funtasticko design

http://funtasticko.net

USAHAWAN WANITA MENANGI NISSAN TEANA DARIPADA ETCM

7 Komen

KUALA LUMPUR (16 Mei 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Normizah Binti Omar, seorang usahawan sebagai pemenang pusingan ketiga dalam kempen ‘Test Drive & Win’. Beliau memandu pulang sebuah Nissan Teana yang bernilai RM141,015.30 dalam sesi cabutan bertuah.

“Sebelum ini, saya memang ingin mencari sebuah trak pikap yang paling bagus untuk memudahkan kerja di pusat memancing milik saya di Johor Bahru. Oleh itu, saya melawat bilik pameran ETCM dan pada masa yang sama, saya mengetahui tentang kempen ‘Test Drive & Win’. Saya tidak pernah sangka akan menang apa-apa dan ini benar-benar sukar dipercayai,” kata Normizah yang membeli sebuah trak pikap Navara tahun lalu.

Wanita berusia 37 tahun dari Johor itu menyatakan bahawa Navara serba baharu yang dibelinya telah memberi banyak kesenangan kepada perniagaan dan keluarga. Memenangi sebuah Nissan Teana semestinya membuatkan Normizah lebih berbangga sebagai seorang pemilik Nissan, apatah lagi beliau turut meraikan ulangtahun kesepuluh dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Kempen ‘Test Drive & Win’ mula diperkenalkan pada April 2011. Dua pusingan sebelum ini berakhir pada bulan Julai dan November lalu. Kempen ini memperoleh kejayaan tinggi dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Cabutan bertuah pusingan ketiga terbuka kepada mereka yang membeli atau memandu uji kenderaan Nissan bermula 1 Disember 2011 hingga 31 Mac 2012.

Untuk pusingan ini, pemenang berpeluang untuk memenangi sebuah Nissan Teana, sedan mewah yang telah memenangi pelbagai anugerah, selain memiliki gaya moden serta pengendalian mengagumkan ataupun sebuah Nissan 370Z, coupe dua tempat duduk dengan pacuan roda belakang yang berprestasi tinggi.

Pemenang cabutan pusingan pertama ialah Dr. Aida Adlina Binti Anuar, seorang doktor dari Seremban yang memenangi sebuah Nissan Grand Livina. Sementara pemenang kedua ialah Tengku Norul Karlina Binti Tengku Yunus dari Kuala Lumpur yang memandu pulang sebuah Nissan Sylphy.

“Kempen ini sangat berjaya dan kami telah mendapat sokongan yang begitu banyak daripada peminat setia dari semasa ke semasa. Bilangan penyertaan peraduan telah meningkat dengan mendadak terutamanya dalam cabutan ketiga. Tentu sekali, penyokong kami telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ETCM. Kami sangat berbesar hati dan pasti akan membawa lebih banyak kegembiraan serta manfaat kepada setiap orang pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng pada majlis penyampaian hadiah.

7 thoughts on “USAHAWAN WANITA MENANGI NISSAN TEANA DARIPADA ETCM

  1. Dah kaya pastu dapat lagi kereta pulak tu.. rezeki kan..

  2. pusat mancing? kat JB? katne tuuuu? aku dah lama tak mancing.. gian ni. haha

  3. Kan best kalau aku menang mana2 peraduan yg hadiahnya kereta sebiji. dapat saga pun dah best.:-)

    • Contest Nissan tak true & fair!
      pemenang mesti yg beli kereta, yg test drive jgan harap lah dapat kereta, dapat key chain pun mujur!

  4. Fuiyohh…siap lompat lagi….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s