funtasticko design

http://funtasticko.net

Penantian untuk model Toyota Camry & 86 bakal berakhir tak lama lagi

26 Komen

Nampaknya sudah semakin hampir dengan tarikh pelancaran 2 model generasi baru Toyota, iaitu Camry & 86 yang dijadualkan pada bulan hadapan. UMW Toyota Motor telah memberi anggaran harga bagi kedua-dua model tersebut. Untuk model Toyota Camry harga yang dianggarkan ialah RM 152,000.00 untuk TOYOTA CAMRY 2.0E (A), RM 160,000.00 untuk TOYOTA CAMRY 2.0G (A) dan RM 183,000.00 untuk TOYOTA CAMRY2.5V (A).

Bagi model Toyota 86 pula harga yang dianggarkan ialah RM 243,000.00 untuk TOYOTA 86 2.0L (M) dan  RM 249,000.00 untuk TOYOTA 86 2.0L (A). Adakah model ini dapat mengembalikan kegilaan peminat kereta sports Toyota  di negara ini seperti dizaman kegemilangan Toyota Supra dan Celica? Nantikan kemunculannya bulan hadapan!

Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

26 thoughts on “Penantian untuk model Toyota Camry & 86 bakal berakhir tak lama lagi

  1. Bro,agak2 camry tu new model ke atau reskin je mcm fl? Xbyk beza pon comparee model lama…nmpk perubahanbumper shape pintu jer

    • mase tu pegi jumpe SA toyota.. die kate face lift int ext je..

      • tu la..sbb nmpk sgt facelift nya..so bila la agaknya new model..bukan nak beli pon cuma nak tgkla perkembangan kpd model yg baru..kita mesti naktgk yg lebih cantik kan..

    • ad, base on thailand pun pakai 4 speeder lagi.

    • x pe bro…kalu toyolta wat reskin x salah…ia dianggap satu keunikkan toyolta…kehebatan kejuruteraan

      kalu Proton plak dianggap x de idea…engineer n designer sekolah thp tadika je…Bodoh le…mkn gji bute….itula nasib Proton pd sesetengah rakyat Malaysia….

  2. Model AE 86 terlalu mhl. Skg dh zaman turbo tp masih pki enjin 2.0 na lg. Baik angkat golf gti lg murah. Zaman kegemilangan AD86 dh brakhir. Pengeluar keta jepun mcm dh ketandusan idea. Tp jual nk mhl2 x igt.

    • japan wannabe kt malaysia b’sepah bro…diaorg masih x dpt trima kenyataan kebangkitan model2 eropah…

    • bukan nak jadi japan wannabe, tp kalau tak silap aku jepun da main turbo dari zaman 80an lg..

      • mmg ada tapi turbo dulu guna minyak mcm jet engine. Sekarang dah jadi Fuel efficiency.

  3. tunggu Honda Accord baru laa lepas ni..😀

  4. Harap Toyota Camry baru ni teknologi, variant, accessories, comfort, perfomance, safety boleh kalahkan Kia Optima K5.😀

    • jgn mengharap…bagi spec cikai pon…for some Malaysian dieorg akn pk is still the best….Asalkn Toyolta..beli je..

  5. Dari segi spec memang Camry ni dah kalah teruk oleh Kia Optima K5 dah r… harga mahal nak mampus tp apa pun takdak adoi Toyota2 makin moving backward pulak..

    • x pe bro…Toyolta Kameri ni akn jd hot sales jugak (walaupon ade J spec mcm Vios) org akn beli jgak…Bcoz it is Toyolta….Toyolta Kameri J spec…140K..beli jugaak

  6. Aku rasa,pengeluar2 kereta jepun skrng ni da semakin ketandusan idea utk design kereta..hmmm..

    • mna bleh camtu bro…engineer jepun sume hebat2 bro…kelulusan tggi2 tau…x mcm engineer proton,level tadika,pemalas bak kata rkyat m’sia yg jd japan wannabe…

  7. aku bkn japan wanabe.. tp aq respect toyota sebb kualiti dan tahan lasak..

    • bro,klu lu kata psl toyota model thn 80an & 90an gua bleh trima..tp klu lu kata toyota skrg b’kualiti & thn lasak, lu sdh silap besaaarrrrrr la bro…itu la japan wannabe, kereta jenama toyota dh x begitu b’kualiti & dh x thn lsk tp oleh kerana ia dr jepun,lu puji melangit tanpa usul periksa.klu proton,abis japan wannabe kutuk melangit jugak.

      klu kereta toyota ade masalah (x patut ade masalah sbb syrkt dh lma b’tapak lbih dr proton), lu masih nk kata b’kualiti & thn lsk? bro, camne toyota prius bleh ditarik balik (sementara) di seluruh dunia sbb masalah pedal minyak & brek.kt m’sia x kena tarik pulak mgkin sbb rmai sgt japan wannabe yg ‘memaafkan’ toyota sbb ia DARI JEPUN!!! klu proton? abis kecoh satu dunia rkyat m’sia sendiri yg buruk2an…

      nk bnding dr segi kualiti, PROTON SAGA BLM lbih B’KUALITI & TAHAN LASAK dari toyota vios.klu lu nk tau, cuba2 la tnya owner vios (mgkin diaorg malu nk ngaku…) sbb pe aku suruh check vios? sbb kwn aku bnyk m’adu ttg vios sbb dia owner,bkn dengar cerita org…

      ok bro, selamat menikmati kekualitian & ketahanlasakan toyota…

      • gua pun pakai persona n forte jee.. tp banding kan kualiti part windows dengan bunyi pelik2.. KIA brooo lg senyap.. toyota my wife pakai vios jee.. tp sampai skrg xda problem..

      • gua rasa mgkin wife lu dpt yg ok…kwn gua tu mgkin nsb x baik dpt vios yg b’masalah…bumbung pun dh b’lekuk sbb buah mangga jatuh ms parking kt rmh gua…sedangkan persona & kelisa gua dh bnyk kali kena x de kesan pun…abg ipar gua yg pakai nissan sylphy komen..dia ckp body vios x sekuat & seteguh persona…sbb dia prnh test tekan kuat2 pintu persona gua dgn pintu vios kwn dia..hasilnya…pintu vios kwn dia b’lekuk.ms dia tekan kuat2 pintu persona gua,gua dh ngeri bro tp dia ckp klu b’lekuk cam vios,dia tlg byr duit bgkel.mmg la dia bnyk duit…

      • gua slalu amik cntoh vios atas sbb p’alaman gua &kenalan,bkn atas cerita org…cam persona gak,gua dpt yg x de masalah setelah 4 thn guna…ade yg baru guna 2,3 bln pun ade masalah…hmmm…nasib2….

  8. utk information, ayah aku pernah memiliki toyota DX KE70 model thn brape aku x ingat..awal 80an la…dgn kereta tu le aku blajar memandu…lbih 10 thn ayah aku guna x de rosak…mmg b’kualiti & thn lasak bro…jauh lbih b’kualiti & lbih thn lasak dr vios…sbb kereta jenama toyota bkn semua jepun yg keluarkan…sbb tu le kot dh kureeennnnggg…jgn kata kereta, barangan eletrik jenama jepun pun dh x de kualiti sgt..cpt rosak…kat rumah ayah aku masih ade tv hitam putih TOSHIBA. masih elok, bleh guna & speaker terbaeeekkkkk….

  9. dulu dulu punya toyota memang best, macam model LE, se, seg. Tapi sekarang, dah kurang sikit la,,,

  10. Camry baru ni mmg masih guna base dari yg lama, enjin baru tapi tranmission masih guna yg lama. Utk model 2.0 masih guna auto 4 speed, 2.4 guna cvt.

    Mmg agak kecewa sbb harga dh mahal, base model 2.0e pun harga rm160k, tapi equipment hampeh. Model 2.0 cuma ada 2 airbag, 2.4 aku tak sure.

    Mmg toyota dh makin hampeh utk market asia. Aku masih pakai altis skrg, tapi service kat SC makin lama makin teruk. Aku pernah p service tapi tak bayar service charge sbb service teruk, aku bayar utk parts ja. Aku jumpa manager SC ckp aku tak puas hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s