funtasticko design

http://funtasticko.net

Dato’ Lukman Ibrahim bakal dilantik sebagai Timbalan CEO Proton?

37 Komen

* gambar diambil dari http://www.liveandinspire.com

Ini ada berita terkini yang saya dapat dari sumber yang boleh dipercayai. Pengerusi Eksekutif Proton, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil bakal melantik Dato’ Lukman Ibrahim sebagai Timbalan CEO Proton sebagai pelengkap dan membantu Pengarah Urusan Proton, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Adakah dengan perlantikan ini bermakna Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir akan kekal bersama Proton atau sebaliknya? Kita nantikan pengumuman selanjutnya selepas ini. Saya harap mereka boleh jadi “tag team” yang baik untuk terus memacu Proton ke hadapan.

Advertisements

37 thoughts on “Dato’ Lukman Ibrahim bakal dilantik sebagai Timbalan CEO Proton?

  1. saya rasa pelantikan beliau adalah sebagai persediaan untuk menggantikan DSZ, di hati kecil saya, sy masih mengharapkn DSZ kekal sbgi CEO…

    • Ni kira succession plan la ni a.k.a. pelan peralihan. Apa yang elok, teruskan aje. DSZ tu banyak lagi tempat dia bole hpergi. Ramai CEO berkaliber anak melayu macam Dato’ Seri Wahid Omar (TM ke Maybank), Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim (NTV7 ke Celcom).

  2. ikot suke engkau lah.company ni bapak kau yg pnye.

  3. Bukan bakal..dah dilantik pun. Dan tak lama lagi dia la bakal take over…kecuali la kalau DSZ buat kejutan nak kekal dan terima idea DRB utk masa depan Proton

  4. Kira backup siap2 klu dsz trus dgn keputusan letak jawatan..

  5. hope proton will be success after this

  6. siapa mamat ni? macam drebar bas ekspress ja…
    kami sbg rakyat akan terus memerhati tadbir urus proton di bawah drb hicom..
    yg perut boroi dpt gaji 5 angka sebulan semua suku sakat…
    yg nk pakai kereta yg ken buat loan, tanggung liabiliti adalah rakyat biasa..
    lantak la apa nak jadi kt proton…
    buat kereta macam cipan, nasib proton pun mcm cipan…drb hicom..
    ada kami kisah?

    ohh bahagianya beli basikal tak payah buat loan…

    • hoho.. ko ni kutuk dia macamtu sekali…hehe.. mungkin kolar merah tu nampak macam pemandu sani ekspres..

      kalo aku la..dari gambaran kasar aku nampak dia macam org kuat politik..

      kalau seseorang tu beriman, dari jawahnya nampak “NUR” maksudnya kalau kita tengok pun rasa senang hati maksudnya takde prasangka buruk ape2.. innocent la lebih kurang kot..

      • aku setuju sgt pandangan ka….
        Timbalan cih! buat perabih duit bayo gaji…
        memang nak suruh DSZ berhenti pon….
        cara halus….

    • wallahualam…sbb muka kita pun tak tau org tgk ada nur ka tak..yg penting hati n akhlak mau jaga…

      tarak guna jawatan bnyk, kaya duit melimpah, nama ada bin, tapi perangai serupa itu mat salleh yg siang hari cari duit, malam 2 tunggang n tonggek.
      maka, hidup kita seperti lembu yg meragut rumput di padang..

      eh…tiba2 jadi ustaz azhar idrus plak…tapi ustaz don pun best…kontemporari..

  7. kalo dia macam drebar bas, ko plak macam indon yg berebut bas xreti nak beratur. xde budi bahase.
    kalo seme org proton macam ko sampai bila2 la proton xmaju. keje asik nak jatuhkan org jer.
    at least drebar bas boleh jugak tolong orang hantar pergi tempat keje,
    ataupon ko ne mmg btol org indon.

    • Apsal orang indonesia tak pasal-pasal kena ni… tak semua diorang tu tak elok, ramai yang ikhlas datang merantau cari secupak nasi untuk anak keluarga. Aku dah pergi negara diorang tu, rakyat terlampau ramai, kemiskinan merata-rata, so diorang terdesak nak cari rezeki yang halal sanggup berhutang untuk kesini. Aku ada kenal beberapa orang indonesia (melalui maid aku), hidup susah, tapi kerja keras. Mana yang pandai tu ada yang berniaga kecil-kecilan, dapatlah rezeki lebih sikit, rezeki yang halal hasil keringat dia bro. Kita kat sini rata-rata pandang hina diorang tu, cuba bayangkan kalau kita ditempat diorang, apa rasa?

    • mr roy…u pun hina org…u pun tdk budi bahasa…
      adakah en roy ini org kuat drb hicom?
      hahaha…..dari segi ayat you mr roy yg turut marahkan org proton, nampak sgt u org drb hicom yg teremo baca komen I…
      ke u ni org yg dlm pic tu?

      • bila ko hina org takpe , bila org hina ko balik tak bole lak? huhu
        takde masa la org mcm tu nk layan emo kau
        ko ‘menyalak’ kuat2 pun ada dia kisah?

      • gua tk emo la… gua pun quote rusdi punya komen tu… so kiranya roy punya komen pun tk berbudi bahasa la jugak..itu ja…
        korang nk kondem gua pun, gua mn ada kesah…haha..

        gua sekarang nk tgk ja apa nk jadi pulak kt proton ni…
        adoi…nak cari kayu….nak cari kayu…

      • nmpk sgt ko ni nk org lpsn pngajian persuratan mlyu jd CEO proton.. kejer dok gebang saner sini je.. tp apa pun xda

  8. ini dia profil D.lokman

    Dato’ Lukman bin Ibrahim

    Dato’ Lukman graduated with a Bachelors Degree in Business Administration in 1989 and a Masters of Business Administration in 1990 from Temple University, Philadelphia, USA. He is a Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), a member of Malaysian Institute of Certified Public Accountant (CPA) and Malaysian Institute of Accountants (MIA). He started his career in 1989 with Sun Refining and Marketing, Philadelphia USA before joining Automotive Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd. in 1990. He joined Proton Berhad in 1991, where he established his career with Proton lasting 17 years. Dato’ Lukman is currently the Group Chief Operating Officer of DRB-HICOM Berhad.

    • Background*

      Dato. Lukman Bin Ibrahim has been the Group Chief Operating Officer of DRB-HICOM Bhd since June 2011. Dato. Bin Ibrahim served as the Group Chief Financial Officer of DRB-HICOM Bhd from November 2008 to June 2011. He joined Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd in 1990 and Proton Berhad in 1991. He joined DRB-HICOM in 2008 as Group Chief of Finance. From 1995 to November 2008, he Seconded to PHN Industry Sdn Bhd from PROTON Berhad, where he served as Managing Director, Senior General Manager of Corporate Services Division, Chief Financial Officer, General Manager of Corporate Services Division, Chief Financial Officer, Senior Manager of Corporate Services Division , Chief Financial Officer and Manager of Finance & Admin, Department. From 1993 to 1995, he Seconded to PROTON Parts Centre Sdn Bhd from PROTON Berhad, where he served as Manager of Finance & Administration, Department and Deputy Manager of Finance & Admin Department. From 1991 to 1992, Dato. Bin Ibrahim served as an Assistant Manager of Costing Section of Accounting Department, PROTON Berhad. Since 1990, he served as Head of Reconciliation Team, Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd. He has been a Non-Executive Non-Independent Director of BANK Muamalat Malaysia Bhd since November 18, 2011. He serves as a Non-Independent Non-executive Director of Pos Malaysia Berhad. He serves as a Director of several subsidiaries and associate companies of DRB-HICOM including POS Malaysia Berhad. He has been Non Independent & Non Executive Director of Edaran Otomobil Nasional Bhd since June 1, 2009. He serves as a Director of Danau Permai Resort Berhad, Gadek (Malaysia) Berhad, Puspakom Sdn Bhd., HICOM Facility Management Berhad, Horsedale Development Berhad and Rebak Island Marina Berhad. He is Member of Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom. In 1988, he was Undergraduate Internship in Fixed Assets Unit of Financial Accounting Centre, Sun Refining & Marketing Company, Philadelphia. From 1989 to 1990, he was Graduate Internship in Cost Control of Financial Accounting Center, Sun Refining & Marketing Company, Philadelphia. He is a Fellow of Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), a member of Malaysian Institute of Certified Public Accountant (CPA) and Malaysian Institute of Accountants (MIA). He holds Bachelor of Business Administration (BBA) Magna Cum Laude (Majoring in Accounting & Finance) from Temple University, Philadelphia, USA in 1989 and also has Master of Business Administration (MBA) from Temple University, Philadelphia, USA in 1990.

      • dari background dia, bukan calang2 orang jugak.. kalau dia ada minat mendalam dalam Automotive, rasanya dah mantap dari tak tahu ape2 dalam automotive..

        Apepun, semoga Proton terus maju..

  9. Akupunya,

    ko amik Preve ke tak? dulu ko komen nak ambik..
    ke was-was dah nak ambik ke tak.. was-was tu perangai Syaitoooonn…

    dari hasil test drive personally, interior boleh pertingkatkan astetik lagi.. bunyi turbo perlu eliminate terus agar kabin senyap langsung..bunyi radio je..hehe..
    Ingat versi bukan turbo lagi elok kot semantara keluar model SE utk premium..

    since persona pun dah tinggal B-Line je..better angkat Preve Standard terus..

    • tk tergerak hati lagi nk booking…tunggu bagi lepas first batch…tk berani la.. amat risau tahap kualiti SC dan juga komponen proton….
      preve mmg the best car…tp tk tergerak nk beli pulak….tk mahu pening kepala…fyi, preve ni kalau saya beli akan replace kereta ke4 iaitu vios…dan setakat ni vios tiada masalah dan begitu juga kereta utama yg lain. tetapi saya tk puas hati walaupun vios hanya basic spec, tapi harga mcm cipan…dan preve mmg berbaloi utk ganti vios kerana spec n harga yg berbaloi….kereta no 4 ni utk short range city drive n keluar dekat2 ja..tapi masa test drive haritu, boleh tahan jugak kalau travel jauh sbb suspension n handling hampir menyamai bimmer n merc…maksudnya sedap dipandu..

      tapi bak kata hati, tunggu sat sblm sesat..huhu..

  10. Pusing2 org yg sama gak, kita nak lihat muka baru dan fresh idea, muka kroni juga dia pilih, lantak lah jenama proton pun dah semakin pudar dalam minda kebanyakan kita, jualan preve pun setakat so so aje. Lagi 3 bulan dah ada diskaun kot.

    • dah tu kompeni dia, lantak dia la sape yg dia nak lantik. kalau dia nak letak anak syed mokhtar umur 18 tahun pun, ikut suka dia lah company dia. ko pulak ikut suka hati ko lah nak beli ke tak kereta dia. kalau suka beli, tak suka tak payah beli.

      • tapi kata proton hak milik rakyat… ada betul jika pendapat nadz diterima…kalau proton hak milik persendirian, blog funtasticko ni pun tk hingin nk highlite…huhu…

    • proton dh mmg jadi milik persendirian drb hicom..sukati dia le nk letak sape..yang penting produk proton mesti berkembang dan bertambah baik pada masa akan datang.

  11. memang dah jadi Deputy CEO la…

  12. Bro Campro,
    off topic. . . citer ttg Proton Last 2 unit VIP tu xder brita ker??
    dh lma jugak tgu result nih. . .= )

  13. Siapa2 yg masuk kita layan jer…back bone Proton skrg nie pun masih lagi org2 dari zaman dulu. Tak ada masaalah. Dulu ada yg kata DRB hanya reti pasang kereta tak mcm PROTON yg rekacipta sendiri product ttp mereka lupa yg SZ sblm di PROTON datang dr syarikat pemasangan kereta sahaja. Patut dibagi peluang kepada Dato Lukman untuk membuktikan keupayaannya. Ni tidak…bersua muka pun x pernah blh buat tuduhan kuat main politik berdasarkan raut muka. Adalah tidak matang utk mbuat penilaian berdasar raut muka unless makrifat kita dah tehap tertinggi.
    Semua manusia ada kelebihan dan kelemahan.
    Hidup makan gaji dan kerja dgn org memerlukan kita mengikut kata2 org diatas. Tak setuju ada 2 pilihan 1) beli syarikat tersebut dan buatlah SOP sesuka hati 2) resign dan carilah syarikat yg memenuhi kehendak kita.

    • sabar abam Ahmadi.. relaks bam.. sembang2 je tu…

      saya selaku pelajar praktikal kat sini minta maaf dengan ketelanjuran classmate kat atas dalam membuat andaian-andaian yg mengguris hati penyokong setia Dato Lukman..peace no war

      abam join la sekolah kat sini skali..yuran free…tak payah apply pinjaman..hehe

      harap2nya Dato Lukman pun ada enthusiast dan PASSION jugak untuk majukan No.1 automotive company ni..

  14. DSZ tu waktu di Pro2 dah di train kat TOYOTA Company JAPAN bukan setakat pengalaman je…so dah banyak input frm TOYOTA dari engine plant sampai assembly & praktik pula kat Pro2….certificate byk pun x memadai……Ingat kalau PROTON bankrup, DRB pun bungkus….sape yg rugi. Leader sngt penting kat kilang kete ni bukan mcm kilang kicap.

  15. Mmm…. kalau dato lukman sebagai timbalan CEO buat setakat nie, satu keputusan yg menarik. Sesuatu yg dah terbukti reputasinya seperti DSZ dlm proton patut dikekalkan dan teamnya perlu diperkemas dan diperhebatkan lagi dengn kehadiran dato’ Lukman nie:) Seorg yg memg tersedia dengan pengurusan dgn persekitaran engineering dan seorg lagi kaya dengan ilmu pengurusan dgn persekitaran kewangan; Apa2 pun dah ada check n balance lepas nie. Formula strategi yg agak meyakinkan. Sekarang lengkap la ‘sekolah’ dengan persekitaran baru nie; Guru besar- Dato’ Khamil, Penolong Kanan- DSSZ, Guru disiplin-Dato’ Lukman:)

    cheers!

  16. Mana kaki tido dlm Proton tu, lepas ni habis la kena dgn Dato’ Lukman ni…Nampak je mcm drebar bas..tapi ganas dia..perghhh! bleh kena serangan jantung..Dato’ ni dgn customer or org yg bukan bawah dia muka senyum & ramah semacam je.. But, kalau under dia, update la resume selalu…Mana tau kot2 kena resign 24 jam…

    Lepas group Tan Sri Syed Mokhtar masuk DRB ganti Saleh Sulong, baru la DRB ni meningkat semenjak kematian Tan Sri Yahya Ahmad…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s