funtasticko design

http://funtasticko.net

Anda jutawan? Ferrari 458 Spider kini menanti anda

15 Komen

NAZA Italia Sdn Bhd telah melancarkan model terbaru Ferrari 458 Spider yang di jana oleh enjin tengah-belakang V8 hari ini. Jika anda seorang jutawan yang ingin memiliki kuda terbaru dari Ferrari ini, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM1.9 juta untuk model baseline sahaja.Model ini merupakan kereta sports pertama di dunia mempunyai bumbung boleh dibuka dan dilipat sepenuhnya yang dipaten oleh Ferrari.

Pelancaran model ini disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengarah Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA. Majlis pelancaran telah diadakan di bilik pameran NAZA Italia Petaling Jaya.

Ferrari 458 Spider dikuasakan oleh enjin Ferrari 570 CV 4,499cc V8 yang dianugerahkan sebagai International Engine of the Year 2011. Dengan gandingan kotak gear dual-clutch F1 dengan paddle-shifter, ia memberikan pecutan 0-100km/h hanya dibawah 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 320km/h. Bumbung model ini juga bukan sahaja 25 kg lebih ringan daripada bumbung soft-top, malah ia lebih senyap dan hanya memerlukan 14 saat untuk membuka dan menutupnya.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

15 thoughts on “Anda jutawan? Ferrari 458 Spider kini menanti anda

  1. hanya mampu tgk sambil berangan-angan je la…

  2. laaa…1.9JutaMYR utk baseline Ferrari Labahlabah ni???

    ingatkn baseline die pakai rim cover, unpainted door lining, side mirror and door handle…no foglight..fabric seat…no audio switch button….

    hahaha..tp kalu betul pon org beli jugak kan…sebb die Ferari Labahlabah….

    • ha2 betul2.
      Dah la hutang isi rumah tinggi, blum hutang negara dan lain2 hutang lagi..

    • lebih baik beli Nissan GT-R R35,harga lagi murah daripada ferrari,function lagi banyak,acceleration dan top speed hampir sama,ada tempat duduk belakang,jimat minyak….GT-R model 2012 lagi laju!,acceleration 0-100 hanya 2.9 saat! ferrari 458 spyder ni makan asap je la hahaha….

  3. Yang kaya dah jadi terlalu kaya, golongan miskin dah jadi fakir, golongan pertengahan pula jadi miskin. Sudah la tu, beban hutang sampai 70% pendapatan lagi. Fikirkanlah.

  4. lebih baik bayar preve cash, duit lebih tu blh blanja family and selebihnya lagi bg kat anak yatim n golongan asnaf, so nanti kat akhirat xadalah gigil sgt lutut bila kena audit kat mahsyar.. audit dtg pejabat pun smua kelam kabut macam nmpk izrael, rilex sudahlah, sbb tu kena hidup dgn ikhsan lillahitaala…

    • biarla..orang ada duit..selagi duit tu halal, tak kisah..
      kita yg tadak duit juta2 mmf cakap macam tu…kalau kita ni jutawan..banyak lagi duit utk buat kebajikan…duit terlebih bnyk…
      takkan nk suruh org pakai proton jerrrrrrrr……….samapi jutawan pun suruh pakai preve..tadak nikmat la hidup….

  5. damn cun lah ferrari nih!

    dashboard dia!

    ni yg jd Dino dlm TF DOTM kn?

  6. Beli ferrari nie bawak laju laju kemudian pi hentam teksi.

    • kalu nk hentam2, kete accord pn ble langgar myvi.

      • nh tengok ondscene ker.
        On topic, bro ada tengok x hentaman accord kat myvi tu, sampai steering boleh reach b pillar myvi. Fragile sangat ker myvi baru ek??

      • yup..aku selalu visit blog tu.

        myvi airbag deployed, tp chassis xcukup kuat pillar A abes, dashbd hampir smpi pillar B.

        dlm utube, america IIHS kata mmg kalu kete kecik vs kete besar, mmg kete besar menang, walaupn 2-2 safety rating byk *.

  7. folded roof amik dr ferrari carlifornia pa….

  8. wow!seksinya kereta ni…rekabentuk dan prestasi ferrari mmg tidak pernah mengecewakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s