funtasticko design

http://funtasticko.net

NAZA taja RM3.5 juta untuk Seminar Antarabangsa

Tinggalkan komen

Gergasi automotif terkemuka Malaysia, NAZA WORLD telah menaja RM3.5 juta dari segi bantuan kewangan dan logistik  untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa. Ia juga merupakan tanggungjawab sosial NAZA WORLD bagi mengukuhkan perpaduan “ummah” di Malaysia.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Kumpulan NAZA, Puan Sri Zaleha Ismail kepada Pengerusi Seminar, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Din dan disaksikan oleh Penasihat Agama Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Abdullah bin Md Zin. Majlis tersebut telah berlangsung di Auditorium Puan Sri Zaleha  di NAZA AUTO MALL, Petaling Jaya.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Datuk Wira Hj SM  Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata sumbangan ini merupakan usaha NAZA WORLD bagi meningkatkan perpaduan umat Islam di Malaysia dan luar negara.

Seminar Antarabangsa  tersebut bakal dianjurkan bersama dengan Bestari dan MyKMU.net. Penaung bagi acara ini ialah Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga bakal merasmikannya pada 15 Jun 2012. Ia bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 15 dari Jun hingga 17 Jun 2012.

Cendikiawan Islam, profssional, ahli akademik dan pemimpin masyarakat dijangka menghadiri acara ini. Selain Bahasa Malaysia, acara ini juga bakal menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Antara penceramah antarabangsa yang bakal menyertai acara ini Mantan Timbalan Azhar Syeikhul, Mesir, Syeikh Mahmoud Ashour, Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly, Mufti Palestin, Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan and Penasihat Agama Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Abdullah bin Md Zin.

Majlis penutup seminar ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir bin Haji Baharom. Pihak NAZA juga akan menjadi penyedia kenderaan rasmi untuk VIPs dan para peserta. NAZA WORLD juga menyediakan Maserati Quattroporte dan MPV Vellfire sebagai kenderaan rasmi seminar antarabangsa tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s