funtasticko design

http://funtasticko.net

HONDA MALAYSIA MEMPERKENALKAN CITY BAHARU YANG MELANGKAUI EKSPEKTASI

36 Komen

Sedan CKD Honda yang paling laris menawarkan pemanduan ekonomikal, ruang dalaman yang luas dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

 Kuala Lumpur, 20 Jun 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan City baharu yang sudah lama ditunggu-tunggu. Ia ditampilkan sebagai produk pemasangan komponen terurai (CKD) pertama oleh Honda Malaysia selepas memulakan kembali produksi kilangnya pada April 2012.

City baharu ini bukan sahaja mengekalkan tiga kualiti utama City – prestasi, gaya dan praktikaliti; malah ia juga melangkaui ekspektasi dengan reka bentuk yang menarik dan ciri-ciri keselamatan yang diperkukuhkan. Dikuasakan oleh unit enjin signatur Honda iaitu i-VTEC 1.5 liter yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara prestasi dan penjimatan bahan api, City baharu mampu mencapai penggunaan bahan api dengan lebih rendah tanpa memkompromi janaan kuasa enjin. Pemanduan yang efisien juga dapat dilakukan dengan lebih mudah menerusi lampu indikator ECO baharu.  Lampu ECO akan menyala apabila kenderaan dipandu secara efisien.

Transmisi automatik lima kelajuan dengan Paddle Shift meningkatkan keseronokan pemanduan sporty apabila kawalan penukaran gear boleh dilakukan dengan jari pada stereng.  Sebagai tambahan, sistem transmisi ini digabungkan dengan Teknologi Drive-By-Wire (DBW) yang ada pada City baharu. Ia berfungsi mengawal enjin bagi menawarkan proses penukaran gear lebih lancar untuk memecut serta prestasi pemanduan linear pada julat kelajuan biasa.

Dari aspek luaran pula, reka bentuk City yang aerodinamik dan futuristik ditingkatkan menerusi bampar dan gril hadapan krom serta bampar belakang baharu. Bahagian dalaman City baharu menawarkan tahap keselesaan terbaik menerusi ruang kabinnya yang luas dan bergaya. Warna baharu papan pemuka yang kemas nyata sepadan dengan rekaan meter-meter berwarna metalik yang sporty. Dinyalakan oleh lampu berwarna biru, ia menawarkan tahap penglihatan lebih jelas ketika pemandu menikmati prestasinya. Paparan pada meter laju turut memaparkan pelbagai maklumat termasuklah odometer, meter perjalanan, penggunaan bahan api dan jangkaan jarak.  Konsol tengahnya kini semakin menarik dengan warna baharu dan dial yang bergaya untuk mengawal suhu pendingin hawa dan sistem aliran udara.

Ruang kabin yang luas adalah keistimewaan City. Dalam perjalanan jauh dengan City baharu, para penumpang tidak akan dihadkan oleh ruang. Perehat kepala pada bahagian tengah yang baru dan tempat duduk tengah dengan tali pinggang keledar tiga poin ELR kini dipasang pada City baharu.

Tempat duduk City baharu juga direka untuk keselesaan maksimum dan praktikaliti. Para penumpang boleh menikmati perjalanan dengan kusyen tempat duduk yang lembut dan upholsteri bertekstur. Tempat duduk belakang kalis air dan boleh dibaringkan telah direka bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penumpang sewaktu perjalanan jauh. Ciri ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang berguna dan unik dikekalkan di dalam City baharu. Sistem audio di dalam City baharu ditingkatkan melalui sistem audio bersepadu bersama sambungan USB dan port AUX binaan dalam bagi menambah keseronokan serta hiburan ketika dalam perjalanan.

City baharu kini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang menawarkan ketenangan fikiran kepada pemandu. City baharu dipertingkat melalui pelbagai ciri keselamatan yang meliputi sistem beg udara SRS berkembar, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ISOFIX, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA).

City baharu boleh didapati dalam lima warna bergaya: coklat (Sparkling Brown Metallic), perak (Alabaster Silver Metallic), kelabu (Polished Metal Metallic), hitam (Crystal Black Pearl) dan putih (Taffeta White). Honda Malaysia menyasarkan dengan menjual 2,000 unit City baharu setiap bulan pada tahun 2012.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* Terima kasih kepada sahabat saya Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi maklumat ini.

36 thoughts on “HONDA MALAYSIA MEMPERKENALKAN CITY BAHARU YANG MELANGKAUI EKSPEKTASI

  1. Tak best n tak menarik langsung.. harga je mahal..

  2. interior not bad..

  3. klu aku angkat cm4/5 facelift ok x tahun 2006 keatas. aku da compare yg model2 (baru dan 2nd) laen dan mcm lebih ke model nie. minta pandangan

    • bang, sy kurang jelas dgn pertanyaan abg sebenarnye. tp pada pendapat sy la, klu abg btol minat ngn model ni, even yg previous model before fl ni (which mean 2nd hand), abg better consider preve kot. (klu abg xkisah pakai kereta nasional la, cuz ad org kisah, stended gitu kete jepun, ape klass kete msia, hehe). even segment pun dah beza, (xnak cite panjang dah psal preve). tp pokok pangkal, citarasa abg sndr la.

      offtopic: works engineering pon dah start project pro-preve. apa lagi geng2 preve, dah boleh start usha2 rnd dorang tu. add fb works engineering.

      • Works Engineering Dyno PREVE:
        Standard:139bhp
        Works Exhaust system: 149bhp

        *Tork aku x perasan sbb gambar graff kecil.

      • Aku paling suka Honda Promote “DBW” tapi klau Proton punya “DBW” since Gen2 lagi,Pun masih ramai lagi yg x tahu.kesian…

      • bukan aku xnk amek preve… tp aku ada kisah hitam ngan proton nie huhuhu. cm4/5 nie accord 2003-2007… apepun aku x kondem proton.

      • kisah hitam eh, xleh nak wat cmne lagi la cmtu, tp klu abg nak bg peluang, abg test drive jela, kot2 berubah hati, hehe. bak kata proton, drive it to believe it.
        accord ok kot, segment lgi besar dr preve. tp make sure condition tiptop la, minyak lg kuat kot dr preve, berapa cc dah, roadtax lagi mahal, maintenance lg. kete lama2 ni xleh jangka, hehe. mle2 ok, kang dah pkai setengah tahun, sekali byk problem die dtg. tp ikot nasib gkla. pepun best of luck. lg 1 bang, feel kete baru bau kilang tu xde, hehehe.

    • pada pndangan aku, klu pre facelift yg br n fl br, perubahan besar pada grade s@premium coz ada vsa. Tambahan, rega pun xjauh beza, so, bg aku better yg fl nih. Tp klu 2nd, dh berbeza coz regapun dh jauh beza. Klu ada duit, beli yg fl, klu budget skdr 2nd, amik 2nd hand.

      Aper2, tepuk dada, tanya selera n wang.

  4. design wise. tp x mantop mcm version sblmnye. nmpk mcm x bape tough. interior design ok. material, x tau.

  5. Aku rasa Preeve berjaya memberi tekanan kepada Honda (City)… sekarang dah ada byk features dlm facelift.. tak ler ‘kosong’ sgt.. hahaa

  6. Patut bg je sebijik Head Unit/ Doubledin.. kedekut sungguh… untung nak banyak..

  7. Mmm… dulu ada org kata pandangan depan h City dah mcm preve. Mgkin ada sikit2. Tapi bila facelift city nie keluar, honda kata bumper baru facelift nie lebih aerodynamik dan futuris. Tak salah kot kalau saya plak kata honda city facelift nie dah mcm preve plak:) Err… grill kat gambar tu bukan dari model facelift kn? Kat paper gambar lain, dgn corong udara yg lebih besar.

    cheers!

  8. CKD pun masih $80K jugak ka? cis…kerajaan…
    1.5 bgi la 60-70….

    • Kalau anda boleh jual dengan laris kenderaan anda sebanyak RM90k adakah anda sanggup menjual RM 70k dgn mengurangkan untung?

      Sanggupkah anda menggadai ‘resale value’ pelanggan anda yang sedia ada?

      renung2kan…….

      • dah pro kerajaan…………………………taik pun kta aiskrim..

      • saya x menyebelahi sesapa, tp pada pemerhatian saya, sy setuju dengan kata2 anda. infact sy ada tambahan, klu dah pro pembangkang………………………….kencing kata air sirap org kawin…hehehe…

  9. ade buyer honda city yang trade in city ni dan tukar dgn mazda 2… segmen sama tapi dari segi rupa mazda 2 mmg hodoh… tp handling, fc dan maintenance lbh baik berbanding city

    • ade buyer mazda 2 yg trade in mazda 2 tu untuk tukar ngan city, so pendek kate kite tak leh nak predict buyer malaysia ni. selero masing2.

  10. ONE MORE RUBBISH!

    lingkup la bahasa melayu..semua nk cedok bulat2..
    ekpektasi tu jangkaan…
    sepatutnya blog berbahasa melayu kenalah guna bahasa melayu yg baik..

    semua nk cedok… veri krezi

    • saya setuju dan saya percaya tuan punya laman sesawang ini dapat menerima maklum balas tuan dengan terbuka *senyum sikit* 🙂

  11. xdak apa yg harus di wow kan sgt dgn city ni..sapa yg die hard fan honda..korg tunggu je la city replacement..city yg ni dah boring..interior ok..exterior terutama bontot blakang sgt2 la dah boring..

  12. saborla abg akupunya. Sekurang2nye, ada juga yg adakan dlm bahasa melayu. Teguran xper, tp bkn guna bahasa kasar.

    Hang tulispun campur aduk, tp xda org nk marahpun. Bwk bersabo :-).

    Bg aku, pasal honda bandar nih, mmg bgslah kerana dah ada gadjet2 tambahan. Walupun secara xlangsung, preve bg impak kat manufacturer lain kat malaysia utk tambah gadjet dlm kete masing2. Mana tau vios pun akan ada tambahan gadjet. Barulah berbaloi rakyat malaysia beli. Kudos kepada honda kerana inisiatif. Harap toyotapun akan followup.

    • bro…toyota pun br je lancar model 2012 gak…harga naik skit sbb pembeli kene beli skali bodykit tuk standard model…yg lain semua sama…wekeke…

  13. tak tahulah segment lain ker aper ker…honda (HMSB) untung, masuk poket DRB gak sket. ( 30% share), proton untung, masuk poket DRB gak ( 100% share eh sekarang nih? ker belum). capitalist is at his best gituh.

  14. ada pilihan lebih banyak selain membazir beli kereta yg B-Segment tp harga dah macam C-segment contohnya Preve,Elantra,Forte..
    Jgn ada yg anti sangat dengan Kia,Hyundai,Proton sudah la bukak la mata korang yer cuba bandingkan Honda,Toyota.. cekik darah beb! padahal kereta mcm bodo jer.. takdak apa2 kelebihan langsung

    • kelebihan dia kat jenama honda tu je..ramai yg masih taksub dgn toyota dan honda ni. tp ikut pilihan dan citarasa masing2.

    • bak kate kawan saye manager bank:

      orang yg beli toyota honda skrg ni biasenye dari golongan generasi 80-an, 90-an, awal 2000. yg dimomokkan dgn dasar pandang ke timur..japanese is always the best. sbb time tu mmg x dinafikan kete tempatan dan korea kurang menarik dan mengancam baik dari segi design mahupun teknologi.

      tapi sejak 2007 ke atas, generasi muda skrg lbih pntingkan features brbnding jenama. lepas ni kete proton n korea semakin mndapat tmpat di hati pngguna muda,

      • bro…jgn lupe model conti…model conti makin bertambah2, cume yg hairannye kenapa org malaysia kurang sgt berminat model citroen…naza @ drb tak berminat ka nk bawa masuk brand ni…

    • bapa saya skrg pkai honda tp zaman city 78k je.sgt selesa dgn after sales honda tp msih teragak-agak nk amik honda baru sbb harga yg agak mahal. tp pendapat saya T n H ni sgt bgus after sales die cme hrga service die agak tinggi. terpulang kpd pengguna mne yg diorg sanggup tempuh. tp kena ingat lah bkn sme kete jepun ni quality bgus dn bkn sme kete korea dn nasional quality x bgus. rezeki masing2. after sales pn sama,bkn sme SC T n H bgus dn bkn sme SC proton dn jenama korea x bgus.tepuk dada tanya selera….

  15. Maaf, Peristiwa Pembunuhan beramai-ramai di Takbai dan Narathiwat masih mengodak jiwa. Saya tidak boleh terima. Setinggi mana pun kualitinya ataupun nilai tambahnya. Hijabku tidak tutup sepenuhnya pada kesengsaraan saudaraku. Sememangnya saya ada kawan muslim di Thailand.

    • barakallahu fi kum, alfatihah buat saudara2 islam di thailand, kemboja, syria, iraq, afganistan, bosnia, afrika…alfaihah…

    • guru tahfiz sekolah aku antara korban takbai..

    • maaf tuan.
      aper kaitan tragedi takbai ngan honda city tuan. minta penjelasan.
      (Alfatihah kepada mangsa dan doa kepada bangsa melayu patani)

  16. hahahahaahah.. pakai alza la best!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan kepada brazbuz Batal balasan