funtasticko design

http://funtasticko.net

VIDEO : Masa depan Proton selepas pengambilalihan DRB-HICOM

57 Komen

Menarik video ini, sesi perbincangan mengenai isu “Masa depan Proton selepas pengambilalihan DRB-HICOM” yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Awani baru-baru ini. Dua panel khas yang boleh dikategorikan sebagai “otai” dalam dunia automotif dijemput iaitu Shamsul Yunos & Hezeri Samsuri. Terima kasih kepada bro a4dave yang sempat merakam sesi ini, memang ramai yang tak tau sebenarnya. Layan!!!

About these ads

57 thoughts on “VIDEO : Masa depan Proton selepas pengambilalihan DRB-HICOM

  1. ayat yg terakhir tu tersgt la betul…. patut org yg menerajui serta mengemudi proton in adalah mereka yg betul2 arif mengenai kereta, engine dan mungkin yg pernah race kereta ketika dahulu. Bukan dari golongan yg inginkan keuntungan semata2.

    • ye.. ciri2 yg ade pada diri DSSZ. sayangnya Hicom masih belum berjaya mencari pengganti yg setaraf dengannya.

      • kalau talaan R3 mmg dah mantap sgt, dikemudi oleh seorang drifter… harap drb hicom dpt cari penganti yg sama hebat dan kalau boleh lagi hebat mengenai automotif mungkin membuat satu perubahan yg besar utk proton dan R3……

  2. pemasangan dan pembuatan adalah suatu benda berbeza, contoh diambil (dlm video) myvi vs gen2, kata lah pemasangan dah perfect sbb ambil iktibar dari myvi, mcm mana pulak dr segi pembuatan? myvi bukan dibuat from scratch mcm proton

    satu segi lain , marketing, apa solutionnya? sanggup ke drb labur byk sampai pakai kilang tg malim full 100% pastu cari pasaran luar? huhu

  3. Sultan Johor letak plate WWW 1 kat Satria Neo customize..any picture and news?

    satu penghargaan kepada Proton utk kepercayaan baginda.. even he got many sportcars but this time believe Proton’s product..

    p/s: nasib baik bukan kereta terbang atas van tu ..

    • itupun sebab jpj expose nama yg menang dan sebab nizar kecoh…
      kalau tak, www1 tkde la diletak kat keta protong…tk munasabah plat lebih mahal dari kereta…
      ala..no plat ja… boleh buka and pasang sendîri…

      • bkn nk komen apa, klu kata tak munasabah plat lbh mahal dr kereta, ada je pakai keta mahal tp tinggal kat apt, entah2 sewa pun, nak impress client kot, masing2 la huhu

      • Betul2, kalau dlm tweet Nizar sebut nama Perodua, mungkin no plat tu akan terpasang kat Myvi Extreme yg berwarna kuning.. Hehe..

      • betul jgk.. tp nape bukan preve erk.. haha

  4. Dua ‘otai’ tu journalist. Aku tak faham Hazeri kata engine Proton tak bagus. Tapi kata Proton patut maintain buat cheap and good cars. Sebelum tu kata CFE pada Bold bagus. Banyak isu popularis yg diketengahkan. Tapi ada bagi cara nak settle tak? Itulah journo. Biasalah Mat Engin mana sebulu dgn Mass Comm.

    Langkah terbaik sekarang, ganti vendor harmjdah. DRB Hicom mempunyai operasi sediri yg boleh ambil alih supply produk. Sambil itu memupuk ketelusan dalam peberian contract.

    Saya tidak setuju komen awal yg mengatakan untung itu tidak penting. Syarikat kereta yg masih berdiri sekarang adalah kerana mereka membuat untung. Kalau Proton untung, ia boleh melangkaui sempadan negara. Melabur marketing pada negara jiran dan lebih jauh. Kalau Proton untung, ia boleh menaikkan taraf pekerja.

    Sememangnya Proton itu penuh dgn org yg bersemangat dan berjiwa besar. Ia perlu diuruskan dengan seorang nakhoda yang boleh mengembelingkan semua kepakaran dan berani membuat pelaburan.

    Kalau dahulu, Proton disekat oleh orang politikus, ia patut lebih senang mencorak langkah depan. Sangkut-sangkut mesti ada. Semua orang nak cara mudah jadi kaya. Suap meyuap masih akan berlaku. Tapi mulut buaya tu meguap kurang sikit lah kali ni….Kot?

  5. Proton tidak akan dapat menempuh saingan dalam dunia automotif sekiranya masih mengharapkan pasaran domestik sbg pasaran utama. Keuntungan sangat penting, kerana dgn untung itulah ia digunakan untuk menghasilkan model2 baru. Ia bukan dilihat dari sudut bisnes je.

    Tambahan lagi, automotif memerlukan modal yang sangat besar. Kalau takde modal yg besar, jgn harap boleh bersaing. Lihatlah bagaimana syarikat2 lain spt VW, Hyundai/kia, toyota, honda dijual diseluruh benua.

    10-20 tahun lagi? Mungkin jenama proton boleh kekal, tapi pemilikan sahamnya mungkin bukan lagi milik syarikat malaysia.

    • betul cakap anda, sebab tu bermula persona, p1 cube ubah persepsi proton for malaysian kepada p1 for all.

      preve nh bukan standard local market. Exora pun mmg dah boleh masuk market luar tanpa perubahan apa2 pun. Tapi ada gadget kene masuk like esp. Masalah bagi p1 adalah pengorek2 duit yg buat duit kering. Mungkin ada lagi dan mungkin tidak. DSSZ bertarung dengan benda nh hari2. Last still kalah dengan vendor2 mcm nh. Harap drb salur duit ke jalan yg betul..

    • Semua orang lupa industri baik di Korea, Germany, US dan Jepun mempunyai halangan terhadap produk luaran yang tersendiri. Kalau tak kenapa Honda dan Toyota yg dipasang di US berjenama Accura dan Scion. Opel di Germany berjenama Vauxhall di UK.

      Halangan juga berbentuk piawaian atas alasan keselamatan. Kereta terbaru akan menjadi lebih besar sambil menghadkan penghasilan CO2. Ini memihak pada kereta berenjin Diesel yang mempunyai tork lebih tinggi dan penghasilan CO2 rendah. Teknologi ini lebih dimajukan oleh negara Eropah; Germany dan Italy.

      Menyedari ini adalah halangan bagi produk China memasuki pasaran US dan Eropah, China sekarang telah menarik balik insentif utk jenama kereta luaran sambil memberi insentif subsidi/gran pada kereta electric tempatan.

  6. Walaupun Proton dh lebih maju banding 10 tahun dulu tapi x cukup lagi utk bersaing kat dunia, Proton kena jadi mcm Hyundai dan Kia, kalau nak harap Malaysia dan Asean mmg susah, begitu juga dgn Malaysia, nampak persamaannya

    • Sebenarnya x perlu maju pun x per. Janji produk yg dibuat boleh dipakai oleh org ramai. Tengok India sudah. Kereta local mereka mana ad teknology sangat. Tapi sebab mereka ada economic of scale dan juga rakyat yg support tu yg boleh maju tu.

      • bro rakya india brapa ramai, rakyat malaysia brapa ramai…jgn jadik bodoh…

      • 1. rakyat support? rakyat malaysia tak membuta tuli sebegitu..fikir2kan..kita malaysia mahukan design dan kualiti terbaik tiap kali..kita cerewet bab ni dan sanggup spend more on good product and good branding (lihatlah betapa maju dan laju nya jualan kereta non local di sini)

        2. tau brapa percentage economic value social india? bandingkan dgn malaysia. yup dierang itu berganda2 lagi ramai rakyat tetapi percentage rakyat mereka yg miskin dan mentaliti sekian2 juga memberikan keputusan berbeza dengan kita, agak kurang cerdik ayat tuan hamba.

        ape definisi maju? fikir2kan… proton juga sebuah syarikat yg mahu untung dan keluarkan produk yang bagus dan juga punyai impian utk penguasaan dan jualan global yg lebih bagus dan meluas, nak tanak memang ada kebenaran dari ayat di dlm video di atas cuma soalnya dan cabarannya adalah economic scale and marketing insertion yg seharusnya lagi meluas, spending on RnD n new product harus selari dgn meluaskan pasaran..

        *salah satu perkara yg menghalang kereta kita di export ke negara2 lain adalah cara birokrasi kita yg tidak efisyen dan negara2 global lain juga sebenarnya ada menyekat kemasukan brand2 lain (local protection juga berlaku di sana).

      • jangan salahkan saya dlm statement atas. nano, iris, magic x perlu teknology mahal2 pun untuk selesa dlm market. Ikut keperluan org/kawasan.
        bab india nh kami dah bincang lama dah. statement saya adalh untuk produk local/mampu milik india..

      • Based on kawan saya dari India, Tata Nano kurang berjaya kerana terlampau kurang features tetapi harga tak banyak kurang, dan tidaklah dikira cubaan yang berjaya.. kalau nak betul2 berjaya, mungkin Bajaj contoh yang lebih baik.. tapi kalau nak survive, proton memang perlu fokus kepada niche market seperti mana VW di eropah waktu perkenalkan VW beetle.. features mungkin kurang, tapi perlu kemas lah..

      • tapi sebab kereta sana murah jugak. Minyak petrol jer mahal. Diesel murah. Saya ada terbaca dlm indiaautoblog. Die pun mcm terkejut harga vw polo sini dah sama harga Jetta sana.

  7. makin byk faktor yg mempengaruhi keuntungan dr produk proton

    1)economies of scale
    2)brand power
    3)support
    4)quality of product
    5)value of product / features wise
    6)foreign automotive protection
    7)local bureaucracy??

    semua patut diambil kira, mana satu dulu atau semua sekali perlu dijalankan serentak?.huhu

    • local silly stuff tu kena betul2 fight..kadang2 sebab perkara bodoh je terus byk bisnes tak maju n tersekat..

  8. bro ape brita pemasaran preve ke indo dan thai, jadi ke tak??

    • indo ngan thai rasenyer x d masalah. Lagipun x silap saya dulu pernah kat indon deorg nampak preve test..(x silap la)

  9. off topic:

    i have a situation.
    Baru2 nh abs dlm waja saya dah blinking. Sekejap ada sekejap x. Saya dah cek dengan p1 guna PTT aper nyah. Tapi error ke aper2 ker x d. ok jer. Saper2 ada solution. Ada jugak saya terbaca kene buat airblow untuk buang kotoran dekat abs module. Tapi mana nak mencari kedai nak buat benda mcm tu. Ke sesiapa yg ada xperience yg boleh tolong saya.

  10. Saya duduk kat area lembah kelang… hujung minggu yang lalu saya bercuti ke kota bharu… sepanjang perjalanan pergi dan balik.. saya berselisih dengan banyak proton preve… perkara yang membuatkan saya pelik sebab di kl ni jarang2 selisih dengan preve… adakah preve laku di sekitar pantai timur berbanding di kl?

  11. You are welcome, Funtasticko Design. :-)

  12. mungkin lg 20 tahun proton akn betul2 stabil…

    • saya ramal 2 tahun..

      • ujian bila afta itu sendiri di bebaskan di dlm 2-3thn lagi..then tgk dlm 5thn selepas itu ape perancangan proton yg bole membuatkan ia lagi maju dlm sekian2 segi. maybe dgn adanya ceo malaysian kat lotus ini akan memberikan kelebihan yg bagus utk proton. bagi aku lotus should try reskin keta2 proton yg up to the global standard utk di jual secara masspro..

      • tu dalam perancangan. X silap deorg nak buat subbrand bawah lotus atas proton..

  13. takut nanti proton jadi macam Modenas ajerlaaa….mana ada buat enjin sendiri, semua pakai orang punya, yg outdated pulak tu.

    • Entah2 DRB ambil enjin Lotus modified letak kat modenas… tak kerjasama drb-lotus hasilkan enjin baru macam proton-lotus hasilkan campro… segala kemungkinan boleh berlaku…

  14. Perancangan proton?

    perancangan pertama..batalkan hatchback preve –> done.
    next is…

    • betul ker??……

      • Tu rumours dari sumber dalaman yang aku dengar la lately,tak tau betul ke tidak..ada a few rumours lagi tapi wait n see dulu la yer..semua tak best…

      • the insider,

        sebab tu DSSZ nak keluar. Die ada keyakinan untuk melawan tapi tiada kuasa untuk berbuat demikian. Itu la beza org yg buat sendiri prodak dengan org yg suruh buat produk. Mana la DSSZ sekarang..

    • bg aku jgn batalkan, sbb preve memuaskan, bukan yg terbaik, tp cukup sekadar memuaskan. considering proton pye allocation pon very limited n pelbagai hurdle lain. cume, untuk hatchback, perlu dipertingkatkan mutu dr pelbagai aspect, ie quality, dsb. nak start balik dr A, fuhh, mcm2 kene pk nk smpi Z. rugi bang rugi, hehehe. InsyaAllah, boleh berjaya.

      • ntah la bro.

        semenjak DRB pegang, ramai mcm putus harapan kepada proton. Bila DSSZ kelar, dah mcm a car without its heart(engine). Ntah 2 die buat rebadge sekali lagi macam tiara. kalau mcm tu, mmg aku harap sangat funtasticorian menentang habis2san bersama akupunya..

  15. Sekadar ingin thu…
    Btui ka Warna Red Fire utk Proton Preve telah ditamatkn?

    • konform!!

      Bro savvy88, tahu x kenapa die tamatkan?,….
      Hai, semenjak DRB pegang nh, mcm kibar bendera putih dah rnd p1…

    • warna red fire ditamatkan sebab cat adalah bermutu rendah,so sekarang tgh berkira nk nego dengan supplier tu kot
      aku suggest buang je trus parasit2 berkualiti rendah ni

      • Sedangkan DRB pun pening nak buang org2 mcm tu, inikan lagi DSSZ yg org x berkuasa aper2 pun.

  16. bio drb uruskn proton,modenas,lotus..mungkin die ade perancangn lg bagus dr dssz..sape tau..3komponi jd btambah hebat lepas nie…kita same2 doakn..

  17. metal sheet proton masih diimport dari korea
    kalau finished metal sheet blh produce dari raw steel kat sini jugak
    bayangkan brp byk lg kos blh diturunkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,458 other followers