funtasticko design

http://funtasticko.net

GIVI Vietnam mencatatkan pertumbuhan perolehan yang lebih kukuh bagi tahun 2011

Tinggalkan komen

GIVI Asia Sdn Bhd, ibu pejabat GIVI ITALY di Asia  merupakan sebuah syarikat antarabangsa terkemuka yang menghasilkan aksesori motosikal, akan meneruskan penghasilan produk mesra alam inovatif yang memenuhi piawaian antarabangsa untuk memenuhi permintaan kukuh dari dalam negeri , pasaran Asia dan eksport.

Komited untuk berjaya di peringkat global, GIVI Asia telah mendapat pengiktirafan besar di pasaran seluruh dunia untuk pelbagai aksesori motosikal yang berkualiti tinggi seperti topi keledar dan soft luggage, selain aksesori motosikal tertentu seperti windshields dan set bagasi keras .

Ia mengaplikasikan teknologi plastik canggih terkini yang telah memperolehi piawaian antarabangsa untuk menghasilkan produk yang bergaya dan bertaraf dunia. Syarikat mengeluarkan dan mengawal konsep, reka bentuk, pembangunan, kejuruteraan, pengeluaran dan telah mewujudkan satu rangkaian pengedaran yang luas dalam wilayah Asia, yang merupakan tambahan kepada rangkaian dunia seperti di GIVI Amerika Syarikat, GIVI UK, GIVI Perancis, GIVI Sepanyol , GIVI Austria, GIVI Brazil dan GIVI Jerman , selain di eksport ke lebih dari 70 buah negara.

Dalam mematuhi piawaian Eropah, GIVI telah berjaya mengguna pakai pengukuran piawaian Eropah atau REACH dalam memastikan semua fabrik dan komponen yang digunakan dalam produk mereka adalah mesra alam. REACH merupakan peraturan Komuniti Eropah kepada bahan kimia dan penggunaan yang selamat ke atasnya (SPR 1907/2006) selain ia berkaitan dengan Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran dan Sekatan bahan kimia. Matlamat REACH adalah untuk meningkatkan perlindungan kesihatan manusia dan alam sekitar melalui pengenalan sifat intrinsik bahan kimia yang lebih baik, selain meningkatkan standard inovasi dan daya saing industri kimia Kesatuan Eropah. Semua produk GIVI mematuhi standard REACH, dan syarikat itu terus menghantar produk terbaik pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti.

Dengan memberi tumpuan kepada GIVI Vietnam, jualan tempatan bagi suku 1 2012, mencapai perolehan luar biasa berbanding dengan 1 suku tahun 2011, dengan peningkatan 30% dalam jualan keseluruhan untuk 3 bulan pada tahun 2012. Bermula pada 2 tahun lalu, jumlah jualan untuk GIVI Vietnam terus meningkat setiap bulan selama 4 setengah bulan lepas dan syarikat itu telah berjaya meningkatkan eksport sebanyak 50%.

Pada bulan April 2012, GIVI Vietnam mula mewujudkan konsep “GIVI Corner” , disasarkan kepada pelanggan tempatan berkolar biru, bermula dengan penjenamaan dan satu set pelbagai produk GIVI untuk kegunaan pasaran tempatan. Dalam bulan yang sama, syarikat itu juga telah mengukuhkan pasukan R & D dengan menambah kakitangan mahir tambahan untuk memastikan tenaga pakar di tempat pembuatan sampel sebelum pengeluaran secara besar-besaran.

Di samping itu, dalam bulan yang sama, syarikat itu juga telah mengukuhkan pasukan R & D dengan menambah kakitangan mahir tambahan untuk memastikan tenaga pakar di tempat untuk membuat sampel sebelum pengeluaran secara besar-besaran. Pada suku pertama 2012, GIVI Vietnam juga banyak terlibat dalam menghasilkan GIVI Soft luggage untuk pasaran Itali dan Malaysia. GIVI Vietnam juga terus berusaha dalam memastikan bahawa semua perkara  berkenaan pengeluaran mematuhi ujian sisa eko-toksikologi REACH.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s