funtasticko design

http://funtasticko.net


6 Komen

MPV Chevrolet Spin 2013 bakal dipasang di Indonesia

General Motors bakal memperkenalkan hero terbaru Indonesia yang bakal dikenali sebagai Chevrolet Spin. Kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk bakal dipasang di kilang GM, Bekasi Jawa Barat bermula seawal 2013. Kilang tersebut boleh mengeluarkan sehingga 40,000 kenderaan setahun dan bakal membuka lebih dari 800 peluang pekerjaan.

MPV ini mempunyai rekaan yang menawan, efisien, MPV kecil yang pelbagai fungsi dan satu-satunya model yang menawarkan transmisi automatik enam kelajuan. Selain itu model ini menawarkan tempat duduk untuk lima atau tujuh, bergantung kepada konfigurasi. Ia memberikan fleksibiliti, pengendalian seperti kereta, keupayaan membawa barangan dan kecekapan penggunaan bahan api.


116 Komen

Tempahan Proton Prevé kini 11,310 unit

Cuma dua bulan diperlukan untuk menjadikan Proton Prevé model sedan 1.6 liter paling popular di Malaysia. Proton Prevé kini melebihi 10,000 unit dengan jumlah tempahan kini 11,310 unit. Model yang dilancarkan April lalu menerima tempahan pra-pelancaran 1,000 unit pada bulan Mac, 4,893 unit pada bulan April kini telah melepasi 10,000 unit dengan bilangannya semakin bertambah menurut Pengerusi Eksekutif Proton Dato’ Sri Hj Mohd Khamil Jamil. Ini juga membuktikan Proton mampu menghasilkan model kereta bertaraf dunia, tambah beliau lagi.

* senyap-senyap je Proton Prevé dah cecah tempahan 11,310 unit… tahniah Proton, harap model ini mampu menyerlah dipasaran eksport… baru la kereta global, tak gitu 🙂