funtasticko design

http://funtasticko.net

‘BANDAR KERIANGAN ETCM’ DI PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Kuala lumpur (23 Mei 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berbangga untuk menyokong Hari Belia Negara 2012 (National Youth Day) yang dianjurkan oleh Sekretariat Hari Belia Negara 2012 bagi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bermula hari ini hingga 27 Mei 2012 (Rabu hingga Ahad) dari 9 pagi hingga 9 petang di Putrajaya. Sambutan Hari Belia Negara diadakan bagi menghargai jasa belia negara atas sumbangan besar mereka kepada Malaysia dan kerajaan. Sebanyak 500 acara akan diadakan sepanjang program ini, termasuk paparan mengenai penglibatan belia dalam sukan dan rekreasi, budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan serta penerokaan bidang baru.

“Idea bekerja dengan orang muda, komuniti, perniagaan dan dermawan bertujuan untuk mendapatkan hasil terbaik bagi golongan muda yang menjadi asas kepada visi ETCM. Kami berhasrat untuk mencipta lebih banyak peluang kerjasama baharu yang akan menggalakkan idea-idea inovatif dan tanggungjawab korporat yang lebih sempurna. Kerajaan komited untuk meningkatkan taraf hidup golongan muda. Oleh itu, kami menghargai peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Selaras dengan Hari Belia Negara 2012, ECTM membina satu ‘ETCM Inflatable Fun City’ yang mengujakan di Presint 2 (berhampiran bangunan JPN) untuk berinteraksi dengan golongan muda. Jangan lupa untuk mengunjunginya dan mengalami permainan seperti ‘Shoot To Goal’, ‘Basket The Balls’, ‘Rugby Goal’ (Gol Ragbi) dan ‘Gladiator Challenge’ (Cabaran Gladiator). Bagi para peminat kereta, jangan lepaskan peluang untuk melihat secara dekat rangkaian model terkini Nissan di lokasi yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s