funtasticko design

http://funtasticko.net

Dany Bahar “joli katak”, memang patut pun kena gantung tugas

13 Komen

Sejak digantung tugas oleh pemilik baru Proton & Lotus, DRB-HICOM, makin banyak terbongkar kegiatan salah lakunya ketika menjadi CEO Lotus. Nampaknya si Dany ni memang jenis berprofil tinggi, bayangkan gajinya sahaja 1.2 juta pound, itu belum lagi perbelanjaan melampau mengubahsuai rumah sewanya yang berjumlah 35,000 pound yang dibayar oleh Lotus, lebih dari 1 juta pound untuk penerbangan peribadi termasuk jet & helikopter untuk hantar dia ke perlumbaan Formula 1 dan acara-acara lain di serata dunia.

Dia juga merupakan rakan baik dengan penyanyi terkenal Alicia Keys dan suaminya penanyi rap New York Swizz Beatz. Beatz juga dilantik sebagai Naib Presiden Rekaan Kreatif dan Pemasaran Global, Lotus. Itu belum lagi dengan perancangan 5 tahunnya dengan pinjaman berjumlah 200 juta pound yang masih belum menampakkan hasil dan yang paling teruk Lotus kerugian lebih 1 juta pound pada tahun lepas, walapun pada masa yang sama dia bersenang-lenang dengan gaya hidup “joli katak”nya itu.

Apakah nasib mamat ni nanti semuanya bergantung pada siasatan yang sedang dijalankan oleh DRB-HICOM. Harap dia diambil tindakan sewajarnya jika didapati bersalah dan bayar balik apa yang dia dah guna tu. Nasib kau la labu, hahaha…🙂

sumber : http://www.thisismoney.co.uk

13 thoughts on “Dany Bahar “joli katak”, memang patut pun kena gantung tugas

  1. org mcm die nie kne kasi pancung je….pastu cmpk kt pulau….

  2. Mmm… gitu kisahnya. Apa2 pun tunggu jer hasil siasatan tu…

    cheers!

  3. Relax dulu, benda masih dalam siasatan. Bahar cakap semua benda yg dia buat dan keistimewaan tu mmg terkandung dlm kontrak dia dgn Proton.
    Apa2 pn kita tunggu hasil siasatan.

  4. Dulu masa konflik dia dengan Tony Fernandes berkaitan Team Lotus, ramai yang backing dia di sini sebab percaya apa yang dia buat akan berhasil. Beberapa kerat yang siap laporkan sentimen media barat yang negatif terhadap Dany Bahar kena kutuk bukan main lagi. Sekali lagi nak cakap, kalau boleh biar Tony Fernandes saja yang manage Lotus. Seteruk dia pun, dia seorang businessman yang ‘pintar’. Dia power dalam branding dan connecting the dots sana sini.

    • Mmm… tony F mmg ‘pintar’ dlm bab business. Sallute kat bab2 tu. Tapi stail dia dah mcm pokok parasit yg akan menyerap sepenuhnya peluang yg dia dah dpt dari pokok utama hingga pokok utama x berpeluang utk hidup dan terus membesar atas kepentingannya sahaja… yg nie la prinsip attitude yg sy pun x suka;)

      cheers!

    • waaah Pintarnya Tony Fernandes!! haha, kalu pintar kenapa Air Asia ada hutang sampai 7.7 Billion… then what happens to Virgin/Air Asia JV Project called Air AsiaX… then nak cover up his ass, dia drag MAS merge dgn AA guna pengaruh politic dia…. alaaaahaaai

  5. salah satu sebab DSSZ undur diri pasal tak perasan bahar joly duit. dengar ceriter 942000 pound gituh…bersamaan 4.6 million gituh..ouch..

  6. ohh.. baru tau sebab dia digantung..

  7. baca kat link itu… 30 juta RM seminggu di pump oleh Proton untuk lotus. in a month 120million..in a year berapa itu?

    patutka masih lagi disimpan..??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s