funtasticko design

http://funtasticko.net

Lotus masih milik Proton!

28 Komen

DRB-Hicom Bhd menafikan yang mereka bakal menjual Lotus kepada syarikat yang berpangkalan di China, Youngman. Menurut star-motoring.com DRB-Hicom Bhd akan terus memberi sokongan kepada Lotus untuk mejalankan operasinya termasuk pembangunan model baru. Diharapkan berita ini dapat memberi keyakinan kepada kita yang Lotus masih lagi milik Malaysia. 🙂

Advertisements

28 thoughts on “Lotus masih milik Proton!

  1. great news indeed

  2. DSZ akan ke Lotus?

    Atau DSZ setuju untuk tidak berada di bahagian pengurusan Proton tetapi di Lotus?

    Atau mungkin DSZ akan berada di Hethel untuk mengantikan Dany Bahar?

    Atau jika DSZ ke Lotus, jawatan apa yang sesuai?

    ATAU MUNGKIN 2ND HEAD MARKETING PROTON YANG SOUND CAMPRO NI KUT YANG KENA TRANSFER KE UK JADI SALES GIRL KAT SHOWROOM SANA KUT?!!! KAH KAH KAH… Gurau jek… jangan lak cik puan tu marah lak kat admin… sound terus jek kat aku…

  3. tak silap ada press release dari lotus yg inform CFO proton akan join top mgmt lotus… rasa pasal drb nak org kita utk manage & review financial situation kat lotus… memandangkan drb akan pump fundings yg lotus perlukan..

  4. Dssz mendapat tawaran ke syarikat automotif di China dan tawaran ke Tabung haji katanya. bulan puasa dia akan bercuti sebulan di mekah untuk mencari ilham dari Allah swt mana yang terbaik.

  5. Satu bingkisan untuk difikirkan bersama. Tak semestinya 100% air tangan anak tempatan itu bagus, jadi kena ambil yang terbaik:-

    http://www.cbt.com.my/2012/02/21/national-automotive-policy-review/

    Plus, in a globalized world, no one single country handles end-end vehicle development work exclusively anymore. The Chevrolet Camaro, an iconic American car uses a platform designed by Australian engineers at Holden. Austria does not have any car companies but Magna-Steyr developed the folding hard-top for the Mercedes-Benz SLK. The Chevrolet Cruze had its developed work spread across South Korea, China and Germany.

    And to further emphasize how globalized vehicle development has become, the Ford Mustang, the most American of all American cars, is designed by a Vietnamese American, Hau Thai-Tang. The Chevrolet Camaro is designed a Korean, Sang Yup Lee. A Chinese woman by the name of Wulin Gawao heads GM China Design studio and designed the Buick LaCrosse sold in USA. It’s all about the best man or woman for the job. There was no talk about only an American can design an American car.

    *Saya suka ayat “It’s all about the best man or woman for the job. There was no talk about only an American can design an American car.” Boleh relate dengan Proton. Ia bukan semata-mata perlukan anak Malaysia merekacipta kereta Malaysia, ia tentang orang yang terbaik yang boleh merekacipta kereta Malaysia?

    • saya setuju, sambil kita boleh belajar daripada mereka ni.. kalau KIA ambil Peter Schreyer design kereta diorang, Adrian Van Hooidonk design kereta BMW kita pun boleh cari orang-orang berbakat macam ni bantu cipta kereta Malaysia kan? tak gitu

      • dulu.. Cost as a guide for developing product.. x kisahla letak mat saleh manapon.. harga produk telah ditetapkan..
        future.. priority for styling.. follow by others.. semoga anak tempatan boleh menunjukkan bakat sebenar.. chaiYok!

    • juz my interpretation,

      the best man/woman for the job = knowledge and experience

    • Artikel yang bagus untuk dibaca…

      Boleh dikatakan NAP di-flip-flop-kan oleh Kerajaan disamping hala tuju polisi sememangnya tidak jelas.

      Beberapa polisi NAP yang kita masih tak nampak pelaksanaannya.

      1) Proton sibuk buat model EV, tapi silap2 EV Proton tak boleh pakai dalam Malaysia sebab ketiadaan fasiliti sokongan.

      2) Dulu pernah keluar pengumuman untuk ‘banned’ used car parts. Tapi cuba lihat di kedai potong, masih ada lagi parts dan komponen yang kononnya ‘diharamkan’ dijual. Aspek penguatkuasaan, agensi mana pula yang bertanggungjawab?

      3) High value added components. Perodua dapat kontrak manufacture E-AT transmission. E-AT ni bukan value added pun. Pelanggan E-AT ni cuma ada dalam pasaran kereta Perodua dan Toyota/Daihatsu di Indonesia.

      Dan jangan fikir remove NAP ni boleh dapat harga kereta murah.

      • pendapat aku plak:
        1. tak salah mereka buat model EV tu.. walaupun tak jadi production model, ia berguna sebagai research. pengalaman tu membuatkan kita lebih berilmu. ada ke kompeni luar nak ajar Proton secara free?
        sesetengah projek macam Saga EV tu ada yang Proton buat, ada yang student universiti buat.. dan ada few model yang dibuat oleh kompeni lain seperti Detroit Electric.
        tentang fasiliti sokongan utk charging pulak, memang kurang. mereka perlukan ‘standard design’ sebab stesen recharge tu perlu menyediakan khidmat recharge untuk semua jenis kereta, bukan satu jenis je. macam handphone charger la.. charger nokia takleh guna kat samsung, motorola pun lain. kan masalah tu. so semua pengeluar EV kena guna standard design. kalau proton guna design lain, nissan lain, mitsu lain.. haru biru la…
        Proton dah kaji macam2.. mungkin yang paling praktikal buat masa ni ialah RE-EV macam exora RE-EV tu.. kalau kat umah bleh charge kat plug, pastu tak perlu risau kalau bateri abis tengah jalan sebab boleh charge guna engine… isi minyak macam biasa je.
        2. ban utk used car parts tu untuk yang import je rasanya. skrang takleh import 2nd hand cars & parts dah kot.. parts yang dapat dari kereta yg daftar kat malaysia, takde masalah.
        3. yang ni aku setuju. tapi mana2 kompeni pun, rasanya yang ‘valuable’ tu mereka akan build sendiri. takut rahsia pecah la kot.

        isu NAP ni memang kontroversi. tapi, pada pendapat aku.. protection tu penting jugak pada peringkat awal. jepun dan korea pun ada polisi masing2 yang protect industri automotive mereka. thailand sampai ban import cars semata2 nak paksa pembuat kereta bina kilang dan buat kereta di thailand.

        proton perlu memperhebat produk mereka, kemudian blanja besar2an utk iklan / penajaan. cuba tengok hyundai/kia.. beratus juta dibelanjakan utk iklan sempena world cup yg lepas.. dan tengok hasilnya sekarang ni. tapi.. kenalah ada produk yang hebat tu dulu.

      • Mofaz,

        1. Disinilah Proton menunjukkan kebolehannya dalam menghasilkan model EV dan REEV. Proton dah bagus kat sini. Cuma kereta EV agak tak mesra alam bila digunakan di Malaysia. Kurang fasiliti mengecas semula dan harga minyak subsidi yang membuatkan kereta EV sangat2 tidak diperlukan. Yalah, bila kita berbicara pasal harga minyak, semua pakat marah kalau Kerajaan kurangkan subsidi minyak petrol. Tapi hairan, RON95 RM3.35 tanpa subsidi. Tolak subsidi jadilah RM1.90 macam kita pakai sekarang. RON97 yg tiada subsidi tu cuma RM2.90. Em..dah jadi isu lain…haha

        2. Kereta second hand masih boleh import. Lihatlah betapa banyaknya kereta re-cond. Yang pernah diumumkan untuk banned dahulu adalah used car parts dan component yg diimport. MITI tak bagi import dah.

        3. Valuable yang saya maksudkan kat sini, bukan company secret. Maksud saya ialah negara kita sepatutnya menjadi host kepada kilang pembuatan yang high end technology, niche market tapi valuable. Saya bagi contoh kilang hi-tech dan kilang yang bukan hi-tech:

        Non Hi-Tech:
        Kilang sarung tangan getah – labor intensive – pekerja ramai – tak perlu skilled worker – harga jual produk tak mahal

        Hi-tech:
        Kilang buat micro-chip – computerized n robotized production – pekerja kurang – perlukan skilled worker – produk mahal, nak distribute pun kontena kena konvoy dengan polis.

        No. 3 ni lah yang Malaysia kena improve. Tapi cuba kita lihat kilang2 kat Malaysia, ramai pekerja warga asing. Industri kita masih lagi labor intensive. Kalau dah faham perkara no 3 ni, maka kita boleh faham, mengapa Malaysia masih belum boleh jadi negara maju.

      • jualan kereta hybrid di Jepun, US dan UK agak menggalakkan sebab harga minyak kat sana mahal. contohnya di UK, harga minyak sekitar RM7 seliter, mereka bayar RM4 sebagai tax untuk setiap liter. kerajaan mereka juga bagi insentif lain, contohnya subsidi untuk pembelian kereta hybrid. dahlah tak perlu byr tax, dapat subsidi pulak utk beli kereta hybrid. bukan sikit subsidi tu.. £5000 = hampir RM25k!
        aku tak setuju kalau kerajaan malaysia buat subsidi macam tu. sebab hanya akan menguntungkan yang kaya dan yang mampu beli kereta tu je. dah bagi pelepasan cukai tu pun bagus. tapi yang peliknya, walaupun tanpa cukai, kereta prius kat malaysia berharga RM130k sedangkan di USA dan Jepun sekitar RM70k je. toyota malaysia cuba hisap darah kita kot?
        harga sebenar yang kerajaan tampal kat pam minyak = RM3.58. harga minyak tanpa subsidi memang RM3.. gov ada bagitau mereka tanggung subsidi minyak RM1.10 seliter. so, RM1.90 + RM1.10 = RM3. yang baki 58sen tu ialah cukai yang patut dikenakan tapi dikecualikan, dan 58 sen tu memang tak dinyatakan sebagai subsidi. bleh paham ke ni..?
        harga minyak singapore dan india = RM5, so cukai RM2 seliter. cukai minyak kat Australia pulak = RM1.50, kat UK lagi kejam, cukai = RM4 seliter. kalau cukai import kenderaan dikurangkan, tak mustahil subsidi minyak akan dikurangkan / dihapuskan, malah mungkin kita akan mula membayar tax utk minyak macam di negara2 maju tersebut…

      • Jangan banding harga minyak negara maju dengan Malaysia..

        1st, kita bukan negara maju..pendapatan per kapita pun macam gampang!!

        2nd, kita pengeluar minyak, Britan dan Japan tak disenarai sebagai pengeluar minyak…

        Yup toyota Honda Nisan mmg cekik darah orang malaysia.. ikut aggrement AFTA pun dah banyak cukai dipotong @ dikurangkan secara drastik tp camry masih berharga RM150k++ dari start pasang di jepun sampai la pasang di thailand…sama juga Honda yg pasang di Melaka…dan jangan lupa Merc yg pasang di gurun masih berharga RM300k++… why? simple, because cronies yg jadi wakil jualan untuk keta2 ni…so Government buat2 tutup sebelah mata…BUT kenapa ada orang yg masih membeli…

        So aku cadangkan, semua Blog2 Automotif tempatan kena heboh benda ni…protest… margin keuntungan sangat tinggi!!

      • alytheman,
        ko silap… UK menghasilkan 2 kali lebih banyak minyak daripada Malaysia. masalahnya minyak yang mereka hasilkan tak cukup, terpaksa tambah melalui import.
        takyah compare dengan UK, compare je dgn Russia. mereka adalah pengeluar minyak no 1 terbesar dunia sekarang ni. percapita income tak jauh beza dengan Malaysia, US$16,736 di Russia vs US$15,568 di Malaysia. harga minyak sana RM3 seliter.
        macam mana pulak dengan India dan China? Pendapatan mereka jauh lebih rendah, US$3,694 sahaja di India tapi mereka bayar minyak RM5 seliter!
        pendapatan perkapita kita memang rendah kalau compare dengan negara maju, tapi harus diingat bahawa income tax di negara maju seperti UK boleh sampai 60%. kat Malaysia, maksimum 26% je walaupun income ko berjuta setahun. dan, jangan harap nak pegi hospital di US dan bayar hanya $1 untuk dapatkan rawatan macam di Malaysia. dan terlalu banyak subsidi di Malaysia ni…
        kerajaan Malaysia patut buat macam negara maju yang lain. kenakan cukai tinggi untuk yang kaya, buang subsidi minyak tapi boleh bagi allowance minyak pada yang miskin. contonya macam bantuan RM500 setahun yang kerajaan bagi pada keluarga miskin baru2 ni. kalau bagi subsidi minyak macam sekarang ni, yang miskin masih guna motor, yang kaya guna BMW atau kereta sport 3L.. siapa yang lebih banyak guna minyak? siapa yang lebih untung melalui subsidi sebegini?

      • tinggal kat UK la best, nanti kena bayar council local tax bulanan- kira-kira GBP150 / RM739 (ikut tempat)

        siapa nak byr cukai mcm tu? huhu.

        baik byr utk rumah je, lagi penting. takde suratkhabar free pun takpe, bole je baca online

        kira ikut per capita pun kurang tepat utk menggambarkan jumlah gaji majoriti rakyat sbb dia main pukul rata je. contoh , kalau satu negara majoriti berpendapatan sederhana , sikit je yg berpendapatan besar, tapi jarak pendapatan jauh sgt antara dua kelompok ni , mmg la selepas dpt per capita pendapatan sederhana lebih daripada yang sebenar sbb nilai pendapatan besar dah ‘cover’ nilai pendapatan sederhana.

    • agree.. Proton perlukan world class Designer Team… contohila KIA and Hyundai…

  6. takkan dengar ceriter DSZ kekal ker..cer korek

  7. bgslah, atleast drb nampak value lotus engineering. Bg peluang dulu plan jalan, klu gagal, br reconsider smula.

    Off topic, ramai pertikai rega preve kata xglobal, mahal. Tp dh cukai,wat camne. Ramai ckp rega global c segment murah pada tuh. Br jek check top gear edisi may, civic 1.8 manual top spec, 119k klu convert duit kita, yg basic, 90k++. Sume rega dr uk. So, uk xglobal lg ker? Nape xdpt civic rega 70k yek?

    • Mmm… org tak mampu tapi nak jer yg kata mahal. padahal model nie value for money:)

      cheers!

    • btul tu..sgt sokong dgn statement abg mat… lotus byk bantu proton dlm ilmu pmndahan teknologi brkenaan suspension setup.. so rugi la jual…

      off topic:
      baru blk dr lawatan di kilang proton tg malim (the house of preve’) n msh igt pe yg peg. perhubungan proton yg incharge group kitorng masa lawatan kt sne semalam. “Kita mampu buat kereta yg hebat2 sbb kita ada teknologi tp yg jd xhebat n sukar utk proton adalah mentaliti rakyat kita msh byk blm berubah”

      p/s: still teruja, kagum n bangga dgn fasiliti proton tg malim… =)

  8. DRB. Sila fund Proton untuk redo DASHBOARD Preve. Finishing dia kureng la (dan kalau ada duit lebih sila tukar penutup boot belakang sekali ye). Terima kasih.

  9. Tapi bagi pendapat aku… LOTUS perlu dijual.. sbb bebanan hutang terlalu tinggi di LOTUS…PROTON sendiri belum pulih sepenuhnya dari kerugian selepas era WAJA dan GEN2… ni lak kena support LOTUS!!

    PROTON own lotus 100%…so jual la shares sikit kat Youngman China maybe 20% than increase to 50% by year to year…di mana dua2 syarikat dapat benefits kalu buat macam ni… Youngman China source dia org banyak, market besar, modal tinggi…kalu PROTON kerjasama dengan dia org leh maju ke depan… PROTON kekurangan resources of technology nak pikat YOUNGMAN kecuali LOTUS Engineering & Design Team Proton tu sendiri…so guna kan betul2 peluang ni.. pendapat aku jerrr!! haha

    • Itu sebabnya Lotus mintak Proton ‘suntik modal’ dalam pembangunan kereta baru sperti Eterne,New Esprit,Elan untuk Lotus jana pendapatan semula..memang btul Lotus takderlaa buat jualan tinggi sbb bnyak model keluarannya dah ‘obsolete’ hinggalah yang terkini model Evora

    • Mmm… kalau mcm tu masa nak beli dulu apsal tak fikir bila masa tu lotus mmg dah bankrup n bebanan hutang tinggi pada 1997 dulu? Sbbnya ada org melihat ia mutiara dlm lumpur yg memerlukan kesabaran utk menggilapnya dgn harapan sinarnya juga akan terbias pada sipemakainya suatu hari nanti;)

      Lotus bukannya company kereta sport biasa2 yg mengharapkan secara total keuntungan pada jualan model2nya. Tapi lotus adalah company kejuruteraan kereta sport ringan yg disegani. Kecemerlangan beberapa kereta2 sport dunia banyak dipengaruhi kejayaan disebalik tabir khidmat kejuruteraan yg ditawarkan oleh lotus nie. Cuma dunia berubah mengikut tuntutan semasa, company juga perlu melakukan pengubahsuaian bagi meneruskan survival tanpa sedikit pun mengorbankan nilai diri. Dgn plan pemulihan 5 tahun lotus, lotus akan kembali serius dlm liga model2 kereta2 supercar generasi barunya bersaing dengan company ternama lain seperti ferrari, lambo, dll. Even, lambogini pun mengambil langkah sama bila dah berjinak2 memasuki segment baru SUV utk survivalnya tidak hanya segment stereotaipnya:)

      cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s