funtasticko design

http://funtasticko.net

Honda CR-Z CVT kini berada dipasaran

23 Komen

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan pengenalan model CR-Z transmisi (CVT) Continuous Variable Transmission dengan 7 kelajuan (Paddle Shift) di Malaysia. Ini memberi pilihan kepada pengguna yang inginkan kereta hot hatch hybrid ini dengan transmisi automatik. Sebelum ini versi yang menggunakan transmisi manual terlebih dahulu diperkenalkan dan mendapat sambutan yang cukup hangat.

Dijana dengan enjin 1.5L i-VTEC dipadankan dengan Sistem Hybrid (IMA) Integrated Motor Assist yang memberi kombinasi kuasa sehingga 123 PS. Ia masih mengekalkan Sistem Pemanduan 3 Mod yang membolehkan pemandu menukar kepada mod SPORT, NORMAL dan ECO bergantung kepada gaya pemanduan mereka dan keadaan jalan.

Honda Malaysia menyasarkan jualan 1,800 unit model ini sehingga hujung tahun 2012. Setakat ini, Honda Malaysia telah menerima 1,500 tempahan untuk model manual 6 kelajuan dan CVT model ini. Pemilik CR-Z CVT bakal menikmati jaminan 5 tahun atau 140,000km, yang mana terlebih dahulu untuk bateri IMA.  Model ini ditawarkan dengan empat pilihan warna yang menarik seperti Premium White Pearl, Storm Silver Metallic, Milano Red dan Crystal Black Pearl. Harga di atas jalan bagi model terkini CR-Z CVT dengan 7 kelajuan (Paddle Shift) ialah RM 119,000.

23 thoughts on “Honda CR-Z CVT kini berada dipasaran

  1. Ustaz Azhar Idrus (UAI) pakai satu, tp manual punya! Balik Dungun (Laju woo speeding kat Hiway Bukit Besi!) jumpa saing lama kat kedai Usop roti canai!
    Penuh org tunggu turn nak bergambar

  2. battery hybrid ni means selepas 5 tahun confirm kene tuka ke eh? or warranty die ni 5 tahun memang 100% xkan kong lansung? means fit 100% dlm 5 thun? hehehe.

    harap2 fuel cell tech institute dlm Malaysia boleh develop la untuk automotive (ukm n utm klau xsilap ada). tp klu xsilap dorang rnd kecil2an je..

    • battery hybrid design untuk sekali guna untuk satu kereta, means dalam 10 thn or lebih. 5 thn tu ialah warranty yg honda bagi untuk battery hybrid.

  3. Cr-z pakai cvt?biar betik..dulu ada org eksyen kt sini ckp honda pun skrg dh x pakai cvt…

  4. xsilap aku, thn dpn, accordpun akan guna cvt termasuk civic. Tp jdm dh byk pkai cvt. Toyota pun sama.

    • Nasib bek otak DSSZ and kawan2 pandai dlm buat engine dan transmisi baru. Dimanakah DSSZ and kawan die sekarang. Dan harap sangat dapat jumper DSSZ kat mekah nanti. Die nh antara idola saya yg teratas.

      • Proton design Gen 2 – BMW cilok idea buat BMW X6

        Proton buat EMAS – WV cepat2 beli dan jadikan city car nya

        Proton guna CVT since Saga Flx SE dan Exora – Eh Eh Eh… pasal apa Honda pun mula highlight mereka guna CVT?

        Proton ada Lotus Ride & Handling – takdak sapa lagi berani mengaku RnH mereka lebih bagus dari Lotus RnH & Proton R&H..

        Proton launch Preve – Perodua angan-angan nak buat Sedan..

        kesimpulan, Proton boleh pergi jauh…rakyat malaysia ada yg cerdik2 dan mampu bersaing dengan negara luar. bergantung kepada kita nak support ke nak hantam… kalau tak suka kat Proton jgn hantam, beli je kereta idaman tu, kalau suka, ada defects skit2 tu tlg-tlg la maklum kat yang berkenaan, cc emel pada orang atasan sekali hehe..biar mereka turun padang..

      • yep, itu yg paling molek sekali.

        Mcm DSG baru2 nh ada problem dan recall besar2ran. Deorg komplain dekat blog deorg sendiri and admin blog antar report dekat VW center. Nh cara paling betul. X perlu dah complain dekat kedai kopi dan repair dekat bawah pokok ceri..

      • aku masih ternanti2 kan model proton hybrid, proton tak teringin ka nk bersaing ngan model lain..??nasib aku bleh bersabar lg…klo idak, aku dh sambar insight…model proton ev masih dlm RnD, tp aku rase belum sampai masanya lg le sbb tak praktikal bg yg tinggal kt rumah flat cam aku ni…

  5. baru aku faham sekarang kenapa ramai org sokong DSSZ… sebab dia org kelate… patut la laku bebenor keta preve dkt sana …padahal semua kereta yg keluar zaman dia macam tahik…

    • Bro, rasenye ramai yg menyokong DSSZ tak tau pun yg die tu orang kelantan sbelum ni, termasuk la saya. orang sokong die sebab kredibiliti die yg berjaya membawa proton keluar dari zaman gelapnya dan juga personaliti beliau yang sederhana.

      kereta macam taik? boleh clarify x ape yang mcm taiknye tu? takkan kereta mcm taik boleh menang banyak anugerah?

    • Aku pun tak tau dia org kelate ke terengganu ke, yang aku tau dia punya speech power dan boleh buat kerja, dan turun padang baca komen kat blog dan forum automotif dan ambil tindakan sepatutnya seperti kehendak customer..

      ko ni fobia dengan orang kelate ke?

      tak kisah orang mana pun asal memajukan industri automotif negara.. kalau DSSZ orang asli sekalipun, kalau dia buat keje betul2 orang akan tetap respek dan appreciate..

      p/s: kelantan laku kereta bukan sebab DSSZ la brader, orang sana kaya raya, rumah kecik pun, tanah berbidang-bidang, aset melambak, anak ramai bagi bulan2 elaun kat mak bapak, sebab tu loan mudah lepas dan bnyk tempahan kot. cuba tanya SA kat sana, berapa diorang bayar deposit..
      kita kat kuala lumpur ni ada aper? gaji RM4k lebih pun living cost tinggi, hutang itu ini, last2 tinggal ciput je hujung bulan..hahaha..
      fikir dengan kepala brader, jangan guna kepala lutut,,

    • mungkin juga tengkumahalel pro lupa yg tengku mahaleel sendiri orang kelantan jugak kalau tak silap saya, hahaha…

    • bro, u ni racis la.

      kalu org boleh buat keje baik & bagus, kita puji la.

      nk dengki2 ni xde guna, kita hidup ni sekejap je.
      drp buat dosa, baik lah kita kumpul pahala.
      moga2 mati dlm redha-Nya..amin🙂

    • bodoh punyer jawapan.

    • kau ada stat ke yg menunjukkan preve byk jual kt kelantan?

  6. Bentuk CRZ ni mmg seksi..kalau dia lalu org pasti tertoleh…cuma bentuk agak kurang praktikal. Kalau untuk bersantai2, bolehlah beli CRZ ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s