funtasticko design

http://funtasticko.net

PROTON PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA KE-21 – SEKTOR TEKNOLOGI AUTOMOBIL (PERINGKAT PRA-KELAYAKAN)

3 Komen

PEKAN, 12 Mei 2012 – Lebih 150 belia yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan serta organisasi kerajaan dan swasta, hari ini menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-21 – Sektor Teknologi Automobil (peringkat pra-kelayakan) yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan syarikat kereta nasional PROTON, yang juga merupakan penaja utama pertandingan tersebut bagi Sektor Teknologi Automobil.

Upacara perasmian pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama pelancaran program Karnival YO! Pekan di Dataran Pekan, Pahang yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Hj. Adnan Hj. Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan, En. Mohammad Shahid Ismail serta Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Di samping kategori utama iaitu Pertandingan Kemahiran Malaysia – Sektor Teknologi Automobil, acara yang berlangsung selama empat hari ini turut mempertandingkan tiga pertandingan sampingan yang lain iaitu Pertandingan Kemahiran PROTON; Pertandingan Kemahiran Peringkat Terbuka dan Pertandingan Kemahiran Peringkat Sekolah Menengah.

Berbanding Pertandingan Kemahiran Malaysia yang dibuka kepada para belia berumur 22 tahun ke bawah, penyertaan bagi Pertandingan Kemahiran Proton (peringkat pra-kelayakan) adalah terbuka kepada penyertaan juruteknik dan mekanik dari Pusat Servis Proton Edar dan Pusat Pengedaran serta Pusat Servis PROTON di seluruh Negara sahaja. Pemenang-pemenang di peringkat ini akan melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan di mana mereka akan turut disertai juruteknik dan mekanik dari Pusat Pengedaran dan Servis PROTON dari luar Negara.

Bagi kategori Pertandingan Kemahiran Terbuka pula, penyertaan adalah terbuka kepada jurulatih dari institut-institut vokasional dan teknikal, serta juruteknik dan mekanik dari bengkel-bengkel di seluruh negara, tanpa sebarang had umur, manakala Pertandingan Kemahiran Peringkat Sekolah Menengah dihadkan kepada penyertaan para pelajar dari sekolah vokasional dan teknikal sahaja.

Hasil cetusan idea mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Penasihat PROTON, Pertandingan Kemahiran Malaysia adalah satu inisiatif kerajaan yang diilhamkan bagi mengasah dan mengenengahkan bakat generasi muda dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran industri, serta membina modal insan Negara yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta bertaraf dunia. Ia tertumpu kepada 31 bidang kemahiran seperti Teknologi Automobil; Perindustrian Elektronik; Perkhidmatan Restoran; Rekaan Laman Web; Teknologi Rekaan Grafik; IT/Aplikasi Perisian dan pelbagai lagi bidang kemahiran lain.

Penglibatan PROTON dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia telah bermula sejak tahun 2003 apabila kategori Teknologi Automobil mula diperkenalkan. Sebagai salah satu sumbangannya bagi pertandingan tahun ini, PROTON akan menganjurkan satu pameran istimewa bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan koleksi kereta-kereta inovasinya, iaitu kereta-kereta PROTON yang telah direka bentuk secara kreatif oleh kakitangan PROTON sendiri dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi PROTON 2011.

Para pengunjung juga turut dipelawa untuk mengunjungi ruang pameran Proton Edar Sdn. Bhd. yang mempamerkan model-model kereta Proton termasuklah Proton Prevé, kereta global pertama syarikat kereta nasional ini yang baru sahaja dilancarkan pada bulan April lalu, di samping beberapa lagi pameran yang diadakan oleh syarikat-syarikat di bawah kumpulan DRB-HICOM. Turut diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana pertandingan pada tahun ini adalah pelbagai aktiviti permotoran termasuk demonstrasi drift, pertunjukan automotif dan pameran motosikal berkuasa tinggi, pameran audio kenderaan serta pertunjukan oleh beberapa artis terkemuka tanahair.

Di peringkat pra-kelayakan sektor Teknologi Automobil, para peserta pertandingan akan diuji berdasarkan kemahiran dan prestasi mengendalikan enjin Campro. Mereka dikehendaki menggunakan Proton Advance Diagnostic Tools (PADT), mengenalpasti komponen-komponen yang perlu diganti serta melakukan rombak rawat (overhaul) ke atas enjin,  Di pusingan akhir pula, para peserta perlu menunjukkan kebolehan menala enjin petrol, memperbaiki sistem brek, transmisi automatik, dan mengendalikan sistem suspensi, elektrik dan stereng kenderaan.

Pemenang bagi enam tempat teratas di peringkat pra-kelayakan pertandingan ini akan menempah tempat ke pertandingan peringkat akhir yang akan diadakan di Shah Alam pada bulan Julai 2012 nanti. Johan di peringkat kebangsaan pula akan terpilih mewakili Negara ke Pertandingan Kemahiran Peringkat Sedunia yang akan berlangsung di Leipziq, Jerman pada bulan Julai 2013.

Pertandingan Kemahiran Malaysia – Sektor Teknologi Automobil Peringkat Pra-Kelayakan berlangsung dari 10 hingga 13 Mei, bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5 petang dan terbuka kepada orang ramai.

3 thoughts on “PROTON PENGANJUR BERSAMA PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA KE-21 – SEKTOR TEKNOLOGI AUTOMOBIL (PERINGKAT PRA-KELAYAKAN)

  1. owh big mama

  2. Dato Seri Syed Zainal = Winnable Candidate?

    • Only for proton staff and supporter. For others perspective look like candidate from failure company.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s