funtasticko design

http://funtasticko.net

Perletakan jawatan Dato’ Sri Syed Zainal tiada kaitan dengan penggantungan tugas Dany Bahar dan DRB-HICOM

28 Komen

Nampaknya semakin panas isu terkini yang berkaitan dengan Proton, DRB-HICOM dan Lotus. Mungkin disebabkan oleh isu tersebut keluar dengan serentak, ia secara tidak langsung memberi gambaran isu itu berlaku pada masa yang sama dan seolah-olah ada berlaku krisis dalaman. Namun apa yang saya hendak jelaskan di sini apa yang berlaku sebenarnya tiada kaitan langung.

Menurut sumber terdekat, Dato’ Sri Syed Zainal telah menghantar surat perletakan jawatannya sebelum pelancaran Proton Prevé iaitu pada awal bulan April lalu. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan berita beliau menghantar surat perletakan jawatan, perkara itu sebenarnya adalah benar. Cuma DRB-HICOM tidak menerima perletakan jawatan tersebut dan berusaha memujuk Dato’ Sri Syed Zainal untuk kekal bersama Proton.

Mengenai isu penggantungan tugas Dany Bahar pula, ia mungkin disebabkan DRB-HICOM sedang meneliti beberapa perkara yang berkaitan dengan masa depan Lotus. Buat masa ini DRB-HICOM telah meletakkan pegawai kanannya dalam pengurusan Lotus buat sementara.

Siapakah yang akan menggantikan Dato’ Sri Syed Zainal sebagai Pengarah Urusan baru Proton nanti? Apakah perancangan serta halatuju baru yang bakal dibuat DRB-HICOM untuk Proton dan Lotus nanti? Kita nantikannya…

28 thoughts on “Perletakan jawatan Dato’ Sri Syed Zainal tiada kaitan dengan penggantungan tugas Dany Bahar dan DRB-HICOM

  1. Mohon dato’ sri tidak menerima pelawaan untuk menjadi wakil rakyat BN yang dibuat oleh salah seorang pemimpin tertinggi BN tempoh hari. Lepas ni, Dato’ Sri berehat sebulan di Mekah, istikhoroh betul2 ke mana mau pergi.

    • Insyallah, Dato’ sri lebih menyerlah sebagai ahli perniagaan yang hebat daripada menjadi wakil rakyat bagi mana mana parti politik… Beliau lebih baik memajukan negara ini dengan kejayaan syarikat milik Malaysia dimata dunia daripada mendapat fitnah dan umpatan dari segelintir rakyat atas nama parti.

    • Ucapan DSSZ boleh membuat orang teruja, penuh passion… tak hairan kenapa dia diminati oleh ahli politik untuk jadi winnable candidate…

  2. Dengan departurenya DSZ ura2 kembalinya TM telah sejuk, sy kira kalau drb dapat jual sedikit share proton kpd TF pun baik, kerana beliau ada brand dan Air Asia ada pengaruh besar dirantau asean, banyak pasaran asean seperti cth vietnam, phlipines dll ada ratusan juta penduduk belum dimasuki proton. Tengok sajalah bagaimana beliau TF berjaya mempromosi AA pada penentuan juara liga inggeris man u vs qpr kalulah ada terselit jenama proton pada masa itukan bagus.

    Ps # Teringat kata prof ungku aziz , kata beliau bangsa melayu hanya mengenali matawang sekitar 500 tahun berbanding bangsa cina , india dll meraka sudah mengenalinya 5000 tahun dulu.

    • Ps # Teringat kata prof ungku aziz , kata beliau bangsa melayu hanya mengenali matawang sekitar 500 tahun berbanding bangsa cina , india dll meraka sudah mengenalinya 5000 tahun dulu.

      —-> Salah fakta tu bro, Melayu sudah lame expert dalam matawang, org melayu dahulu niaga melalui emas, emas adalah komoditi nusantara suatu masa dahulu, kite sudah export emas di masa zaman nabi Allah Sulaiman A.S, minta kaji sket, jgn main pandai cakap jek, Jangan sesekali merendahkan bangasa kalau x tahu sejarah🙂

      • tanya sikit bleh…mana tahu org melayu yg export emas time zaman nabi Allah sulaiman A.S… setahu sya la kn org islam kot… x sebut pn melayu ekkk…. satu lagi… bangasa tu apa??heheheheh

  3. DSZ join MAS..ok tak? hehe.

    • Bagus jugak cadangan tu…dalam keadaan sekarang MAS lagi memerlukan pemimpin yg berkaliber….current management (3 org tu) of MAS takder focus dan mcm cuba memaksa kerajaan jual MAS ke Airasia…maybe DSZ boleh berfungsi mcm perbetul GLCs yg byk underperformed…
      Proton mcm dah berfungsi dgn OK dan dengan tahap calculative DRB tu mgkn korupsi/waste boleh beransur-ansur kurang

  4. Baru nak mintak keje proton, dah jd camni…hurmm, risau keuntungan syarikat dibolot oleh drb, n protonians akan dapat saki baki je…ada perubahan pada staf benefits x stakat nie? Dgr cite, staf diwajibkan pakai tali leher 4 hari seminggu…layan je la

    • as far as i know. DRB freeze recruitment. sampai bila tak tau la.

      Nasihat saya, kalau nak kerja proton, especially RnD, jangan harapkan sangat benefit/gaji yg lumayan. Tapi kalau nak belajar teknikal+jadi expert bolehlah apply

    • yg pakai tie tu btol!.. haha.. boring kne pakai.. kalu exec je xpe.. ni engineer semo kne skali

  5. mcm sahih dh dsz nk kuar proton, papa pn all the best kpd datuk sri, jasamu dlm lipatan pmbangunan proton akn kmi hrgai. kpd ds khamil jamil, walk the talk,.bktikn pngrusan akn dtg setaraf@ lebih progresif dari current management

    *tringt kisah pelayaran orang melayu merentasi mesir tatkala bangsa cina dan india baru bermain2 air di gigi sungai

  6. 1. Ps # Teringat kata prof ungku aziz , kata beliau bangsa melayu hanya mengenali matawang sekitar 500 tahun berbanding bangsa cina , india dll meraka sudah mengenalinya 5000 tahun dulu.

    2. *tringt kisah pelayaran orang melayu merentasi mesir tatkala bangsa cina dan india baru bermain2 air di gigi sungai

    dua benda berbeza tu hehe

    aku lak nak kata orang Melayu adalah pembuat kapal yang hebat.
    kenapa tidak kereta? huhu

  7. dato’ lukman already the deputy md..so expect him to take over as proton md soon

  8. begitulah lumrah hidup… semua pemimpin akan silih berganti dalam proton. sebagai rakyat yg sentiasa menyokong kereta malaysia, please DRB…. buat kereta yg terbaik untuk rakyat… jgn jadikan rakyat sebagai tempat ujikaji untuk menilai produk anda. gunakan semua teknologi yg DRB perolehi dpd syrkt antarabangsa untuk digabungkan ke arah penciptaan produk pd masa depan. paling penting jgn sebarangan jual lotus kpd org asing kerana ia adalah aset paling bernilai dlm teknologi. lihat bagaimana syrkt seperti saab pun tidak diizinkan oleh bangsa asing utk proton beli. jgn ulang sejarah bagaimana org politik arahkan mv agusta dijual pd harga yg paling hina! sedangkan mv agusta boleh menyumbang kpd pembangunan rekabentuk seperti mana rakyat kita mengagungkan kereta korea italian design… Tun, pengaruh dan peranan Tun masih diharapkan utk pembangunan proton. DSZ, apa yang anda sumbangkan untuk proton adalah sesuatu yg tidak ternilai. DRB, jadikan proton satu syrkt yg mempunyai identiti bukan hanya pada logo.

  9. Bro Campro, buatla satu thread utk discuss kemalangan di Hari Belia tu..

    Bodo betul penganjur, benteng manusia jadi Guardrail…
    kedua bodo si pemandu tu, Drag ni pandai kawal stereng dan jangan brek mengejut…entah2 pemandu tu duk syiok perati amoi kot masa tengah tekan minyak…

    at least nak Drag pun kereta tu tuned la dulu handling nye..setakat tukar spot rim ganas + enjin power tak jadi…
    pakai pulak kereta lama, kereta lama design lama dan aerodynamic pun tak bagus.. kena angin lintang sikit hancusssss
    takziah kepada mangsa…

  10. offtopic: alamak….bro matt …spotted dlm pic atas!!!!!..heheh

  11. teringat iklan ni dolu2…..

    • masa kluar iklan ni tepikir..waaa..NAZA dh develop keta sendri…Sekali klua…ALAMAAAKKK…HAFEI LOBO DAAAAA

  12. Hari ni dalam TheSun ada berita ni kat page 13. Ada ‘irreguralirities’ dalam pelan transformasi 5 tahun LOTUS. Ini hasil audit yang dilakukan oleh firma audit dilantik DRB-HICOM, Ernst&Young. Jadi DRB-HICOM bertindak sangat pantas dengan penggantungan ni sebenarnya. DSZ takde kaitan pun.

    Menurut report ni lagi, perjanjian perlantikan Danny Bahar ni, dia layak terima 5% saham LOTUS jika LOTUS dijual atau diapungkan di bursa saham (patutla dia sebelum ni beria-ia nak jual LOTUS kat TOYOTA) dan jaminan pakej gaji tahunan sebanyak £1.2 juta (giler) termasuk £600,000 gaji serta bonus.

    *Rakyat Malaysia yang macam nak mampus guna PROTON dengan overpriced, dia ni yang kenyang sampai pecah perut. Lepas tu kerajaan pump lagi duit kat PROTON. Patutlah untung PROTON susut. Dia kena tengok contoh CEO Japan Airlines (JAL). Pergi kerja pun naik bas.

  13. Dalam The Sun page 13 hari ini ada detail penggantungan Danny Bahar. Perjanjian dia dan PROTON sewaktu perlantikan adalah dia entitled 5% saham LOTUS jika LOTUS dijual atau diapungkan di bursa. Patutlah dulu dia beria-ia benar nak jual LOTUS ke TOYOTA.

    Terma dia sebagai CEO di LOTUS pula ialah dia dijamin dibayar pakej tahunan gaji sebanyak £1.2 juta termasuk £600,000 gaji dan bonus. Banyaknya duit rakyat Malaysia habis ke dia rupanya. Nasib baik jugalah Kerajaan dah lepaskan share PROTON.

    Lepas tu ada irregularities dalam LOTUS sepertimana audit yang dilakukan oleh firma Ernst & Young yang dilantik oleh DRB-HICOM. Ini sebab utama Danny bahar digantung smenetara siasatan dalaman dijalankan.

    Nampak gaya lebih cepatlah penstrukturan semula LOTUS selepas laporan audit ini.

    *Kenapa ada terma 5% share ini pada awalnya? Sepatutunya, terma ini harus diperbaiki seperti dia entitled 5% share LOTUS jika turnaraound 5 years transformation LOTUS berjaya, bukannya jika dijual.

  14. the end….. kenapa DSZ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s