funtasticko design

http://funtasticko.net

Pesanan & amanat terakhir DSSZ kepada warga Proton

77 Komen

Saya nak kongsikan email yang dikirim oleh seorang shabat saya yang juga warga Proton. Ini adalah pesanan & amanat terakhir DSSZ kepada warga Proton sebelum menamatkan tugasnya sebagai bos mereka sebelum ini.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON.  Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.  Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya?  Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha  merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung.  Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan.  Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.  Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON.  Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari.  Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya.  Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi.  Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.  Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.  Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan,  Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.  Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya,  Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.  Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya.  Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya.  Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour  dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

“There You’ll Be”

When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya,

Syed Zainal

77 thoughts on “Pesanan & amanat terakhir DSSZ kepada warga Proton

    • sebak, & sedih..
      Bagaimana mungkin kami dapat mencari pengganti seperti tuan.. Kami warga proton sebenarnya yg kehilangan dan kerugian.. Bukan datok…

  1. terharu la. semoga berbahagia tuan DSZ di masa mendatang. buat drb juga, tolonglah teruskan pencapaian sehingga menawan dunia.

  2. siapa tau, p3-22a still in progress? on schedule?? ke onhold? huhuhu.

    • mengikut salah seorang engineer proton, projek p3-22a telah disambung semula, sblm ni semua on-hold sebab audit oleh drb

  3. pergh.. Semoga warga Proton Menerima cabaran nie sebagai satu semangat yang gentar dalam memastikan Proton terus maju..

  4. thanks for all the hope you give mate, you rawk.

  5. Apsal tiba aku rasa mcm nak terkeluar ayaq mata jantan aku ni…

  6. cehhh… tetiba lak mata aku nak berair… shahdu sungguh…

  7. Bos yang aku kasihi,
    dia juga Nazir kepada masjid Al-Falah USJ 9
    dan ketua Nazir-nazir masjid di seluruh selangor (Pengerusi PIMPINAN)

    Semoga Allah swt membalas jasa Dato’ Sri di dunia yang sementara dan di akhirat yang kekal abadi.

    Sebulan berada di Mekah masa ramadhan nanti, istikhoroh dan tanya la Allah, apa yang terbaik untuk Dato’ Sri. Insya Allah, doakan yang terbaik untuk Dato’ Sri, PROTON dan semua rakyat Malaysia.

    • Dssz nak g mekah ker. Saya insyaallah bulan ramadhan datag balik. Harap sangat dapat jumper die. Harap hotel pun sama.

  8. aku akan jadikan DSZ sbgai role model untuk berjaya .. bila habis belajar nnti … sbab dia lah antara orng melayu yang paling boleh dijadikan contoh untuk masa skrang :’)

  9. Boss.. semoga terus maju di masa hadapan..

  10. Company mana yang akan bertuah nanti erk..erm..
    ke jadi YB?

    • kerajaan patut grab DSSZ cepat2 untuk transform negara🙂

      • next idris jala. no lah. he never suit the corrupted current gomen style. he tried so hard to change crony vendor. not very successful. gomen now is corrupted beyond repair and he is to smart to blend with stupid leader like pemimpin sekarang.

    • saya sokong DSZ jadi YB. try nasib jd calon pakatan rakyat (maaf kalau menguris hati). manatau nanti menang DSZ leh jadi menteri MITI. hehe. pemacu utama industri automatif malaysia. main peranan lg besaq

  11. sebak hati ini tatkala membaca kata2 akhir DSSZ. Semoga Datuk terus sukses dan bahagia. Rasa bertuah berpeluang menjadi anak buah Datuk walaupun sekejap. You will always be my role model. Terima kasih

  12. Hissss. apsal sedih ni

  13. Ishhhhm. apsal aku sedih ni….

  14. Jom pakat2 pi masjid Al-Falah USJ 9 jumaat esok. InsyaAllah DSSZ ada kat sana. Boleh salam2 mintak berkat orang baik2..dan juga salam perpisahan.

  15. Dato’ syed ni aku nmpak mcm steve jobs….untunglah syrikat mana yg ambil dia lpas ni…..Malaysia boleh!!!!

  16. Due jg bjnji. Dlm kata2 nya pg tadi d kilang tgm yg die xkan join mana2 automotive cmpany yg lain.. sbb xsggup nak bsaing dgn ahli kluarganya sndiri dan jgn lupa solat.

    Sekian

  17. xde gambor ke hari hari terakhir dia kat proton . Klau ada kasi up kat sini satu.

  18. slmt tnggal dsz…

  19. ehh mana adee,,aku tgh potong bawang ni..pedih mato den..ishh

  20. aku sebagai warga proton pun sebak sangat bila dapat tau dia betul2 blah…sedih2…

  21. Huhu.. kata2 yg menyentuh hati.

    Walau sy bukan la warga proton, tapi di bawah pimpinannya sy sgt percaya perubahan proton kini. Sebab tu kalau ada komen2 sampah pasal proton sebelum nie mmg tak bagi peluang langsung, terus jer cantas. Terus jer kasi smash kat bola-bola tanggung tu.

    …Hidup ini tak selalunya indah, tapi yg indah itu tetap hidup dalam kenangan… Terima kasih DSZ yg selama ini banyak membantu proton. Dan Proton, teruskan perjuangan anda kerana perjalanannya masih jauh dan berliku…

    salam.

  22. Datuk Seri..mungkin lepas ni boleh tulis buku sebagaimana yg pernah dilakukan oleh lee iaccocca dari chrysler..rasanya byk management skill dan pengalaman yg boleh dikongsikan dengan orang ramai. bukan senang nak turn around kompeni yg dh nazak satu ketika dulu ke taraf hari ini. selamat maju jaya Datuk Seri.

  23. mungkin dia masuk petronas balik….

    • sokong. sekarang nih pon OnG dah kurang orang ader karisma cam Merican dulu dulu.. pegawai pon dah start corrupted. OnG need orang macam Syed Zainal nih..

  24. “There you’ll be”

    cheers!

  25. Salam Dato, apa yg saya risaukan akhirnya menjelma juga, sudah byk sykt2 besar saya berkerja akhirnya perkara begini berlaku juga. Alhamdulillah sempat juga saya hadir pada perjumpaan Dato dgn sales2 Advisor tempoh hari, cuma tak sempat bersalam dgn Dato saja dan terimakasih kpd Dato kerana memberi peluang kpd Sales2 Advisor melawat kilang Proton di Shah Alam, Dato adalah ikon no 1 saya. saya doa kan kemana saja Dato pergi Dato akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang lagi. Insyallah. Asalammualikum Dato.

  26. maybe dier boleh join dalam forum forum automotive kat sini pasal dier dah free of duty. ker guaner. ( tuh positive side of resignation arr ). tapi dengarnyer resignation ader kaitan ngan salah laku cik bahar eh…adoiyai.. tuh pasal CFO pon sekali pergih bersama…cer ceriter cer ceriter…minta penjelasan.

  27. Terima kasih DSSZ….jasamu kami akan tetap kenang…kami sbg PROTONians akan meneruskan legacy DSSZ….

  28. Sebak membaca nukilan daripada Datuk Seri tambahan pula apabila saya mendengar lagu diatas kat youtube . T-T

  29. Sumpah aku nangis😦.. Semoga DSZ sukses selalu dimana saja DSZ baik dunia dan akhirat.. Saya yakin di mana ada DSZ, di situ ada kejayaan (ehh)..🙂

  30. akhirnya dato’ sz pergi jua.. itu keputusan dia.. saya hormati… semoga dato’ sentiasa sucsess… walaupun saya bukan warga proton tapi saya pengguna produk proton.. walaupun dato’ tiada di proton.. tapi aura dato’ senntiasa ada pada exora bold saya… dato’.. kkalau dato’ sertai politik saya bimbang dato’ akan dicaci dsb… tak sanggup saya lihat dan dengar atau baca rasanya… apapun syabass dato’ meningkatkan kembali reputasi PROTON.

  31. ..cukup terkesan dengan kata2 Dato’ Syed. Kami sekeluarga megucapkan Selamat Maju Jaya buat Dato’ walau di mana jua berada. biarpun pahit, MANISnya kekal tersemat di lubuk hati2 kecil seluruh warga kerja PROTON dan kaum keluarga..-salam hormat buat Dato’ ..assalamualaikum wr.-

  32. Sedeyyy…Ucapan terakhir AYAHANDA BIGBOSS di PROTON TANJUNG MALIM selepas meletak jawatan..Jasamu tetap kami kenang..
    We always miss u Dato Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir….

  33. ..cukup terkesan dengan kata2 Dato’ Syed. Kami sekeluarga ingin megucapkan Selamat Maju Jaya buat Dato’ walau di mana jua berada. Biarpun pahit, MANISnya kekal terpahat di lubuk hati2 kecil seluruh warga PROTON dan ahli keluarga..salam hormat buat Dato’..assalamualaikum wr –

  34. Makan ketika lapar..Berhenti sebelum kenyang..

    macam Tun Dr. Mahathir, dia berhenti ketika di kemuncak kerjaya sebagai PM..

    Kalau haritu Khazanah jual saham kepada DSSZ dan Dato Nazmi dan bukan kepada DRB, mungkin semakin rancak perkembangan Proton skrg… Harap PASSION yang DSSZ terapkan pada staf dia kekal la…

  35. saya setuju! dsz pergi ketika proton d kemuncak seperti mana Tun Mahathir. Sy bukan org politik tp sumbangan seseorang kepada negara seharusnya dihargai & dikenang. walau apa pun sy harap dsz tetap memberikan sumbangan kpd proton walaupun secara tak langsung. Tun yg asaskan, tetapi yg naikan nama proton selepas kejatuhan yg teruk adalah dsz ini yg seluruh warga mesia nampak. diharapkan dsz dpt membantu Tun dlm memartabatkan proton dan bangsa melayu. seluruh warga drb, diharapkan semua kelemahan yg wujud di dalam proton dpt diperbetulkan segera. proton adalah aset negara yg tidak ternilai seperti yg dimaksudkan oleh dsz dlm kata2 terakhirnya…

  36. syukurla.. sempat gk aku amik berkat bersalam dgn DSSZ on his last day smlm.. beghonang gak air mata den masa salam peluk dia.. terasa sungguh aura dia masa dia bg last speech/wasiat dia..

    all the best DSSZ on your future endeavour.. it has been a great honour to have been working with you since day one.. we will continue your legacy.. committed to be better..

  37. U r so bad la Dato,why must Dato tingglkn kami kt PROTON ni?sedih sngt tau Dato,mmg btol Dato sprti yg dkatakn,MD kt proton ni silih berganti,tp MD yg sorang ni lah yg sangt2 meningglkn kesan,perubahan yg ketara terhadap kami warga PROTON..doa kami semua utk DSSZ yg kami sygi ni moga DSSZ success kt mana pn k,kreta PROTON Dato jgn jual tau.
    p/s: add friend saye yer Dato-taip itam saga kt FB,

    asslmlkm Dato

  38. haih syahdu pula baca surat dari DSZ ni..haih😦

  39. ~ sedih & speechless… ~

  40. Semoga Dato sukses di mana saja berada.
    Terima kasih sebab serah mock-up kunci exora saya haritu, dan sudi amik gambar ngan saya siap tangan letak kat bahu lagi. Org biasa mcm saya ni x ramai bos2 yg nak letak tangan kat bahu..

  41. Ramai MD syarikat lain bila letak jawatan, tiada apa dikenang malah dikondem seburuk buruknya bertahun tahun setelah tu…

    Insyallah tiadanya DSSZ diproton akan meninggalkan kesan positif sikap dan cara kerja Proton kini dan selamanya…

    Orang masjid macam DSSZ sudah tentunya faham, didikan dan amalan baik yang diajar dan tinggalkan jika diamal dan dibuat akan dapat pahala walaupun kita sudah tiada…

  42. DSZ, saya hormat tuan kerana tuan berkhidmat sebagai seorang manusia dan seorang muslim.
    Tuan ada ilmu dunia, ada juga ilmu akhirat.
    Semoga tuan dapat menyumbang lagi akal fikiran tuan.
    Sekiranya tuan diambil untuk mentadbir negara seperti Pegawai bertaraf menteri di kementerian, Tuan fikirlah elok2. Adakah tuan lebih bebas melakukan kerja tanpa corruption atau tidak, tuan fikir sendiri. Sekiranya tuan menerma tawaran negara, semoga khidmat tuan memberi kesan kepada orang di sekeliling tuan.

    Berkhidmat Untuk Allah, Tuan.

    Good Luck and Allah bless you.

  43. warga proton ke ramai2 ni? masa fdian tegar kasi pukul bola tanggung kat fanboy brand keta lain korg senyap je hehe ni baru nk kuar kot tu pun kejap je, lps ni jd silentreader balik huhu lantak korg lah

  44. Akhirnya sampai disini je lah.. sbg org luar pun kita terasa apatah lagi org yg sebumbung dgn DSZ.. apa2 pun aku teringat balik masa DSZ mula2 amik alih proton, ramai yg pandang DSZ skadar kambing hitam utk kegagalan proton, ingat lagi berita TV3 persoalkan jugak kemampuan, keyakinan DSZ nk pulihkan proton masa tu, akhirnya dari entah siapa, skrg kita dah kenal dia, dah nampak besar mana kesan yg ditinggalakn DSZ bukan utk proton semata2, tpi utk negara kita sendiri.

  45. thanks big boss for everything…

  46. tuan haji..tuan boss pling terbaik pnh sye jmpe..xsombong..boleh mkan nasi bungkus skli ngn man power berbju biru..sye xsangke ade lgi org melayu yg merendah dri mcm nie…sye sbgai warga protn sgt sdih dgn prletakan jwatan tuan hji…tuan hji phm dgn org bwahan sprti kmi…sye doakan tuan hji berjaya dlm hidup didunia dan akhirat kelak…. 😦

  47. I used to hate Proton products and my first proton is never leaving good memories.. Giving nightmare over and over. He had bring Proton back from the dark times, stop asking protection as I can hear and putting confident back to ppl. That’s the reason. I bought back proton car and I have just bough my 3rd proton car under his leadership.
    Though I can afford much much better imported car, yet Proton is still appealing.
    All the best to you and your lagecy will stay and you will be missed.

  48. Once an ahlul-bait always an ahlul-bait.

  49. saya pun kagum dengan kepimpinan DSSZ ni. mungkin saya tak dapat melihat beliau secara lebih dekat, itupun dapat tengok masa program Fire of One di Bukit Jalil yang lalu. Very humble. & atas kepercayaan saya pada semangatnya & karismatiknya, saya yakin semula dengan usaha Proton, hingga saya benar-benar berminat pada Preve…Our Newborn of Global…

    Off Topic:
    Saya dah booking preve Fire Red Manual pada 28 Mac, tapi sampai hari ini masih tak sampai lagi. Sudah hampir dua bulan. Saya dah call SA, namun diminta untuk tukar warna lain. kepada sesiapa yang ada pandangan, minta kongsikan…

    • OT:
      bro.. bukan FIRE of One la.. POWER of One.. nih mesti kes angau menonggeng dgn Preve FIRE Red hehehe..

      • tulah, tak sedar sangat. dok ingat fire red je, sampai nama event pun dah tertukar. nasib baik x tukar nama kereta jadi proton fire red je..

  50. Sedih dengan keluarnya DSZ dari Proton, terkilan kerana DSZ tak sempat transform untuk merge dealer-dealer. Sebenarnya tak banyak perubahan DSZ especially dealer front liner dan staf, mungkin beliau lebih bertumpu pada kilang dan branch.

    Tahun 2005 Proton masih di atas dan kita jual produk lama wira, waja dan gen2. Berbeda masa kini kita ada produk baik sama teknologi jepun tapi bawah perodua dan semakin sukar malah sokongan bank pun pudar.

    Mungkin keluhan orang dibawah tidak didengari DSZ ramai dari meraka tidak ada jaminan kerana penghasilan kecil dan tiada asas gaji. Harapan saya DRB dapat keluarkan perks yg lebih baik untuk front liner dan dealer staf. Sama2 kita bawa Proton kembali ke puncak. Takutlah pada doa org yg teraniaya………

    #dengar citer sime darby hyundai tahun ini sales jatuh pasal management menganaiya front line. Management merasa sombang kerana percaya hyundai can sell by itself.

    ALLAHUA”LAM

  51. Next CEO of Proton will have hard time to replace DSSZ. He had placed a very high benchmark for a good CEO. Good Luck, for DSSZ and whoever that become Proton CEO

  52. Cadangan : DSSZ terajui LOTUS, Petronas, blogger ,MAS. Memacu ke arah global

  53. sedihhhh………………

  54. baru cadang nak ambil bold…….pk semula…

  55. Jadikan kehebatan Tuan Syed sebagai pemangkin untuk melayu terus kehadapan…..

  56. Salam DSSZ. Jasamu sentiasa dikenang. Sekiranya berada di Mekah, kita boleh jumpa. Saya sekarang ni di Jubail KSA. Wassalam.Khazin Ex PGB

  57. assalamualaikum, aku bukan staff proton pun, tapi aku staff NSTP Bangsar, kisah DSZ ni mengingatkan aku kepada ex CEO NSTP, Datuk Anthony Firdaus Bujang. sama je stail dia. x sombong n humble. something aku x leh lupa dia belanja roti singgit masa aku tertembung dia kat cashier kafe. benda tu simple je tapi staff biasa mcm aku xleh lupa. CEO mcm ni kita nak. bukan lepak dgn hi class je. selalu jumpa staff, ambik hati staff, buat staff hepi. sama mcm staff proton, aku pun rasa nak nangis masa last day dia kat NSTP after 3 tahun. kadang2 aku terfikir nape org bagus biasanya x lama di satu tempat, tapi yang xbest lama la sgt…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s