driver bawah push start/stop button, bila buka rasa mcm simple sgt. klu nak bagi feel premium, boleh kasi bila buka, dia turun slow2 sket. mcm buka glove box.

        8. hidden viper mcm keta bmw dan merc. nampak stylo sket🙂

        9. sy suka fabric seat. leather seat panas klu keta berjemur kat panas. klu teksturnya mcm seat vw lagi best!.

        10. softplastic. ya.. mcm bro fridzmax pernah ckp. tak berapa soft. pernah rasa volvo60 (http://www.carautoportal.com/volvo/volvo-s60.php) punya dashboard dan ford s-max skrg, lagi soft. maybe lagi mahal. but good effort proton dah buat skrg. vios dan city mana ada kan?

        11. sy nampak kat handle nak buka pintu (dari dalam) ada gap agak besar antara tuil magnesium tu dan cover dlm tu. aiseh. mcm mana nk bgtau ek.. try tgk dulu, pasti korang akan nampak.. klu tak, sori la.. maybe pandangan sy ja.. huhu..

        12. NVH. mungkin expectation sy terlalu tinggi. but klu bunyi turbo tu boleh kurangkan lagi, lagi best! kene rasa bawak dulu golt tsi baru dapat compare kot.. but rata2 journalist kata mmg terbaik dah nvh preve ini, so mungkin sy yg silap!

        13. pemanduan. hmm.. sy tak prasan lak yg org dok ckp2 slow sgt masa start jalan. cvt mmg smooth even pakai padle shifter pun susah nak agak bila nak shift gear, kene tgk rpm baru tahu. bestnyer mmg ada rasa “engine braking” masa drop gear, mcm jean alesi ckp, sesuai utk tackle corner. but mmg spt org ckp cvt bukan utk pemanduan yg ‘sangat’ sporty.

        ok lah so far tu ya my personal comment. tajuk post nie pun “Apa pendapat anda mengenai Proton Prevé?” kan.. maaflah sy bukan nak kata keburukan preve, tapi sbb sy bandingkan kete2 seangkatan dengannya, ada areas yang boleh diperbaiki.. maybe kos akan tambah, but apalah kiranya benda2 kecil ini diperbaiki agar nampak lebih baik.
        sy bukanlah expert QC, but pandangan atas mata kasar dan sentuhan tangan rakyat jelata ja..

        cheers!

    • Atan,kalo ko pegi showroom kete lain pun mmg ko check detail mcm ni ke?kuikuiBoleh

      • Semestinya…mana mana kereta saya akan check…sudah manjadi habit saya…benda pertama yang saya buat adalah check part fitting quality..stakat ini saya amat puas hati dengan kualiti kereta Volkswagen (untuk kereta spec rendah lah, kalu spec tinggi lain cerita lah)..hampir perfect..mungkin mereka mempunyai teknologi untuk memastikan part yang dikeluarkan untuk pertama kali sudah mencapai standard yang tinggi…=)

  27. harap lps ni SA proton kena bagitau pelanggan yg dtg ke showroom kualiti kereta pre-production bukanlah ukuran kualiti kereta yang sebenar. ala mcm beli baju la yg display unit tu utk test saiz dan pilih warna je, kalau ada butang tercabut ke, koyak sikit ke bukanlah bermakna baju dlm plastik pun mcm tu.

  28. Hurm. Maybe spec proton same ngan Toyota kot. Try gih check yang masspro dyer kete. Better rasanyer. Tapi bab display pp car in show room without repair is unacceptable. Biar rugi 400 kete. Jgn rugi 4000 kete biler kes kes welding n etc diputar belitkan. Lagoon. Pp car yg proton buat memang xsematured pp car vios ker city pasal derang dah rectify prob tuh masa pp kat Thai. Lg pon pp proton yg didesign Oleh jurutera muda proton mmg jauh quality ngan yg didesign oleh otai otai jepun. Aper per pon lesson learn for proton lah. Harap Sukses. Xjaya kat mesia pon. Sale kat oversea baek. Good enough already

  29. aduh
    juruterajahat-0 , atan-1
    well done atan

    juruterajahat
    tepis berjela2 pun tak guna,atan tuh QC toyota
    acept the fact,dont ignore ok,patut bersyukur la pihak lawan bg point2 yg bagus untuk future improvement

    kurangkan ego anda,tk salah belajar dari pihak lawan–infact thats the best thing u could copy from them
    part of our learning process is to accept & admit the mistake being done
    by not admitting the mistake & trying so hard to ignore it,u will not learn new things

    • smlm aku nmpk lampu blkg toyota vios penuh air dua2 belah gak tu..tahniah la qc toyota yg sgt rajin buat kerja

  30. cani lah.. tak kira orang tu keje apa, atau siapa dia.. kalau benda baik nk jadi kat dia, pasti jadi.. kalu benda kurang baik nak jadi.. pasti juga jadi.. TAPI!!! ha ada tapi nya.. kalau rasa hati tak yakin, dan hati was2 jgn di teruskan.. sebab apa?.. kalau was2 masa ibadah tu mainan setan (kena yakin n teruskan).. tapi kalau was2 nak beli barang ni, mainan hati dan perasaan.. kalau kita yakin dengan keputusan kita, maka teruskan.. kalau was2 amik masa utk berfikir, tolak campur balik kira2.. timbang2 balik positif negatif nya.. supaya xnyesal masa depan nya..

    benar sekali, kete toyota memey bagus.. yang tak bagus nya harga dan kualiti tambahan yang asal ada atau BOLE LA je… berbaloi kah membayar 76ribu utk type J vios? tepok buah dada tanya saiz bra anda (itu kalau anda cewek) kalau anda pria ganteng.. cek salary slip tengok belen..

    lihatlah malaysia, bukan main untung bagi mereka yang beli persona highline.. serba serbi completed lah.. murah pulak tuh..lepas je FREE WEI (PREVE) ni kuar, dah xda lg persona non grata highline nih.. yang tinggal cuma si babi msk asam pedas line (opss baseline)..

    name pun barang mesin yang buat, di cek pulok dek manusia.. pasti ade kurang dan cacat nye.. gini la aku ajo kamu perumpamaan.. sebelum bernikah, kamu kenal sorang awek nih.. kemain sume serba okay la.. body mantop, muke comey, akhlak baik, senang cerite mmg padan lah.. tau2 dah nikah je, baru nampak lemah dia.. suruh masak gulai tempoyak, jadi gulai rebus pulak.. suruh picit, jadi karate plak.. perut dulunya nampak rata, ropenye buncit.. jadi menda macam ni memey perlukan tolak ansur.. kamu kena soba kek dio.. perangai dio.. mcm tu la gamak nye kereta, kan ke orang selalu panggil kete ni bini no 2… so pahe2 la..

    kereta ni, barang keperluan yang jua menjadi kemahuan dan impian..

    kalau keperluan, kate la kamu da kawin anak 2, koje kerani kek soromban,gaji ee rm1500 jo jang.. tp perlukan keta .. perlu nya luas sket maka beli la proton saga- murah (bayar bulan2 bwh 400 jo ha) dan luas la jugak, ada bonet simpan barang n paling penting family kamu xbasah dek hujan.. naik muto bule gak, tapi xda la bunet, basah plak tu n sempit..

    kalau kemahuan.. kate la kamu ni koje bagus, ada family.. mahu nya pasti tggi skit.. sbb kalu mahu ni org ada duit xtra je ada mahu itu ini.. maka sesuai kan dgn duit kamu.. kalu kamu rasa tak kesoh bayar bulan RM1300 selama 9tahun utk honda civic 2.0 maka itu hak kamu.. terus kan je niat tuh, persetan kan ckp2 orang… yang rugi nya kamu, yang untung pun kamu.. kami xda pasal dgn kamu…

    kamu impian pulok.. kate la kamu ni dulu orang susah, belajar sungguh2 dah tua jadi orang hebat, pasti ada impian, kate la kamu impian nak beli ferrari dari naza, duit ada 10juta.. apa ada hal.. beli aje, kalau kamu mati nanti bukan bule bawak duit tu..anak bini kamu yg perabih.. sementara hidup ni rasa je hasil titik peluh penat kamu.. ini namanya menghargai diri sendiri..

    gitu la gamak nya.. bior apa orang nak kata, kamu kena ada pendirian.. dan cari ilmu ttg apa kamu nak beli… kita ni otak ada, maka guna kan sepenuh nya.. ALLAh hadiah kan kita otak, gunakan sebaik nya..

    okey? ada paham? nak lg?

  31. I pn engineer, I dh design banyak..honda kap, ex5 n mcm2 la..sume HONDA..so, I xpuah hati ngn toyota, VW, Hyundai, BMW, proton sbb xabik I keja wlu dh bpuluh thn pglaman..frust…….I dh compare, preve mmg laju dr ex5..that all..thx…

  32. preve mcm sampah..

    • ya dari pandangan kau mmg macam sampah,sampah yang MAHAL tapi BERPATUTAN!dari mulut kau yg bau sampah langsung tade nilai .so nampak tak sape lagi hina?

  33. Sy diantara pembeli terawal Preve dan hampir sebulan saya menggunakannya.Bunyi engine agak kasar dan bunyi alarm seat belt sgt kuat..so kalau nak pergi kedai dalam kwsn taman pun kena pakai seat belt utk elak bunyi bising..ruang bonet sangat luas dan seat penumpang bhgn belakang juga luas dan lebih selesa jika dibandingkan dengan waja..Saya x menyesal menggunakannya malah saya berbangga dengan kereta buatan Malaysia…

  34. tengan peniing nak wat pilihan antara alza@preve.,byk komen x berdasarkan pengalaman orng memilikinya dan merasai,lbh cenderong kpd sikap membuta tuli dan ego dlm support@compline,rasanya ramai yg keje dngn proton atau toyota je bg komen,harap2 ada komen membina dari owner preve sendiri,lg bagus kalu ada alza dan preve,

    Harap ada yg membantu memberi komen yg membina dan lebih adil

  35. aku pengguna preve .. kalau u nak angkat alza .. alza tu bg aku station wagon bukan mpv kecik sgt.. sempit.. baik amik EXORA , aku masa beli dulu aku yakin model baru ni ada pengukuhan dr segi kualiti jika nak dibandingkan dulu.. jika ada masalah pon service centre proton pon byk improve.. complain jea semua dia tukar baru.. bro.. kalau u nak beli u kena yakin jika u was2 jgn beli sbb u akan menyesal .. preve yg aku guna dah 6 bulan kilometer dah 40k rosak ?? setakat ni belum ada yg rosak.. handling mantap luas puas hati.. x kenal maka x cinta… org yg dok komen negatif tu sbb dia x mampu nak pakai kereta .. sembang lebih.. cakap2 ayam.. jika u punya duit lebih amik toyota, honda , mazda dll ,, alza anak 2 org ok tapi kalau dah 3, 4 x cukup ruang .. adik aku ada guna alza ni .. ok semua peace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s