funtasticko design

http://funtasticko.net

Volvo tunjukkan bagaimana beg udara pejalan kaki pada model V40 hatchback berfungsi

8 Komen

Volvo memang terkenal dengan ciptaan inovatif mereka untuk keselamatan kenderaan. Ini terbukti dengan hasil inovasi mereka untuk model V40 hatchback, terciptanya beg udara pejalan kaki yang pertama di dunia. Video di atas menunjukkan bagaimana ia berfungsi.

Volvo berkata di Eropah, 14 peratus kematian dalam kemalangan maut merupakan pejalan kaki, manakala di Amerka Syarikat, jumlahnya ialah 12 peratus dan di China, 25 peratus.

Pengeluar kereta Sweden tersebut telah meletakkan tujuh sensor yang di bahagian hadapan untuk menghantar isyarat kepada control unit di mana apabila diperlukan, bahagian hadapannya akan menaikkan bonet kereta sekitar 100mm (lebih kurang 4 inci) menerusi mekanisma pyrotechnic dan membuka beg udara, sebagai penampan apabila melanggar pejalan kaki.

Beg udara tersebut mempunyai dua fungsi, pertama ia menaikkan bonet untuk menghasilkan jarak dan juga sebagai penampan impak sekitar permukaan keras berdekatan cermin hadapan.Sistem tersebut akan diaktifkan pada kelajuan di antara 20km/h dan 50 km/h (12mph dan 31mph).

8 thoughts on “Volvo tunjukkan bagaimana beg udara pejalan kaki pada model V40 hatchback berfungsi

  1. Nice info. . .Volvo yg 1st time buat kan?? or dh ader org lain?

    P.S-bro FD typo error “Sisitem” tersebut akan diaktifkan. . . = )

    • thanks bro, tak perasan..rajin pulak nak update blog hari ni..puas kena translate beberapa story, tu yg terlepas pandang & ada salah ejaan, hahaha

      • same2…xde crita,news,spyshot Proton(Prevé Hatch) or Perodua(Bezza) model baru?? cam slow smacam dh automotive M’sia…China dh mkin maju dh..smpai msok dlm TV3 majalah 3..ttg kreta GWM colab ngn M’sia company…”sakit hati” gak tgok …p xper…jadi cabaran to Proton n Perodua…supaya lagi maju…= )

      • buat masa ni xde lagi la bro, sy pun tgah menanti spyshot2 baru ni

  2. Volvo for life….

  3. kenapa design depan tu macam Kia Ceed ek? hehehe

  4. Volvo- leading safety standard. Untung syarikat Geely dapat memiliki volvo.

  5. Kat Malaysia nih banyak kes Motorsikal langgar kereta berdepan… penunggang maut tercampak ke cermin kereta… mungkin beg udara sebegini boleh selamatkan keadaan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s