funtasticko design

http://funtasticko.net

PELANCARAN RASMI INFINITI EX25

2 Komen

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Jun 2012) – Gaya sebuah coupé dan versatiliti pemanduan pacuan empat roda sebuah SUV. Infiniti EX25 ialah sebuah coupé crossover yang sebenar.

Sekali imbas

  • Kombinasi unik gaya dan praktikaliti
  • Pacuan semua roda pintar dengan Program Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Programme, ESP) dan Pembeza Gelincir Terhad (Limited Slip Differential, LSD)
  • Enjin 2.5 liter V6 berkuasa 218hp dan 253Nm
  • Transmisi automatik tujuh kelajuan termaju dengan Adaptive Shift Control (ASC)
  • Teknologi inovatif seperti cat tahan calar, Adaptive Front-light System (AFS) dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat secara elektrik
  • Kualiti buatan yang mendahului kelasnya
  • Tahap keselamatan yang tinggi menerusi:
    • Enam beg udara
    • Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Bantuan Brek (Brake Assist, BA) dan Electronic Brake force Distribution (EBD)
    • Ciri keselamatan kanak-kanak ISOFIX dan Active Head Restraints pada tempat duduk hadapan
  • Harga di atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans ialah:
Model Enjin/Transmisi OTR (tidak termasuk insurans)
Infiniti EX25 2.5-liter V6 / 7 kelajuan automatik RM 325,000

Gambaran keseluruhan

Mempunyai penampilan coupé yang bergaya, di samping praktikaliti, ruang dalaman luas bersama posisi pemanduan dan cengkaman jentera pacuan empat roda yang boleh diharapkan daripada sebuah SUV,  EX25 sememangnya menawarkan yang terbaik dari segala segi.

Dibina dengan menepati semua standard pada model-model Infiniti, EX25 menawarkan kombinasi luar biasa berunsur elegan, gaya, prestasi dan teknologi.

“Oleh kerana ia adalah satu tawaran yang sungguh versatil, EX25 akan menarik minat ramai. EX25 merupakan sebuah kenderaan yang sempurna untuk keluarga muda atau peminat aktiviti sukan yang suka berbasikal. Ia juga mampu menarik perhatian peminat coupé yang memerlukan lebih ruang di dalam kenderaan mereka tanpa mengorbankan gaya,” kata Pengurus Besar Inspired Motor Sdn. Bhd., Christopher Tan.

 EX25 secara terperinci

 

Penampilan luaran

Di sebalik statusnya sebagai sebuah Crossover, EX25 direka berdasarkan garis tubuh sebuah Coupé tradisional. Ini bermakna tapak rodanya dipanjangkan, bonet panjang, unjuran pendek dan garis bumbung yang tajam. Ia nyata lebih rendah berbanding pesaing-pesaing utamanya. Ini sekali gus memberi titik graviti yang rendah dan menjelaskan lagi status Crossover yang dimilikinya.

Penampilan maskulin dan berani dilihat kontras dengan lengkok pada pelindung lingkungan roda yang tinggi serta sudut dramatik pada garis bumbung. Gaya itu diserlahkan lagi menerusi rel bumbung aluminium yang dikilatkan. Bahagian belakangnya memiliki rekaan ringkas dan kelihatan seperti tiga dimensi. Penampilannya menggabungkan bentuk yang energetik bersama ciri gaya yang elegan seperti pemegang pintu krom, lampu belakang LED dan spoiler belakang bersepadu.

Gaya canggih kian menyerlah dengan penggunaan rim aloi lapan jejari bersaiz 18 inci dan lampu kabus yang diletakkan agak terperosok pada bampar hadapan.

Ruang dalaman

Ruang kabin EX25 direka untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang. Material-material yang berkualiti menawarkan kemesraan, keselesaan dan kecanggihan, dibantu oleh kemasan lacquer hitam dan aluminium.

Unik di dalam kelasnya, EX25 memudahkan pemuatan dan pemunggahan bagasi disebabkan tempat duduk belakangnya yang boleh dinaik serta diturunkan dari jauh. Setiap bahagian penyandar belakang boleh direndahkan dengan hanya menekan satu butang yang terletak pada bahagian belakang but. Lebih mudah lagi, penyandar belakang itu juga boleh dinaikkan secara elektrik dengan menekan butang pada konsol tengah.

Enjin

EX25 dikuasakan oleh unit enjin 2.5 liter versi baharu daripada famili enjin VQ Nissan. Sering mendapat pengiktirafan menerusi anugerah-anugerah di seluruh dunia, enjin twin cam 24 injap V6 itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 163kW (218hp) dan tork impresif 253Nm pada 4,800rpm. Ia mampu memberikan EX25 kelajuan maksima 210 kilometer sejam (km/j) dan 0-100km/j dalam tempoh hanya 9.0 saat. Penggunaan bahan api dalam kitaran pemanduan bercampur pula ialah 11.3km/l.

Pemetaan ECU yang tepat pula membantu enjin menyediakan peningkatan kuasa dan tork secara progresif. Ia juga menawarkan gelombang pecutan dan bukannya penghantaran kuasa secara memuncak.

Titik-titik anjakan boleh ditala untuk mengekalkan  enjin berada pada bahagian paling besar dalam lengkuk tork, sekali gus memastikan sentiasa ada ‘kuasa simpanan’ secukupnya jika pemandu mahu memotong kenderaan lain. Suis-suis sistem Adaptive Shift Control (ASC) bersambung dengan tiga program berbeza dan bergantung kepada input daripada sistem kawalan utama dari seluruh bahagian kenderaan. Transmisi tujuh kelajuan automatik pula memiliki mod manual dengan kawalan blip untuk meningkatkan keseronokan pemanduan.

Kerangka dan dinamik pemanduan

Suspensi bebas sepenuhnya menggunakan komponen-komponen aluminium yang ringan untuk mengurangkan berat sebanyak mungkin. Dengan set up suspensi jenis double wishbone pada roda hadapan, susunan suspensi multi-link yang dipasang pada sub kerangka bahagian belakang dan ditambah dengan kerangka tubuh yang sangat tegar, pemanduan EX25 terasa amat tangkas serta mantap.

Kualiti pemanduan juga dibantu oleh penggunaan peredam Dual Flow Path (DFP). Ia berupaya mengurangkan getaran sewaktu kenderaan dipandu perlahan yang boleh menyebabkan rasa seperti berombak, selain mengurangkan olengan tubuh kenderaan.

Satu elemen penting yang menjelaskan status crossover jentera ini ialah adaptasi sistem pacuan semua roda Infiniti iaitu ATTESA E-TS (Advanced Total Traction Engineering System for All Electronic Torque Split).

Sistem tersebut menggunakan sistem agihan tork aktif bersama satu klac pusat aktif bagi membolehkan enjin dihidupkan dengan lancar, lebih cengkaman, mudah dikendalikan di atas permukaan licin, tanpa perlu berkompromi dengan ciri-ciri  prestasi pemanduan roda belakang di atas jalan yang kering. Dengan selalu mengubahsuai kuasa – menghantar 50 peratus kuasa ke roda hadapan hinggalah 100 peratus kuasa ke roda belakang – sistem tersebut memberikan kawalan lebih baik tanpa mengorbankan ciri sporty dan dinamik prestasi sebenar.

Peralatan standard

EX25 turut tampil dengan sistem akses pintar Infiniti I-Key dan butang penghidup enjin. Sebaik sahaja kenderaan mengesan I-Key yang telah diprogramkan berada berdekatan, pintu boleh dibuka dan enjin boleh dihidupkan tanpa perlu mengeluarkan kunci daripada poket atau beg tangan.

Turut hadir sebagai ciri standard ialah sambungan Bluetooth untuk telefon bimbit,  kawalan jelajah (cruise control), alat pengesan tempat kereta depan dan belakang, lampu dan penggilap cermin automatik serta enam beg udara (perlindungan untuk toraks dan pelvis). Stereng yang dibalut kulit itu juga mempunyai butang-butang kawalan audio, kawalan jelajah dan telefon.

Cat tahan calar (Scratch Shield Paint) yang terdiri daripada resin elastik istimewa telah digabungkan dengan cat konvensional untuk meningkatkan fleksibiliti cat. Ciri ini dapat mengurangkan calar sehingga lima kali lebih bagus berbanding cat biasa apabila terdedah pada kondisi yang sama. Apabila terdedah kepada panas, cat tahan calar ini membaiki calar-calar halus dan mengekalkan permukaan kenderaan kepada keadaan asalnya.

Sistem kemasukan Sequential Welcome Lighting Illuminated Entry bermula dengan lampu cermin luar dinyalakan apabila pemandu mendekati EZ25. Lampu akan terus menerangi kawasan-kawasan penting sehinggalah pemandu dan penumpang masuk ke dalam kabin kenderaan.

Turut dipasang ialah sistem lampu hadapan Adaptive Front-light System (AFS) yang beroperasi pada kelajuan sepenuhya. Dengan AFS, lampu utama jenis Xenon disambungkan dengan input stereng dan akan mengikut arah tuju roda hadapan secara automatik bagi menawarkan pancaran cahaya yang lebih luas ketika mengambil selekoh dan memandu di laluan bengkang-bengkok.

Infiniti EX Line ditawarkan dalam enam warna menawan: putih (Moonlight White), Liquid Platinum, hitam (Black Obsidian), Graphite Shadow, Malbec Black dan Midnight Garnet.

2 thoughts on “PELANCARAN RASMI INFINITI EX25

  1. Kereta infiniti ni ada ke peminat di malaysia? Bagi saya brand ni kurang prestige kerana tiada langsung legasi dalam perlumbaan. Cuba betulkan statement ni kalau saya salah.

    Dari segi design pon tak nampak ciri yang istimewa dan menarik hati saya. Acura rasanya lagi menarik walaupon saya masih rasa brand tak cukup bagus. Performance pon kalau ikut spec macam cukup2 jer untuk segmen mewah, takde yang istimewa.

    • walaupun brand infiniti ni kurang menyerlah berbanding lexus, tp ia cukup istimewa bg yg peminat klas mewah nye tersendiri, seperti model M sedan sport…cuma saya tak berapa pasti model2 infiniti menggunakan model nissan platform yg mana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s