funtasticko design

http://funtasticko.net

Tan Chong bawa masuk Nissan Leaf

34 Komen

DALAM usaha untuk menyokong pendirian kerajaan bagi memperkenalkan kenderaan-kenderaan menggunakan bahan bakar alternatif, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) membuat inisiatif sendiri untuk mengimport masuk 10 unit kereta elektrik sepenuhnya, Nissan Leaf.

“Niat kami ialah untuk memperkenalkan teknologi dunia terbaru dalam industri kenderaan elektrik dan Nissan Leaf adalah contoh terbaik sekarang ini,” ujar Datuk Dr Ang Bon Beng, pengarah eksekutif ETCM yang juga pengimport, pemasang dan pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan untuk Malaysia.

Tepat sekali kerana walaupun baru dilancarkan ke pasaran global dalam tahun 2009 (tetapi mula dijual pada penghujung tahun 2011), Nissan sudah berjaya menjual lebih dari 20,000 unit Leaf. Leaf juga memenangi anugerah kereta Eropah untuk tahun 2011 dan kereta Jepun untuk tahun yang sama. Pengiktirafan paling menarik ialah bilamana Leaf memenangi 10 Enjin Terbaik Dunia oleh Ward’s, walaupun Leaf tiada sebarang enjin!

Program Nissan Leaf Pilot yang dilancarkan oleh ECTM akan mempamerkan Nissan Lead di serata negara. Ia juga menjemput sesiapa yang berminat untuk memohon menjadi “duta” Leaf dan dapat “hidup” bersama Leaf selama enam minggu.

“Duta-duta Leaf dapat memandu Leaf selama enam minggu dan ETCM akan mengambil data-data tersebut untuk dimasukkan ke dalam kajian kami tentang keberkesanan kenderaan elektrik di negara kita,” terang Dennis Wong, pengurus besar bahagian produk ETCM.

Leaf boleh menggunakan soket di rumah untuk mengecaskan bateri lithium-ion yang digunakannya tetapi ia akan mengambil masa selama lebih kurang lapan jam. Jika Leaf dicas menggunakan pengecaj khas di stesen cas, ia cuma mengambil masa 30 minit untuk mencapai 80 peratus cas penuh.

Buat masa sekarang, cuma ada lima stesen pengecas khas dan kesemuanya berada di pejabat-pejabat ETCM. Funtastickodesign dapat memandu uji Leaf ini untuk lebih kurang 15km dan mendapati ia sebuah kenderaan yang sporty. Tork maksima yang boleh diperolehi dari kelajuan enjin sifar (zero RPM) memberikannya pecutan yang tegar dan menyeronokkan.

“Industri ini memerlukan sokongan yang besar dari pihak kerajaan kerana kos dan juga perubahan undang-undang yang terbabit bagi memastikan kenderaan elektrik lebih popular,” kata Datuk Dr. Ang. Sememangnya tren dunia melihat kerajaan-kerajaan negara maju memberikan subsidi dan bantuan untuk menjayakan misi kenderaan elektrik. Di negara ini, kenderaan bahan bakar alternatif dan kenderaan berteknologi hijau seperti hibrid mendapat pelepasan duti import, namun ia masih tidak mencukupi kerana harga kenderaan elektrik masih mahal.

“Di US, harga Leaf cuma dalam lingkungan RM81,000, selepas subsidi kerajaan,” kata Dennis. Tanpa subsidi, Funtastickodesign rasa tidak mustahil harga Leaf boleh menjangkau RM200,000 kerana teknologi bateri yang cukup mahal. Mitsibishi iMIEV contohnya berharga RM180,000 tanpa subsidi, jika ia dijual di sini.Untuk keterangan lanjut bagaimana anda boleh menjadi duta Leaf, sila kunjung laman web Nissan dari semasa ke semasa untuk pengumuman tersebut.

Di bawah ialah senarai soal jawab antara Funtastickodesign dengan pihak ETCM mengenai Nissan Leaf. – Auto Anda

1. Apa dia Nissan Leaf?
– Nissan Leaf ialah sebuah kereta yang direka dari awal untuk menggunakan tenaga elektrik. Ia mampu memuatkan lima orang penumpang dewasa dan mempunyai saiz but sebesar 330-liter, cukup besar untuk dua beg golf.

2. Bagaimana dengan prestasi Leaf?
– Nissan Leaf mempunyai halaju maksima 140km/j dan motor elektriknya menghasilkan 80kW (109hp) dan 280Nm.

3. Berapakah jarak perjalanan untuk satu bateri penuh?
– Lebih kurang 160km, mengikut kiraan LA4 city mode.

4. Apakah bateri yang digunakan?
– Nissan menggunakan bateri Lithium Ion yang diusahakan bersama NEC Jepun. Ia tahan selama hayat kenderaan cuma selepas lima tahun, ia mempunyai kadar caj sebanyak 80 peratus dari biasa.

5. Bolehkah Leaf dicas di rumah?
Boleh tetapi palam elektrik di rumah perlu ditukar ke palam industri standard IEC yang mempunyai nilai 16A (untuk rumah, selalunya 13A dan mungkin cair jika digunakan untuk mengecas Leaf). Kos pengubahan sekitar RM500 dan mengambil masa maksimum lapan jam untuk satu caj penuh.

6. Berapa kos penggunaan Leaf?
– Satu caj penuh ialah RM7.90 (mengikut tarif elektrik sekarang) dan anda mampu bergerak sejauh 160km. Ini bermakna, Leaf memberikan kos RM0.05 untuk setiap km. Enjin petrol memberikan RM0.20 per km dan enjin hibrid pula RM0.10 per km. Cukai jalan Leaf cuma RM36 dan kos servis hampir tiada kerana tiada apa yang perlu diservis (kecuali brek dan sebagainya).

7. Bolehkah Leaf menghasilkan tenaga elektriknya sendiri?
– Boleh, setiap kali Leaf meluncur atau membrek, tenaga elektrik dihasilkan dari motor elektrik dan masuk kembali ke dalam bateri.

8. Kenapa bentuk Leaf seperti bentuk sabun mandi?
– Bentuk Leaf ialah hasil dari rekaan komputer untuk memastikan ia cukup aerodinamik (0.29Cd, kurang sedikit dari Toyota Prius pada 0.25Cd).

9. Kenapa kereta elektrik bagus walhal elektrik dijanakan menggunakan sumber bahan bakar juga?
– Menggunakan kenderaan elektrik membantu alam semulajadi dengan menjadikan punca pencemaran dari berjuta-juta ekzos kenderaan ke satu punca, iaitu pusat generator elektrik. Bagi negara yang menggunakan teknologi nuklear untuk menghasilkan elektrik, ia mampu memotong pencemaran dari kenderaan sebanyak 80 peratus. Sebanyak 80 peratus tenaga elektrik Malaysia ddatang dari sumber arang batu yang murah, dan selainnya dari hidroelektrik dan loji gas.

UPDATE : Untuk pengetahuan semua, Nissan Leaf buat masa ini bukan untuk dijual. Harap maklum.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


34 thoughts on “Tan Chong bawa masuk Nissan Leaf

  1. Saya ada satu je kemusykilan berkenaan semua kereta elektrik dan kereta hibrid ni: Macam mana aircond dia? Kat Malaysia kalau aircond tak power, tak guna beli kete tu. So amacam? Saya tak pernah rasa lagi naik kete hibrid atau kete elektrik ni. Entah2 rating mileage tu untuk aircond off je. Kalau aircond on boleh jalan 20 km je ke. Tu saje. Sekian terima kasih.

  2. Tak boleh caj pakai solar penal ker… sambil bawa keta tengah hari, sambil caj… parking keta tengah panas, bateri akan caj sendiri… takder kew teknologi macam tur… rasanya klu pakai panel solar n tenaga elektrik sekaligus, mesti dapat menjimatkan kos bahan bakar untuk menjana elektrik…

    • mmg elok mcm tu, tapi malaysia nh panas dan lembap sepanjang tahun. kena la hujan semendang. X ke naya. Lagipun malaysia nh x paktikal sangat pakai full electric pasal faciliies yg x cukup. Bagi saya hybrid seperti prius dan insight paling bagus. X pun mcm bas konsortium jer.guna cng/ngv full service.

      • kan… sebab tur saya kata pakai panel solar n tenaga elektrik… klu hujan, ada tenaga elektrik boleh caj… klu panas panel solar caj.. tengok lampu amaran kuning tepi jalan pakai solar penal, ok jerk…
        Fasilitis tak cukup, klu implikasi dua2 mod caj tak jadi masalah… boleh caj kat umah contoh 8 jam… eletrik dalam RM7.00… kemudian drive akan berkurangan kuasa bateri… panel solar akan caj ketika kita parking 8 jam ketika kerja… so balik kerja, sambil drive, panel solar akan caj… balik sampai rumah, bateri tetap full… jimat elektrik…

      • boleh buat tu… tp bisnes bateri rugi… industri leader bateri mesti x nak nye buat rnd kecuali kl industri leader utk solar energy yg buat sendiri…

      • tak rasa bisnes bateri rugi. Sebab panel solar akan caj n simpan dalam bateri. Sama macam caj elektrik n simpan dalam bateri. cuma yang rugi TNB.

      • sebenarnye dah ade dah kereta mcm tu iaitu Prius tapi yg JDM dan USDM punye spec la. die siap solar panel kt bumbung utk caj mase siang. tapi utk Malaysia spec, xde sebab faktor kos. ye la, kang kete mahal2 sgt x laku susah plak.

        Kat Malaysia ni menerima cahaya matahari sepanjang tahun, so memang sangat sesuai. So pada saya Proton patut merebut peluang ini untuk menjadi peneraju dalam pasaran kenderaan yg bukan sahaja mesra alam tapi juga mesra poket.

    • Solar panel, secara amnya, tidak cekap dalam menukar tenaga cahaya/solar kepada elektrik. Maximum: 40% (masih dalam penyelidikan). Biasanya lebih-kurang 10~15%.
      Voltage yg dihasilkan juga adalah rendah. Perlu disambung banyak sel solar secara siri.
      Saiz panel besar macam bumbung rumah pun belum tentu dapat gerakkan sebuah kereta😦

      Kaedah yg lebih praktikal buat masa ini ialah dengan menggunakan “solar farm” yg menjana elektrik secara photovoltaic dan juga haba –> masuk kedalam grid tenaga –> salur ke rumah-rumah –> caj kenderaan elektrik.

      Tapi buat masa ini neagar kita belum ada solar farm yang besar — yg kecil2 untuk penyelidikan, ada rasanya. Masa depan, mungkin lebih banyak akan dibina.

      • Aku pun ada trbaca kat mana ntah tentang limitation teknologi panel solar sekarang ni, lebih kurang mcm yg PakAbu explain ni. Nak tukarkan tenaga yg dikumpul menjadi tenaga yg sesuai utk menggerakkan kereta dgn kecekapan mcm kuasa petrol sekarang ni belum mampu lagi. Dia bukan setakat letak solar panel kat bumbung, bonet, parking bawah matahari 8 jam then boleh drive balik camtu je..

  3. amboi tak matangnya soalan. ada ke patut tanya kenapa bentuk macam sabun. aduhai

  4. Saya sokong Fasha. Bukan satu penyelesaian yang menyeluruh jika menggunakan EV sepenuhnya. Umpama gali lubang nie, nak tutup lubang tue. Akan ada masalah baru. Jika disoroti perjalanan automotif, bermula dengan diesel dan petrol. Kemudian Petrol dan Elektrik (REEV), dan sekarang Elektrik sepenuhnya (EV). Tetapi pernahkah kita berfikir, permintaan dan penggunaan elektrik akan melambung. Seterusnya permintaan kayu arang dan diesel akan meningkat bagi menjana logi jana kuasa (terutama Malaysia). Dan masalah baru akan wujud, apabila kerajaan mengurangkan subsidi elektrik bagi memanpung kos. Akan ada rungutan daripada rakyat. Dan penggunaan diesel dan kayu arang juga tidak akan menyelesaikan masalah pencemaran dan kekurang sumber asli. Maka paling tepat penggunaan panel solar kerana tidak melibatkan kos harian dan dapat meringankan beban bil elektrik (dirumah) dan masa menunggu caj di stesen. Dan kata2 prolever perlu difikirkan. Kerana Malaysia negara beriklim panas dan lembab sepanjanng tahun. Penggunaan pengecas elektrik juga perlu jika ketika hujan. Wlaupun masih belum berjaya menyelesaikan secara menyeluruh, tetapi ia mampu mengurangkan masalah yang wujud.
    My 20 cents…

    • Try survey tentang teknologi solar panel utk kegunaan kereta. Kemajuan dlm bidang ni rasanya belum cukup matang utk menjana kuasa yg cekap utk menggerakkan kereta. Solar panel yg diletak kat beberapa model hybrid tu pun hanya utk power peralatan kereta tu je.

    • bukan kayu arang.. kayu arang tu utk panggang ikan dgn satay boleh la, yang guna kat stesen janakuasa tu ialah arang batu. walaupun nama sama je ‘arang’ tapi lain wooo..
      sekarang dah ada macam2 jenis solar panel. tapi kos masih terlalu mahal berbanding tenaga yang dihasilkan. yang paling elok dapat 13-17% iaitu hanya sekitar 150watt/m2… katakan bumbung kereta 1.5mx1.5m;

      1.5mx1.5m x 150watt = 2.25m2 x 150watt, so, sejam dapat 337watt,
      parking bawah matahari 8 jam hanya dapat 2.7kilowatt.
      berapa kW kita dapat kalau charge 8 jam kat plug?… 240v x 13a x 8h = 24.9kWh. so, parking 8 jam hanya dapat charge 10% bateri. cukup untuk gerak kereta leaf ni beberapa belas km. tapi, itu kalau ‘optimum situation’.. kalau parking salah arah atau tak tepat dengan sudut matahari, maka kuasa yang dihasilkan oleh solar panel itu adalah jauh lebih rendah. kalau parking kat basement, memang buang duit je la beli kereta ada solar panel.

      satu lagi isu, solar panel bleh tahan 25 tahun, tapi badan kereta plak aku rasa by 10 tahun dah mula berkarat2…. solar panel hanya berbaloi kalau guna untuk ‘long term’… sebab tu la orang guna kat rumah & bangunan je.

      aku rasa better buat konduktor kilat kat atas bumbung kereta, pegi park tengah padang time kilat sabung-menyabung.. sekali kena sambar kilat dah cukup utk charge beratus kereta elektrik.. kalau charge kat umah sampai 8 jam, kalo guna kilat memang sepantas kilat je la… hahaha.

      ada gak orang cakap buat turbin angin kat blakang atau depan kereta.. sambil kereta gerak sedut angin dan putar kipas tu utk hasilkan elektrik. bagus gak idea tu.. lagi laju kereta tu gerak lagi byk la letrik dihasilkan. memang sesuai dengan gaya pemanduan rakyat malaysia yang suka bawak laju kat highway. tapi kalo dalam bandar… tak berpusing la kipas tu sebab asyik jam je.

      sebab apa kereta hybrid / elektrik kurang dapat sambutan kat malaysia? sebab minyak murah dan bersubsidi. kalau minyak takde subsidi dan dicukai, harga sampai RM4 seliter, barulah orang nak beli hybrid dan electric cars. kat US, gov tak bagi subsidi minyak tapi bagi subsidi kalau beli kereta elektrik. dan sebab apa solar panel kurang dapat sambutan kat malaysia? sebab letrik kita murah dan ada subsidi… kalau kat US, gov tak bagi subsidi letrik tapi bagi subsidi utk beli solar panel dan upah pemasangan..
      kalau gov malaysia berterusan bagi subsidi minyak dan letrik macam sekarang, berapa lama lagi gov mampu..? adakah rakyat akan melakukan perubahan…? bandingkan kalau gov bagi subsidi beli kereta letrik dan solar panel, subsidi hanya diberikan sekali tapi kesannya akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan bertahun2 kemudian.
      Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime… pikir-pikirkanlah.

  5. OFF TOPIC

    kepada en campromania
    td tenghari ade pegi showroom proton Shah Alam seksyen 13 tu..
    nampak proton inspira putih rim lain.
    blakang ade emblem 2.0 E
    rim seakan2 rim exora bold cfe..
    then side front skirt n spoiler sama ngn 2.0 P

  6. Nampaknya ada salah-tanggap tentang solar panel.

    Solar panel tak cukup untuk menggerakkan sebuah kereta. Pada Prius yg ada solar panel itu, ianya digunakan untuk penghawa dingin sahaja.

    Dan solar cell/panel sangat mahal — akan tambah harga kereta lagi.

  7. Kenyataan/pendapat MoFaz biasanya sangat2 tidak disukai oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sememangnya selesa dengan subsidi. Saya pun berpendapat begitu. Dengan minyak dan letrik ada subsidi, bahan api nak generate power kat stesen janakuasa pun disubsidikan lagi oleh kerajaan. Kereta hybrid dan EV sangat kurang diminati di Malaysia..

    Tahukah anda berapa harga Nissan Leaf di UK? Harganya anda boleh beli sebuah Jaguar XF 2.2 di UK (RM150k). Jadi bayangkan kalau Leaf masuk Malaysia berapa harganya..

    Dari petrol ke letrik.
    Saya tak pasti bagaimana anda semua berfikir tentang isu ini. Objektif EV utk kurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. Tapi mengecas EV masih lagi perlukan elektrik yang dijana menggunakan bahan api fosil. Macam Rose cakap, ibarat hilang satu masalah, dapat masalah baru.

    Renewable Energy
    Masih lagi berkenaan penghasilan tenaga elektrik. Tapi dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui. Di Malaysia, ada beberapa sumber boleh renew contohnya:

    1) Sisa kelapa sawit – tandan kosong diguna utk burn boiler -> generate lebihan steam –> power turbine –> supply electricity utk kawasan kampung. Kampung boleh sediakan charging facility EV.

    2) Sisa air kumbahan kelapa sawit – Boleh utilize bio gas yang release daripada sistem rawatan effluent. Termasuk dalam program CDM (Clean Development Mechanism) dalam Kyoto Protocol.

    3) Sisa Pepejal/Sampah domestik – ada bagusnya diwujudkan incinerator membakar sampah dan generate power daripada steam turbine. Kaedah ini dapat kurangkan pelupusan sampah di sanitary landfill, sampai bila kita nak tanam sampah kita? Tapak sampah, kalau dah penuh, bukan boleh dibuat rumah atasnya..Penduduk makin ramai, sampah makin banyak. Penduduk berebut tanah dengan sampah pulak..

    Cuma akan ada isu lain bila pakai 3 kaedah ni, iaitu:

    1) Isu pelepasan asap. Kilang kelapa sawit kita tak berapa nak canggih sangat. Biasa kilang sawit mesti lepas asap hitam. Samada sistem failure atau personnel negligence.

    2) Kaedah CDM ni biasa kilang/syarikat yang duit terlebih je buat. Sistem ni mahal. Mahal dari aspek nak bina fasiliti dan maintenance.

    3) Akan ada NGO yang ‘anti-development’ yang duk pengaruh penduduk mengatakan incinerator ni bahaya kepada alam sekitar. Penduduk yang tak faham akan buat demo. Isu akan dipolitikkan. Ingat isu Incinerator Broga? Masa tu cost RM1.5b, mahal sangat kata TPM. MRT punya cost RM50b. Mungkin naik lagi..

    Saya berpendapat Malaysia ada potensi meng-utilize 3 renewable energy ni. Majalah 3 ada tunjuk Jepun beli isirong daripada Malaysia sebagai bahan api power station mereka.

    Sembang dengan kawan yg kerja TNB, saya tanya ‘Semua power station ni cukup tak nak supply letrik satu Malaysia?. Kawan tu jawab. ‘Berlebih sangat..tapi TNB kena bayar jugak’. Maksudnya apa tu?

    Fikirkan..

    • apa jadi dgn enjin biodiesel porim yg masuk kat mercedes dulu?
      brazil bole je pakai ethanol , asal dr tebu, dan dah byk pun sykt automotif yg buat kenderaan yg bole pakai biofuel kat sana:

      “By 2010 manufacturers that build flexible fuel vehicles include Chevrolet, Fiat, Ford, Peugeot, Renault, Volkswagen, Honda, Mitsubishi, Toyota, Citroën, Nissan, and Kia Motors.[45][46][47]”

      http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol_fuel_in_Brazil

      malaysia bila lagi?

    • aku cakap aje, tapi aku tak setuju gak kalo gov bagi subsidi untuk beli kereta elektrik atau pasang solar panel tu. sebabnya, kereta tu sgt mahal, hanya yang kaya je mampu. so aku tak setuju subsidi diberi kepada yang kaya.
      macam aku pernah cakap dulu, daripada gov tanggung subsidi secara ‘blanket’ untuk petrol, lebih baik gov remove subsidi tu dan berikan bantuan kepada keluarga miskin seperti bantuan BRIM RM500 tu. orang miskin guna motor je, brape liter sangatla yang diorang guna sebulan, kalau 30 liter, derang hanya enjoy RM33 je subsidi minyak. tapi yang kaya pakai kereta power2 tu guna brapa ratus liter sebulan? kalau 200 liter, maknanye yang kaya dok enjoy RM220 dari subsidi minyak.. so yang lebih beruntung ialah org2 kaya. kalau subsidi ni remove, secara tak langsung boleh galakkan org kaya beli kereta hybrid / elektrik.

      • Klu remove subsidi, orang kaya beli hybrid/ev, sebab harga minyak tinggi… so settle masalah… yang pakai motor RM33.00 sebulan akan terpaksa bayar lebih untuk harga minyak… n then beri RM500.00 sebulan or setahun untuk cover kenaikkan minyak, itu untuk orang miskin… orang yang sederhana… ada rumah, ada kereta, terpaksa juga bayar minyak tanpa subsidi dan tak dapat RM500.00 sebab income isi rumah atas RM3,000.00… dengan deretan anak yang belajar… Tak solve masalah juga…

      • nak senangkan hati semua pihak memang mustahil. tapi kita boleh usahakan untuk yang majoriti. katakan yang miskin tu diberi RM1000 setahun, yang sederhana dapat RM500.. ok lah kot. still jauh lebih rendah daripada jumlah subsidi yang hampir RM20bil saban tahun tu.
        kalau gov kurangkan cukai kenderaan, dapat kurangkan harga kereta dan secara lansung mengurangkan bayaran bulanan juga. dapat gak membantu golongan sederhana tu.

  8. cite pasal solar nih, dulu zaman jahiliah pasal keto dulu,penoh jadi marshal bg world solar car tour kat sepang n putrajaya. Lect eden duk berlumba jugak, dr negara korea. Satu kete solar, kosnya lebih sejuta, sorg jek bleh duduk n mmg panas giler kat dlm. Cume dulu, dlm thn 2002 xsilap masa jadi marshal, satu plate solat yg kecik dr saiz kertas a4 yg depa guna utk solar car, kos dia rm10k satu plate. Mgkin skang yg guna utk kete dh murah, yelah, dh lebih 10 thn. Mgkin skang rega dlm 1k je kot, tp yelar, klu beso tuh pun 1k(ini rega kos), brp plak rega pada consumer. Klu eksiden, xke naye.

    Penah gak tanya geng2 yg wat kete solar tuh, xsama ke ngan plate air shower? Serupa tp xsama. Entah, akupun xbrp nk paham.

    Rupenye byk kete luar disubsidi oleh negara luar. Nissan(jepun), mitsu(jepun) disubsidi oleh kerajaan usa.

    Tp kat malaysia jgn buat, masa dulu kete proton dapat rebate n subsidi, 7 keturunan kena sumpah, ajer giler kerajaan malaysia nak subsidi kete luar plak. Tp kat malaysia nih kadang2 terbalik,kadang2 depa trime jek. Sbb tuh kete hybrid xda tax, xda plak depa nak kata gembira@bersyukur. Nak beli kete tanpa byr cukai, belilah kete hybrid, siap full spec lg. Ni rela bayo dugung trd tuh, 2 airbags ajek, pastuh duk mrh cukai mahal2.

    Klu mampu angkat dugong, xkan honda insight xmampu kot. Bleh angkat civic fd 1.8, xkan xleh angkat prius kot. Skang siap ada prius c lg, ada jazz hybrid lg. tp duk angkat jazz biasa,padahal rega sama jek, tp jazz hybrid lg canggih n full spec.

    Kekadang pelik ngan perangai org kite.

    Lainla aku nih, yg xberkemampuan, hanya mampu beli kete malaysia jek yg penuh ngan cukai, tp masih murah dr kete yg xda cukai tersebut.

  9. Mmm… bagi saya, kat m’sia masyarakatnya x bersedia lagi menerima kereta yg full electric mcm nissan leaf nie. mgkin x berapa nak praktikal sbb prasarana sokongan kurang dan org kita nie pun x celik sgt tentang teknologi baru yg tak baru mana pun di samping harganya yg x terjangkau;)

    Tapi kalau sebagai projek perintis utk satu2 kawasan seperti putrajaya/cyberjaya yg tu ok laa:)

    Pasal bentuk leaf mcm sabun bentuk ikan tu direka utk memastikan ia cukup aerodinamik dgn cd factor 0.29; eerrrr…. preve punya cd factor pun setahu saya 0.30 dgn design yg cantik tu kn?:)

    Kat m’sia nie terlalu banyak sumber tenaga alternatif, sedara2 pun dah bincangkan kat atas tu. Cuma org kita jer yg masih x explore or tak dek ilmu n teknologi yg cukup2 matang bagaimana nak tranfer tenaga alternatif tu kepada elektrik secara cekap n optima.

    cheers!

    p/s : kalaulah ada teknologi minyak kereta guna minyak kelapa sawit ker, air hujan ker… bertuah ler negara2 seperti m’sia nie:)

    • Haha, macam dalam filem Back To The Future.

      Doc Brown pi bubuh sampah dalam kereta DeLorean DMC-12 sebagai bahan api..

    • jgn kacau minyak sawit….industri makanan akan suffer…Pak Lah has made a blunder by declaring biodiesel as an industry. kesannya supply of palm oil dan terpecah kepada makanan and biodiesel yg menyebabkan pricing naik mendadak…felda/sime darby untung…but the whole other industry suffer

  10. pada pendapat saya penggunaan full electric ada issue yg sgt besar dan pricingnya very unstable.
    kita kene tgk supply of rare earth (Li/Nikel etc) yg digunakan untuk create bateri kete nie…tradingnya dikawal oleh PRC, AU, US – negara2 besar yg ada stock material nie. Once they manipulate, habisla….tak mampu nak replace bateri and 2nd hand value akan jatuh (utk kereta yg bateri dah kong)….
    personally saya masih percaya yg teknologi fuel injection engine masih tidak diterokai sepenuhnya atau disengajakan untuk dilambatkan…menurut artikel cost/km fuel system engine rm 0.20/km…hybrid 0.10/km…there are still chances for improvement.
    Saya umpamakan teknologi janakuasa batu arang vs gasoline/gas based generator…suatu ketika dulu teknologi batu arang jauh ketinggalan berbanding gasoline/gas based generator…however sekarang nie dah terbalik…coal is more economical & clean in comparison with gas..
    diesel itself byk kelebihan in comparison with petrol…authority should work on to promote better grade diesel

    • bergantung pada proses tapisan yang dilakukan di sesuatu refinery tu dan juga kualiti crude oil yang mereka guna. mungkin mereka menghasilkan lebih banyak petrol berbanding diesel.
      aku rasa gov kita ni guna dasar “pecah dan perintah” kot. haha. mungkin mereka tak mau kereta guna diesel sebab takut bekalan diesel berkurangan untuk kegunaan lori, teksi, bot nelayan dan jentera2 berat lain seperti lokomotif keretapi… sebab tu gov nak kereta di malaysia guna petrol, manakala diesel pula untuk kenderaan industri. kalau semua nak pakai diesel, siapa plak nak guna petrol yang melambak tu…?

  11. kalo semua keta meggunakan solar dan mini win turbin…habis lah petronas…mana lagi kerajaan malaysia nak dapat cukai…..pada saya kerajaan patut juga mengurangkan cukai bagi peralatan atau kelengkapan seperti panel solar dan mini win turbin …atau pun kerajaan patut melaksanakan projek memasang panel solar dan mini win turbin di setiap rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana di malaysia secara berperingkat…atau pun menedikan stesen pengecas kereta hibrid secara percuma..ya lah daripada memberi subsidi minyak dan arang batu…yang untung orang kaya menikmati subsidi minyak dan arang batu…barulah penggunaan kereta hibrid mendapat sambutan di kalangan rakyat….kalo kereta hibrid luar negara mahal…pihak proton dan perodua harus memikirkan ataupun memainkan peranan untuk menghasilkan kereta hidbrid nasional yang harga mampu milik, kalo pengeluar kereta lain mampu…bila lagi peroton dan perodua….jadi panel solar dan mini win turbin ini bukan hanya untuk kerata malah untuk peralatan elektrik yang lain….jadi subsidi untuk minyak dapat di kurangkan dan dapat di agihkan kepada barangan keperluan yang lain….itu pendapat saya… kalo salah tolong diperbetulkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s