funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton Satria pemenang kelima “My PROTON Makeover” telah siap

34 Komen

Proton Satria yang berusia 11 tahun milik pemenang kelima “My PROTON Makeover”, Amirul Azim telah diserahkan oleh Pengarah Pemasaran, Penjenamaan & Permotoran Kumpulan Proton, John D. Chacko dan Ketua Unit Kejuruteraan R3, Bahagian Permotoran Proton,  Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel kepada pemiliknya di Pusat Kecermalangan Proton semalam.

Amirul yang berasal dari Petaling Jaya, bekerja di syarikat pengurusan IT memberitahu hubungannya dengan kereta Satria tersebut amat bermakna dalam kehidupannya. Dari zaman bujang, berkahwin, hinggalah menjadi ayah kepada dua cahaya mata, kereta tersebut bukan sahaja menjadi kenderaannya ke tempat kerja di Cyberjaya malah kerap berulang-alik ke Kuantan untuk menziarahi kedua ibu bapanya. Beliau amat berbangga menjadi pemilik Proton dan selain itu beliau juga pengumpul kereta berskala kecil seperti kereta mainan die-cast Hot Wheels .

Kereta Satria tersebut telah diberi overhaul bagi enjinnya, di tala supaya menepati cara pemanduan Amirul. Sistem coil-over telah dipasang untuk menambah baik pengendalian ditambah pula dengan penukaran brek belakang dari brek drum kepada brek cakera.

Untuk bahagian luaran dan dalaman diberi tema warna merah yang sama dengan Satria Neo R3. Selain itu rim 15 inci turut dipasang supaya pecutan kereta Satria 1.3 liter tersebut lebih baik. Ini bermakna, kereta tersebut bukan sahaja berubah secara kosmetik malah turut berubah dari segi prestasi.

* Bro Amirul Azim ni orang Kuantan rupanya, Tahniah bro! hehehe…

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

34 thoughts on “Proton Satria pemenang kelima “My PROTON Makeover” telah siap

  1. Jumpe keta ni kat Aked Esplanade Bukit Jalil. Color combination memang terbaek. Luaran memang nice, tapi interior macam tak best plak. Door panel tu kasi la yg 1.6 punye design.

  2. Amirul aka car owner, nanti you pakai sebulan dua, mesti ada skru tercabut, ada bunyi pelik, ada part2 rosak…pasang di kilang pun bnyk isu, apatah lagi semua ni dibuat pakai tangan pomen2 dua tiga orang mcm kedai Ah Beng..
    makeover ni cuma bersihkan kereta dan cat lain…itu ja main reasonnya

    huhu…made in proton…

  3. Tahniah Amirul. Kete ko interior kat dashboard tu nampak cam alcantara leather jer. Pegghhh terbaik. Apa laa toyol yang dimasukkan untuk bagi power itu enjin yer? hahahaha. Kete ni kene bawa berhati-hati terutama masa jumpa bonggol dan di parking bertingkat2. Mau sagat oooo. Sayang tu.

  4. keje nak complain je…gi amik keta BMW pastu rebadge logo proton…tgk ada tak complain…pastu tgk berapa ramai yg mampu beli…

  5. mana dia kerete proton saga lama tu..??bukan antar skali ngan satria ni ka..??

  6. brapa kosnye?? sy pun ada satria 1.3 2002 … nak juga overhaul balik mcm rancangan overhaulin’ tuh…. kalau kos berpatutan baik pegi r3 je…. tahun ni genap 10 tahun dgn den… dr no 1 dah jadi kenderaan no 3 dah… bestnya kalu satria den yg di overhaulin’

    • Anggaran Kos dari saya:

      1.Bumper depan original Satria Gti (Rm 1350.00)
      2.Bumper Belakang Oiginal Gti (Rm 1250.00)
      3.Lips depan Original R3 (Rm 550.00)
      4.Body Work & Paint (Rm 4300.00)
      5.Lampu Depan & Belakang Original Proton (Rm 1000.00)
      6.15″ SportRim Original R3+4 Brand new tyre (Rm 3300.00)
      7.Overhall Engine+Cooling sytem+Ignition system+Performance Tunning (Rm 3500.00)
      8. All Original Interior Part from Proton-Dashboard panel+Nappa Lather,Instrument Panel,Meter Cluster,Rear Tray,Head Lining,Seat,Carpet,Floor mat,Door Trim dan semua plastic part area tempat duduk belakan dan boot (Rm 6000.00)
      9.All Wiring system (Rm 800.00)

      Anggaran TOTAL KOS Rm 22,050.00

      INI CUMA ANGGARAN DARI SAYA,TIADA KENA MENGENA DGN PIHAK PROTON.
      *Silakan Sapa2 yang nak tambah/kurangkan..tq

      • saya anggar dlm 10-15 k.

      • Opp ada lagi x perasan!!
        10.Steering Wheel-Momo Corse (Rm 800.00)
        11. Original rear Spoer R3-Carbon Fiber (Rm 1200.00)
        12.Overhall Transmission system (Rm 1000.000

        Total Rm 3000.00
        Grand Total Rm 22,050.00+Rm 3000.00
        Rm 25,050.00

        INI CUMA ANGGARAN DARI SAYA,TIADA KENA MENGENA DGN PIHAK PROTON.
        *Silakan Sapa2 yang nak tambah/kurangkan..tq

      • abosrber & rear disc brake brapa plak?

      • Ialah Absober dgn disc break lupa pulak.

        13.4 pcs Brand new Frt&Rear absober Original Proton (Rm 550.00)
        14.Rear Brake -Disc Rotor and Caliper (Rm 800.00)

        Anggaran jer bro.klau nak tahu harga betul kena tanya PPC(Proton Part Center)

      • Coil Spring (Rm 550.00)

  7. design malaysia jugak yg lawa..mirage pun kalah!!

  8. bro chor, rasanya bodywork, sume part kete di dismantle, tinggal chasis ajek, utk buang rust, pastu spray smula anti rust . Rasanya kena masuk kos tuh juga🙂

    • Bro Mat,
      Saya tambah lagi (Rm 2000.00) boleh x??

      Pengalaman saya,
      Kereta ayah saya Iswara tahun 1994,Baru hantar pgi bengkel minggu lepas buat buat Body Work & Painting sume part kete di dismantle, tinggal chasis ajek, utk buang rust, pastu spray smula anti rust,Tukar Bumper Depan Belakang,Lining Pintu Semua,Getah Pintu,Cermin Pintu,Bumbung baru sekeping Kosnya Rm4500.00.Ini harga di Kampung saya Taiping+kawan ayah saya pulak tu(sebulan baru siap)-tgh tunggu results kereta tu macam mana nanti….

      P/s:Bagi saya klau berhajat nak jadikan kereta kita sama macam Satria atas ni,paling kurang RM 30K kena stanby..(suka tgok Bodywork -rata,licin selicinnya,meleleh ayaq lioq…susah ooo kereta lama nak dapat balik condition macam ni kecuali 30K ready nak terbang…Apa2 pun terbaik lah R3.

      Sebenarnya Anggaran kos saya berdasarkan Harga workshop luar yang menggunakan Barang Original PROTON…tq

      • Bro chor,

        kereta mak saya yg cat biasa warna putih pun dah mencecah seribu (kaw rumah saya kamunting), inikan lagi benda2 r3 buat kat atas. Kitorg pun dah kira2 nak cat balik semua plus antirust dan overhaul engine. mahu dekat 10k tapi alhamdulillah dekat taiping nh banyak part murah. all around dapat dlm 5 k jer termasuk tukar lantai.

      • Bro Prolever,

        Bagi saya Bodywork kos dia mmg mahal klau kita berhajat nk buat secantik satria atas ni.tu belum tgok bahagian engine satria tu mata saya nampak semua part baru kecuali head block(barang dlm enjin piston,bearing,conrod,piston ring confirm baru).Dibahagian luar engine yg sy nampak masih mengginakan barang lama adalah air filter hose,trottle body jer,yg lain semuanya nampak baru..paling saya suka poqer steering pump,sampai yg tu pun dpt baru tu…

      • hahaha, itu betul. Senang cerita ikut modal kita la.

  9. bgs2, mcm nih br membuka mata org. Nampak mcm ahbeng modified, tp xtau, luar dlm di refurbish semula n kosnye bukan murah.

    Akupunya, kos2 yg diaorg buat sume melebihi 20k, pkai part ori r3 n prtn. Org bg percume, apsal nak kondem. Itu namanya xbersyukur. Ada ke company malaysia lain nak buat? Adaker company keter lain nk buat utk rakyat malaysia? Xdakan.

    Sebusuk2 prtn, sekurang2nya dia hargai owner2 kete prtn yg masih syg kete lame diaorg. Xkan nk buat utk sume, prtn bkn jabatan kebajikan. Jabatan kebajikan pun ada tapisan,

    blajo2lah bersyukur. Walupun bkn kete kite, kita patut gembira yg ada jugak owner yg bertuah.

    Ko jgn samakan r3 ngan ahbeng. R3 ada diantara diorg adalah engineer automotive, racing drivers, technical team n etc yg bkn sahaja belajo dr pengalaman, tp blajo secara formal bab2 kenderaan.

    Yg ahbeng kbanyakannye blajo dr pengalaman ajek. Diaorg buat bodykit, ada guna fizik ke utk test aero, ada wat testing ke? Mana ada, kebanyakan, copy n paste, sampai bodykit r3 design pun diaorg copy. Ko ingat ahbeng tau nk kira coefficient drag n coefficient lift ke?

    Bkn murah oo byk khidmat pro nih, xcaya, ko tgk amg, brabuz ke, hamman ke, mugen sendiri, mana murah part2 n service diaorg. Ingat r3 cap ayam ke…

    Aku masih ingat masa mme dulu yg geng2 vtec xpuas ati neo menang class b, diorg ckp enjin campro tuh yg r3 pkai lebih 1.6l. Padhal campro xbleh tinggi lg cc dia, stakat 1.6 max, xcaya, bukak head tgk sndiri. Itu campro 180hp na on wheel r3 bikin. Bukan top hp ajek, tp available power across rev range yg penting coz masa berlumba yg berselekoh, xsepanjang masa bleh redline, klu powerband wide, pertukaran gear minimum,lg pantas, itu xkira mcmmana diorg adjust ratio gearbox nk race ikut litar supaya ngam.

    R3 punya kete, bukan utk drag, tp drivability. Itu adalah antara r3 punya falsafah. Sbb tuh neo r3, bunyi enjin ketika idling, smooth ajek wlu guna high profile cam, xmcm ahbeng punya, menggelegak bunyi enjin.

  10. kalau aku…aku dh lame bgi keta aku…wlaupun body part mivec aku ditukar ganti….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s