funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton serahkan kereta terakhir “My PROTON Makeover”

11 Komen

Keriangan jelas terpancar di wajah Puan Lee Koon Gaik, pemenang terakhir program “My PROTON Makeover” setelah menerima keretanya yang berwajah baru. Kereta Proton Saga Aeroback tersebut telah diserahkan kepadanya oleh Pengarah Pemasaran, Penjenamaan dan Permotoran Proton, John D. Chacko, di Pusat Kecemerlangan Proton hari ini.

Puan Lee, 54 tahun berasal dari Seri Kembangan Selangor, kelihatan sangat sedih semasa menghantar kereta Proton Saga Aeroback yang berusia hampir 20 tahun itu untuk menjalani proses makeover. Ia merupakan hadiah dari suaminya 1991 dan kereta tersebut sentiasa menjadi teman setianya ke mana sahaja destinasi.

Pasukan R3 telah mengekalkan rupa klasik Saga Aeroback tersebut, dengan warna perak metalik dengan gun metal. Ditambah pula dengan jalur merah R3 untuk menjadikan rupa kereta tersebut yang lebih segar. Bahagian dalamannya telah dibuat  semula supaya sepadan dengan bahagian luarannya, dibalut dengan kulit dengan jalur warna merah.

Enjin dan kotak gear telah dibina semula tanpa apa-apa tambahan atau pengubahsuaian, cuma  sistem ekzos telah ditala supaya meningkatkan tork kereta tersebut tanpa membuatkan bunyinya bising. Selain itu rim 16 inci melangkapi rupa keseluruhan kereta disamping meningkatkan kestabilannya di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

11 thoughts on “Proton serahkan kereta terakhir “My PROTON Makeover”

  1. Saga Aeroback ni nampak baru.. rim je nampak R3..
    pasangan ni nampak macam pasangan yang kuat bekerja… kalau mereka tinggal area seri kembangan, biasanya bekerja sebagai peniaga kot..
    dapat tengok betapa gembira mereka dapat kereta ‘baru’..

    hmm.. semua bangsa dah ada wakil untuk makeover… lagipun semua bangsa beli proton..mungkin tu mesej penghargaan yang nak disampaikan proton..

    p/s: patut pembeli pertama preve dibuat cabutan untuk makeover jadi Preve R3..hehehe

  2. mcm mana la rupa preve r3, klu facelift tu ada la iras2 sapphire kot hehe

  3. nmpk simple n kemas… tahniah la pada owner

  4. jaga spotrim tu elok2 tau. ya, sy cemburu!

  5. Madam Lee ni dah jadi Madam Beng lepas dapat kereta makeover. Tapi tengok cara dia jaga kereta dia (kat bonnet cat pun berkurap) rasanya macam rugi je bagi kat dia ni. Mesti tak jaga kereta nanti. Lagipun kereta dah 21 tahun tu, nak renew insurance pun susah. Siap kena check kat PUSPAKOM lagi. Anyway, tahniah la dapat kereta refurbished. Suami dia ikhlas bagi kereta tu dulu tu sebab tu dapat makeover ni.

    • mungkin dia tinggal rumah flat.. so takde parkir berbumbung..

      tapi roadtax dan insuran mesti murah gile… atau lepas makeover ni value makin naik??

      • Kereta lebih 10 tahun sekarang ni mana ada insuran murah lagi. Macam2 jenis loading ada. Lepas tu bila umur pemilik lebih 50 tahun kena lagi loading. Lepas tu wajib beli 1st party, sum insured minimum pulak dari range RM10k ke RM12k walaupun kereta tu takde harga lagi kat pasaran second hand. (Contoh Wira 1996, harga market RM8000 sahaja, tapi minimum sum insured RM10k)Giler syarikat insuran ni. Fikirkan untung sahaja. Sedangkan yang banyak claim curi atau accident kereta baru2. Kereta lama sebab tu la tahan lama, tak accident.

  6. suka tgk logo proton lama yg masih dikekalkan pada kreta ni..

  7. Proton sudah buktikan penghargaan kepada pelanggan setia mereka.Perodua bila lagi?Buatlah jugak contest make-over seperti ini.Terlalu banyak model Perodua yang kini RARE seperti Kancil,Rusa,Kembara,Kelisa,Kenari n last but not least Nautica…hehe

  8. 16 inch too large, unless its lowered,
    15 just nice if they want a classic character with standard suspension.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s