funtasticko design

http://funtasticko.net

Dany Bahar dipecat, Aslam Farikullah kini Ketua Pegawai Operasi Lotus

14 Komen

Terjawab sudah persoalan bagaimana kedudukan Dany Bahar dalam Lotus. Sah beliau telah dipecat dan di gantikan oleh Aslam Farikullah yang kini dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi Lotus. Ini merupakan rentetan dari siasatan dalaman yang dilakukan DRB-HICOM terhadap salah laku Dany Bahar semasa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lotus. Pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Aslam Farikullah 51 tahun, mempunyai lebih dari 26 tahun pengalaman, terutama sekali dalam bidang automotif. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Bath, England. Menetap di Britain, beliau dan isteri yang berketurunan Inggeris dan mempunyai tiga cahaya mata berusia 26, 22 dan 16 tahun.

Berikut adalah kenyataan media rasmi dari Lotus :

LOTUS APPOINTS CHIEF OPERATING OFFICER

Confirms dismissal of Dany Bahar

 Norfolk, 7 June 2012 – As a result of several media queries, Group Lotus plc (“Lotus” or the “Company”) can today confirm that, Mr Dany Bahar has been terminated from his employment as Chief Executive Officer of Lotus with immediate effect. The decision was made by the Board of Group Lotus plc following the results of an investigation into a complaint made against him by the company’s penultimate holding company, DRB-HICOM Berhad.

The Company today also announced the appointment of Mr Aslam Farikullah as the Company’s Chief Operating Officer with immediate effect. Mr Aslam, aged 51, has over 26 years working experience, most of which was in the automotive industry. He graduated from University of Bath, England with a Bachelor of Science (Hons) in Engineering. A British permanent resident, Mr Aslam and his English wife of 27 years have three children aged 26, 22 and 16.

Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Group Managing Director of DRB-HICOM Berhad and also Chairman of Lotus said: “I would like to assure you that we remain committed to ensure the ongoing and future business operations of the Lotus Group as we take the Lotus Group to the next level to remain relevant in the global automotive industry. I look forward to bringing mutual benefits to not only DRB-HICOM and PROTON Holdings Berhad but also the Lotus Group and its employees as well as contribute to the growth of the British automotive industry.”

* bye, bye Dany Bahar… lain kali jangan demand lebih sangat, kan dah makan diri sendiri, hahaha…🙂

14 thoughts on “Dany Bahar dipecat, Aslam Farikullah kini Ketua Pegawai Operasi Lotus

  1. good move DRB..bye dany, padan mke ko, ko igt tu bapak ko pye company. haha

    • telegraph UK ni mmg tekenal citer putar alam sket… mcm surat khabo tabloid… tak tgk fakta seblom tulis… seblom ni dah ada press release yg mengatakan D.S. Khamil dah berjumpa dengan Richard Bacon (MP) waktu dia melawat kilang lotus utk bincang nasib lotus dan dia dah berikan assurance yg Lotus akan terus dijaga… nampak sgt ompotih ni takut pasal dah byk negara luar yg pegang ekonomi diorg… sampai manipulate cerita utk menaikan kemarahan rakyat UK ngan pekerja lotus… harap2 DRB dgn perlantikan org malaysia sendiri leh ajo sket ompotih ni cara2 utk jalankan bisnes…

      • dia orang takut kilang lotus ditutup di UK…pasal itu kan? yeah itu memang la tak baik..sebab Norfolk town depends on Lotus…for work… and also RR and Bentley n Jag/Land Rover walau dah ditangan foreigner..the factory still in UK…. but they r doing well..so they can keep afloat…

        but lotus is in a bad shape..moving out of UK can reduces the cost..i guess thats y the MP ask DRB to make sure they stay in UK.

  2. University of Bath = University Permandian?🙂 kalau boleh nak tengok anak Melayu pegang LOTUS, boleh kita tengok bekas penjajah bawah arahan kita. Teringat cerita Sultan Brunei guna butler orang putih, simbolik nak tunjuk orang putih bawah arahan orang Melayu.

  3. terbaik DRB! baru kena si dany bahar. selama ni dah memang tunggu nak cekup je dia… Please DRB jgn jual lotus apa pun media uk ckp. Do the best for Malaysian! itu saja cara untuk bantu malaysian dapat peluang dalam company besar seperti lotus, drb & proton…

  4. Dah kena dah.. Selama ni tak sedar diri yang dia pekerja saja.. Sembang mcm dia tauke saja.. Haha

  5. Kalau kompeni untung, bole la nak joli sakan. Ni hasil progress program transformasi tak nampak, duit byk berabis kat program racing mcm2. Sapa la yg nego kontrek mamat ni dulu ?

  6. Dear funtasticko

    any news proton for new car ?

  7. Satu Keputusan terbaik dari DRB Hicom sejak pengambilalihan.

    Selain menafikan Lotus dijual, perkhabaran ini petanda positif untuk masa depan Lotus dan Proton.

    Tahniah!

  8. dah agak dah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s