funtasticko design

http://funtasticko.net

VIDEO : Kemalangan di Drag Battle Putrajaya

14 Komen

Isu keselamatan tidak dititik beratkan oleh penganjur kerana membenarkan acara tersebut dibuat berdekatan dengan gerai jualan dan penonton terlalu hampir dengan jalan. Sepatutnya acara ini perlu di buat di kawasan yang lebih luas dengan jarak penonton dengan jalan lebih jauh. Terdapat beberapa penonton yang menjadi mangsa dan difahamkan ada yang parah. Cuba lihat bagaimana aspek keselamatan yang dibuat oleh penganjur Cub Prix? Walaupun lumba kapchai tapi tahap keselamatan pelumba dan penonton amat tinggi. Diharap kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi selepas ini. Video ini telah diupload oleh blackspiderz86 di You Tube

Apa pandangan anda? Sila jangan jadikan topik ini bahan politik ye…

14 thoughts on “VIDEO : Kemalangan di Drag Battle Putrajaya

  1. berita hrni msk kabinet…lulus dpt track drag.

    • knp nak bazir bina track tuh?

    • He said he would suggest to the cabinet that a proper drag racing track as long as 800m, complete with spectator seats, be built.
      “I will speak to the cabinet as soon as possible. The suggestion had been brought up previously, but it was not approved.
      “I feel that it is timely for us to build a track with proper facilities and safety features so that fans of motorsports can enjoy the race and also to avoid such accidents in the future,” he said.

      Read more: 17 hurt at drag race event – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/17-hurt-at-drag-race-event-1.88399#ixzz1w8gr49di

      Ini lah Malaysia. Setakat nak buat track untuk perlumbaan drag pun nak kena kelulusan kabinet. Dulu elok-elok dah ada trek Batu Tiga, sapa suruh robohkan? Sepatutunya, setakat bendalah ‘simple’ macam trek perlumbaan hanya perlu kerjasama kerajaan tempatan (dalam hal tanah dan alam sekitar) dan ‘sanction’ dari AAM untuk memastikan trek memenuhi piawai antarabangsa. Kenapa perlu sampai ke kabinet? Apa yang jemaah menteri tahu pasal sukan permotoran? Tukar tayar kereta pun tak reti agaknya,sibuk nak cakap pasal motorsport.

      • oleh kerana sibuk buat umah untuk golongan tertentu.makanya terkorban la trek batu tiga yg dibanggakan peminat motorsport pd masa dulu.aku hari2 lalu kt bekas tapak trek batu 3 tu rase sedih.cume peninggalan stesen janakuasa tnb yg bertulis “racing circuit” je yg masih ada.

  2. kurang sgt safety.
    tiada barrier antara track dgn penonton.
    penonton pula terlalu dekat dgn jalan.

    Tolong ambillah pengajaran dan sediakan langkah keselematan yg lebih ketat utk penganjuran aktiviti permotoran seperti ini di masa hadapan. Nyawa tiada galang gantinya.

  3. xleh nk kta pa, rmai org kta dy mmg hilang kwalan, hrp d msa dpan x berlaku lg, kpd krajaan, nk circuit skli ngan straight lane 1 utk stiap negeri… hahaha

  4. ada yang meninggal dunia tak?
    pasal nampak mcm teruk je dia langgar erm…

  5. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk memajukan sukan bermotor, alihkan sekatan-sekatan ke atas penggiat-penggiat sukan bermotor dengan kadar segera dan cuma sediakan tanah di setiap daerah besar atau negeri untuk tapak litar sukan. Lepas tu jemput penggiat dan pengusaha sukan bermotor untuk bina litar sukan pakai duit sendiri, bukan duit kerajaan. Asalkan para penggiat ini mendapat sanction AAM, sudah cukup. Untuk sukan bermotor di peringkat akar-umbi, kita tidak perlu litar besar. Litar 800m – 1500 pun dah lebih dari cukup.

  6. standed macam lumba haram aje..mana x eksiden

  7. Pihak penganjur x profesional…

  8. buat sekadar nak amik hati belia kononnya, pdhal lbh kpd politiking yg tak perlu sgt nak sibuk psal safety. berita hari ni pun dok sibuk nak counting berapa yg hadir.. sbb di pihak sana pun buat gak himpunan belia.. masing2 pikir diri sndiri je.. teruk pilitik malaysia skang.. makin kotor.. rakyat yg tak mnyokong secara tegar mana2 parti ni yg tersepit.. adoiyai…

    sokong dgn ‘Dani Proton’.. bnda2 kecik gini pun nak masuk kabinet.. dukacita kpd mangsa2 yg terlibat

  9. Pi lah buat kat stadium lain kali. hahaha
    Asik2 jalan raya jer.
    Litar Sepang kan ada, naper nak jalan raya gak.

    • SIC mahal lah bro.

      Dulu diaorg buat kat penghujung jalan Persiaran Selatan. Yg diaorg buat ni kat sebelah Equestrian. Memang jalan tu bukannya track. Selain tak ada barrier, Bomba pun tak ada. Kalau ada Bomba diaorg ada hydraulic jack/cutter. Nasib baik hospital dekat.

      Ramai plak dah upgrade main kat Melaka. Tapi x sure kelengkapan kat sana.

      Buat ler kat Pasir Gudang ler, boleh rentap dgn org Singapore. Walaupun PG tak segah mana, jauh plak tu, sekurang- kurangnya lumba haram kat 2nd Link tu boleh dikurangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s