funtasticko design

http://funtasticko.net

Naza Quest meterai kerjasama perniagaan dengan Achilles

8 Komen

NAZA Quest (Chevrolet Malaysia) Sdn Bhd telah mengumumkan kerjasama perniagaan dengan pengeluar tayar Indonesia PT Multistrada, untuk membekalkan tayar Achilles untuk model produksi terbarunya Chevrolet Cruze LT Sport.

Pengumuman ini dibuat sempena Achilles Formula Drift Malaysia 2012, di mana Chevrolet merupakan penaja kenderaan rasmi. Dengan kerjasama tersebut, Chevrolet Cruze LT Sport bakal dilengkapi dengan tayar Achilles ATR Sport mulai bulan Julai tahun ini. Selain itu kedua-dua syarikat sedang mengkaji kemungkinan untuk memasang tayar Achilles pada model Chevrolet lain, seperti Captiva dan Colorado.

Menurut NAZA Quest, kos bagi pemasangan tayar Archilles pada model Cruze ialahs RM1200 dan syarikat menyasarkan untuk menjual 100 unit model Cruze LT Sport sebulan. Penukaran jenama tayar tersebut tidak akan memberi kesan kepada harga Cruze LT Sport kerana kereta tersebut telah menggunakan tayar 18 inci.  Harganya akan kekal sama.

8 thoughts on “Naza Quest meterai kerjasama perniagaan dengan Achilles

  1. wahh..hensome betol camaro kat blakang tuh..ade siape2 tau x chevrolet malaysia ada bawa masuk x camaro dalam pasaran malaysia or any company??kalau ada berapa harga??..juz asking

    • Chevrolet Malaysia juz bawak masuk model Chevrolet dr syarikat Daewoo (Korea) yg GM gd license utk produce model Chevrolet for Asia Pacific market…

      Ini dr apa yg saya tau la….Ni masa zaman Hicom-Chevrolet yg pegang market Chevrolet utk Malaysia b4 Naza…

      • Naza Quest juga membawa global car Chevrolet mcm Cruze dan Colorado. yg model dr Daewoo tu zaman HICOM.

  2. Askm, memang diakui bahawa kebanyakan syarikat mencari pembekal barangan yang lebih murah namun bagi saya tindakan NAZA ini tidak bertanggungjawab untuk ekonomi negara kerana terdapat pengaliran wang ke luar negara . Terdapat banyak kilang yang mengeluarkan tayar di Malaysia dan diakui diperingkat dunia. Satu lagi perkara yang amat mendukacitakan rakyat indonesia yang amat terkenal dengan kempen ‘ganyang Malaysia’ serta membaling najis ke kedutaan kita di jakarta serta membakar bendera kita telah diberikan pekerjaan oleh syarikat kita dimana sepatutnya kontrak ini dapat memberikan pekerjaan kepada anak bangsa kita. Renung-renungkan….

    • Sebenarnya kita dah tak ade Syarikat Pengeluar Tayar dah. Silverstone + Simex dah dijual lama dah. Org yg kerja kilang tayar kat Malaysia semua kerja utk org luar.

      Kalau korang nak terasa sangat pasal ‘ganyang’ tu; itu salah satu mata pencarian org Indonesia. Kalau sehari takde demonstrasi kat Jakarta, memang tak sah. Diaorg ni dibayar NGO dgn USD. Bukan susah. Kita kat sini aje melatah lebih. Diaorg x kesah pun. Kita kat sini belum sehebat diaorg. At least bagi diaorg dah menyumbang dah jadi sebhg dari GDP. Lol.

      Pikir-pikirkan.

  3. LT sport beza dgn LT biasa pakai tayar 18″ je, ingatkan sport tu ada turbo huhu

  4. PROTON pun dah pakai tayar Indon. GT Radial a.k.a. Gajah Tunggal. macam nama kain pelikat la pula. Ni la hasil FTA Asean. Tapi dari segi positif, kita juga boleh eksport barang dan service kita ke seluruh Asean tanpa duty.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s