funtasticko design

http://funtasticko.net

Pasukan Malaysia sertai Super GT kategori Wild Card!

8 Komen

Peminat Malaysia Super GT bakal ceria dengan penyertaan wild card pasukan Thunder Asia Racing Team , yang diketuai oleh Fairuz Fauzy dan Hikori Yoshida yang memandu jentera MT900m Mosler, di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini. Penyertaan Fairuz Fauzy membanggakan negara kerana merupakan pemandu Malaysia yang tunggal yang bersaing dalam perlumbaan 3 pusingan GT SUPER 2012.

Dianggap sebagai Perlumbaan Grand Touring TERPANTAS di dunia, dan SATU-SATUNYA perlumbaan SUPER GT di luar Jepun, peminat Malaysia kini mempunyai harapan untuk melihat pemandu tempatan menaiki podium. Fairuz adalah nama tidak asing kepada dunia sukan permotoran di Malaysia. Beliau telah mencapai kejayaan cemerlang dalam perlumbaan lalu.

Salah satu tarikan utama perlumbaan SUPER GT pada tahun ini ialah Extreme Street Dance Competition yang disertai oleh 40 pasukan tarian dari pelbagai kolej di Lembah Klang dan Pulau Pinang yang bakal mempamerkan koreografi tarian mereka. Dua pasukan teratas akan bertanding di pentas utama dan akan dihakimi oleh hakim-hakim antarabangsa, seperti  Jr Boogaloo (USA) dan Shay Normann (UK).

Seiring dengan perlumbaan Super GT,  AFFIN Bank Motorshow akan diadakan dengan penyertaan konglomerat seperti Sime Darby Motors, Naza World, Lamborghini dan lain-lain pengeluar utama kelas dunia seperti Honda, Nissan, Toyota, Mazda, Subaru, Hyundai,Mercedes Benz serta pembuat aksesori aftermarket seperti Motul, Denso, V Kool, Paint Shield, ENEOS, McKee Racing. Selain itu, pelawat boleh menyaksikan koleksi terbaik kenderaan daripada pembuat kereta eksotik seperti Ferrari, Maserati, dan Porsche, Mercedes SLR McLaren, Mercedes AMG C63, Alfa Romeo, BMW, Ford serta Land Rover.

Menambahkan lagi keseronokan, pemilik persendirian akan mempamerkan beberapa kereta dan motosikal jarang ditemui, seperti Lamborghini Murcielago LP670-4, Aventador Lamborghini LP700-4, Morgan Aero Super Sport, Pemenang 3 kali Le Man, Ford GT40 yang dibina semula, motorsikal 2400cc Triumph Rocket 3 dan banyak lagi! Bahkan beberapa kereta lumba SUPER GT akan dipamerkan, menjadikannya syurga untuk peminat automotif! Selain itu, Ducati dan Harley Davidson akan membawa motosikal terbaik mereka untuk dipamerkan.

Tiket grandstand dijual pada harga RM100 setiap satu, dan boleh dibeli dalam talian di http://www.supergt.com.my atau http://www.ticketcharge.com.my. Selaras dengan inisiatif untuk membawa sukan permotoran kepada orang ramai, semua tiket kedua yang dibeli dengan 1  kod tiket rujukan akan diberi diskaun pada kadar 20% (RM80). Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh masuk secara percuma. Bagi Korporat yang ingin memberi ganjaran kepada pelanggan mereka, Pakej Pembelian Korporat juga ditawarkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi masing-masing JPM wakil atau layari http://www.supergt.com.my.

Setiap tiket yang dibeli akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti TV LCD Panasonic 32 ” , TV Plasma Samsung 43″ , TV Plasma  Panasonic 50 ” , kamera Canon, Olympus & FUJIFILM , Nikon DSLR, Samsung S2, produk  Anti Virus dari Avira, GARMIN GPS, perkhidmatan tinted V Kool , Paint Shield dan juga motosikal dari NAZA. Tahun ini sahaja jumlah hadiah yang ditawarkan adalah melebihi daripada RM40, 000.

 

8 thoughts on “Pasukan Malaysia sertai Super GT kategori Wild Card!

  1. Bila tgk pembabitan anak melayu MUSLIM dlm arena perlumbaan permotoran ni, secara zahirnya mmg orang rasa bangga terutama bila ada yg naik podium.
    Tapi adat sukan permotoran, kalau naik podium mesti ada acara simbah todi. Dan alangkah sedihnya melihat anak muda melayu MUSLIM sendiri turut sama menyimbah todi kat podium!
    (mohon pencerahan, kot2 la botol yg buat simbah2 kat podium F3 tu botol Ribena!)
    Dilema..dilema… kalau tak kuat iman camni la, org kita ni biasalah mesti nak ‘sporting’ takut nanti mat salleh kata apa pulak kalau taknak botol todi tu…

    So, boleh tak kita JAMIN penyertaan anak muda melayu MUSLIM ni terjamin keISLAMannya kalau sertai sukan2 yg membabitkan todi2 ni?!
    Nnti ada yg kata alasan darurat pulak.

  2. rilek la…..celebrate menang je…bukan rogol anak orang,curi motor,ragut,pukul bini….
    ada banyak lagi sebagai orang islam kita patut bimbang seperti economy..

    • Wow, tak terkomen saya membaca betapa ‘rilek’nya pendapat saudara tentang isu halal haram ni..
      Moga Allah beri kita hidayah.

  3. saya sokong exoramerah, bg saya islam tidak meletakkan “sporting” n “relax la” atau berlapang dada dengan maksiat, yg salah tetap salah, org islam kita makin liberal, kt perlu ada pendirian yg tegas, smua bnda mesti berjalan di atas landasan syariat, yg putih tetap putih dan yg hitam tetap hitam, dosa tetap dosa dan pahala tetap pahala, tiada apa yg ada didunia ini dan isinya yg dapat mnjamin kita hidup walau sesaat lagi, jadikianlah islam dan tali Allah itu pegangan moga x hanyut dengan tipu daya dunia, kt xada kesempatan utk buat dosa di dunia ini, cuba lihat globe, batang hidung kita pun xdapat cari, tapi Allah maha kuasa, Dia tahu setiap urusan hambanya even setiap darah yg mengalir dalam tubuh jua adalah dalam aturan Allah, betapa kerdilnya kita, malulah kepada Allah, tiada kompromi selain melakukan segala perbuatan lillahitaala, jadikanlah insan2 seperti sultan muhammad al fateh, saydina umar dan DSSZ sebagai role model, jika nabi masih bersama kita pasti Dia berbangga kita lahir sebagai ummatnya…

  4. saya tanya….which one you rather have…

    islam yang merempat,economy masih tidak ketahuan hala,bergaduh sesama sendiri…mana lebih serious?

    • saya tanya…which one you rather have…

      api neraka or syurga Allah?

      islam merempat?? saya xsetuju, islam xpernah merempat!
      manusia itu yg bertanggungjawab pada setiap apa yg di kerjakannya.
      pada pendapat saya orang melayu di malaysia manja kerana terlalu mengharapkan dan yakin bantuan dan subsidi dari kerajaan, saya lama di england dan cina, walaupun disana ada sedikit tekanan dalam hidup, namun umat islam mengamalkan islam dengan hebat, mereka bekerja untuk ALLAh, mereka berjihad dalam bekerja, suarau2 dan masjid2 mereka penuh dan yang paling indah ialah mereka menunggu azan di masjid. saya sayang malaysia, ALLAH bless malaysia ini, even customer2 saya dari negara arab suka hidup di malaysia n diorang melabelkan orang melayu sebagai sebaik2 manusia, namun orang melayu itu sendiri leka dan malas n yg paling sedih kajian mendapati lebih 80% melayu islam tidak menunaikan solat 5waktu secukupnya. fahaman mengarut pula saya dapati semakin menjalar seperti freethinker dan liberalisme.. saya harap tiada yg terguris hati, ini hanya luahan hati saya, semoga semua mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAh, allahhumma solli ala muhammad…..

  5. i’m not talking about malaysian malay….bukan melayu…
    dah di tongkat malas la!…itu commonsense,kalau budak tak nak jalan tak kan nak bagi wheelchair sampai tua?
    i have no problem with liberalism..liberal accepting fact!,liberal accepting opinion dan sebagainya…
    free thinking tu no comment….kalau orang dah tak percaya…tak percaya lah dia…itu hak peribadi.

    • Betul betul betul ….accepting fact & opinion, tp MESTI dan x boleh kurang, berlandaskan Islam dan Al Quran. Tp kalau dah against Islam dan Al Quran MESTI diubah dan perbetulkan, bukan tutup sebelah mata, tu bermakna kita memelihara agama yg lebih penting dari bangsa dan liberal. Setakat ni aku cuba sebaik mungkin pelihara agama, mmg org ckp x liberal la ape la, tapi xde plak aku merempat x cukup makan ke ape, rezeki Allah melimpah ruah ade la walaupin aku ni x maju sgt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s