funtasticko design

http://funtasticko.net

Gambar lebih jelas Proton Inspira 2.0 Premium

65 Komen

Gambar ini telah diemail oleh sahabat kita bro Kamarul. Menurutnya gambar ini diambil di Alamanda Putrajaya. Lebih jelas gambar kali ini termasuk pada head unit dengan fungsi skrin sentuh yang berjenama Blaupunkt. Tiada perubahan visual, cuma perbezaan pada rim 17″ tayar 215/50, kerusi kulit, gps, kamera undur dan tambahan pilihan warna terbaru Indiana Grey.

Proton Inspira 2.0 Premium kini berada dipasaran, harga yang ditawarkan ialah :

  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM92,450.00
  • Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM92,900.00

Terima kasih bro Kamarul kerana sudi berkongsi gambar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

65 thoughts on “Gambar lebih jelas Proton Inspira 2.0 Premium

  1. sejuuuuuuuuuuuuuuuukkk (maksud saya coooolllll)

  2. aku dah drive preve dgn inspira ni… aku rasa inspira lg sedap dipandu.ke perasaan aku je…tp tulah…harga dia pun”sedap”.

    • Aku ada 2-2 nih kat rumah..Inspira 2.0 ngan Preve..pecutan…feeling masa bawak Inspira mmg best Preve x boleh lawan..tapi pasal handling..pergh Inspira tak rasa selamat ble laju..rasa macam kereta tu ringan je..preve lg sedap amek corner, masa laju pun rasa lg stable..inspira lepas 160 mmg kna alert habis..preve 180-190 pun still rasa terkawal..:)

      • jadi pilihan tepat preve la..handling penting utk safety..huhu

      • Harap Proton blh consider copy paste(sikit2) design dan material plastik pada dashboard inspira untuk dipasang pada preve….kemudian itu meter panel,the best meter panel ialah waja cps….meter panel preve hodoh set…

      • tp so far byk problem preve dpd inspira..

      • aku tak berani nak drive sampai 140-160kmh..paling laju 130kmh…kalau preve, dia ada sluggish sikit masa low speed atau nak mula gerak berbanding inspira yg lebih smooth. Lagi satu, aku rasa faktor tayar pun ada kesan pada road noise…di mana inspira lebih baik dari segi ini.

        apa pun spec preve lebih baik…cuma problem2 kecil tu kena atasi dulu.

      • sorry r bro CivicEK (civic ke??) hehehe…Preve bru 2 bulan kluar…Inspira tu origin dr Lancer so x silap ak dh 5 thun Lancer OTR nih…so pkir2 la…frst Lancer kuar x nak ke surf pe prob dia…frst Vios kuar x nk surf ke ap prob die…adiyosssssss

      • bape ramai sgt org nak bwk sampai 180km/j?..speed limit pun 110 jek..bagi aku kalo 160 dah stabil itu pun dah cukup baik..ingatlah org tersayang..hehe

      • im actually a potential buyer for cfe preve but after test drive it im really disappointed with their pick up and quality. Hopefully the SE version will be much better.

        my EK will be use during weekend nite only hehe..

  3. Meter panel waja cps paling cantik(ala2 audi q5) cuma takde skrin canggih…kenapa interior designer preve tk fikirkan benda ni?

  4. aku baru p showroom tadi tgk inspira ni. memang terbaik! kombinasi warna n rim masuk. sempat juga tanya kwn dia kata org pilih preve sbb harga dan spec yang lebih baik.preve lewat diliver kpd customer sbb demand utk bold juga byk so dua2 ni guna enjin yg sama. may b production enjin tak dpt nak cover permintaan yg tinggi. TAHNIAH PROTON! TAHNIAH DSZ! Dunia skrg nak built up nama tu yg susah apatah lagi terdapat byk persepsi negatif. apa pun aku mmg bangga tgk preve kat jalan sbb dah setanding dgn kereta impot dari segi luaran. So please… DRB, pastikan kualiti preve di tahap yang terbaik.. jgn jatuhkan keyakinan customer yg ada sekarang. komplen2 customer mesti diambil berat

  5. Lebih berbaloi daripada City! Walaupun segment berbeza. Better go for Inspira bigger space and more power!

  6. finally rim 17″ yg ditunggu-tunggukan 🙂

  7. offtopic (tapi still ada pasal inspira)..
    saya ada nampak brochure sprintex-proreka supercharge ..
    ada siapa2 info lanjut??

  8. Saya sangat berminat untuk memiliki Proton Preve’ tetapi berharap agar pihak Proton dapat memudahkan cara pembayaran ansurans yang lebih flexsibel bagi kereta Proton Preve’ dalam masa yang sama dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederahana untuk memiliki Proton Preve’ kereta buatan Malaysia selain dari Saga dan Persona B-Line yang mana mampu dibeli dengan harga kereta sekitar RM 38,000 ribu sehingga RM49,000 , manakala kereta berharga dari RM50,000 sehingga RM55,000 sudah tiada lagi selain dahulu adanya Persona M-Line dan Gen 2 Cps M-line. Manakala Proton Waja dalam bermula RM56 ribu – RM64 ribu yang mana dijual tetapi Proton Preve lebih luas dari Proton Waja dan teknologi AIFM+ cvt yang ada pada Preve’ yang mana lebih berbaloi dan boleh saya katakan harga kereta Proton dari RM50,000 ke RM58,500 tiada lagi dijual apabila kita bertanya di Proton.

    Oleh kerana tiada lagi Persona M Line dan Gen 2 Cps, maka saya mencadangkan Proton memperkenalkan varian basic (bawah dari standard) bagi Preve dalam lingkungan harga RM 53, 500 – RM 55, 500. Disc brake mungkin boleh digantikan kepada drum brake dan multilink digantikan pada torsion beam yang lebih murah sama sebagaimana dilakukan oleh Chevy Cruze yg hanya menjual versi multilink (lebih mahal) hanya utk negara2 tertentu termasuk USA sendiri. Atau peralatan yang lain – lain contohnya rim atau air beg seperti perodua Alza SR.

    Dan apa yang saya ingin nyatakan disini bolehkah sekiranya pihak Proton membolehkan dasar pembelian kereta Proton Preve ini lebih mudah bagi pembayaran bulanan contohnya pembayaran bulanan dari tahun pertama lebih sedikit contohnya bermula RM500++ dan tahun ke 2 lebih meningkat dari tahun ke tahun seperti yang pernah diiklankan untuk Saga FLX dengan bank tempatan tempoh hari jikalau proton tidak mahu memperkenalkan varian basic yang berharga RM 53,500 (MT) – RM 55,500 (AT-CVT).
    Luahan hati dari peminat Proton Preve’.
    Terima kasih.

    • pakai saga dah la sedare… jangan ikot nafsu sangat.. haha…

    • don’t push it if u can’t afford.

      • ni untuk kebaikan proton….kalau proton berdiam diri…JADI pembeli kereta yang ingin membeli ingin membeli kereta proton berharga RM50.000 – RM58.000 xda….yang ada hanya myvi dan alza…….jadi dari situ…akan merugikan proton….ni kajian ni

    • nnti ada la kot preve basic, mcm exora jugak

    • TARABAS
      owner preve especialy yg CFE version mesti tak suka dgn cadangan kau
      kau nk yg murah installment tp blh pecut sedap & fc pon jimat, pakai saga1.6 sudah

      • skrg ni tgh pakai SAGA 1.3 la JAKA ….saga pastu nk tukar saga gak ker…sama jer dalama nyer…..nk beli harga dalam 50ribu hingga 58ribu la…..aku bukan nak harga CFE tapi exec cvt tu jer jer,,,,janji PREVE auto tapi yang harga camtu la.

        skrg ni Proton xda jual harga yang camtu…Perdua ada lagi…lama2 ramai ambik alza lak..alza SR pun dah murah…..jadi pe salahnya bgtau proton untuk buat camtu…market harga persona M-line, Gen 2, waja dah takder…takkan ambik saga atau persona B line…jadi 50 ribu ke 58 ribu takder dah….

      • Persona CVT boleh?
        try la ushar proton

      • alza mpv tp ride mmg saga lg ok, klu jalan dekat2 je bole la tp klu jauh2, larat ke nak layan lantunan ala2 myvi spnjg perjalanan huhu. klu duk dpn mmg krg sikit tp klu kat tgh mmg rasa

      • alza SR = keranda bergerak….

    • Memang sejak Persona M Line dan H line dihentikan, memang ada sedikit lompang antara model saga dengan model seperti preve. So, kalau dah pakai saga, tapi tak mampu nak beli preve, maka nak upgrade kereta seperti persona M line agak sukar juga. Kalau nak, terpaksa beli Persona B-line yg specnya kurang.

    • just buy persona if cant afford. make it preve more exclusive with dat price range. but have to improve their minor prob like pick up and build quality.

  9. inspira 2.0 executive ada kaler indiana grey ni tak?

  10. gua keciwa…beli yg awal tak ada radio touch screen dgn reverse camera adehh…kalau nak beli berapa ya proton jual? huhu

  11. Proton klu boleh launch Preve Standard.. ap yg boleh dmasukkan dlm preve standard ini spt rim cover.. dual airbag..abs..stereng tnpa audio control..x da foglamp… BCM features pn x ya ltk.. so harga leh down ckit..klu preve exec manual 59999… utk yg standard cvt boleh la bmula drpd 56999…utk manual dr 53999…stdakny airbag dan abs tu ada..safety tuuu

    • aku tak setuju (aku beli mahal wo Preve 1.6E cvt!)
      jatuh class aku sebagai owner Preve! (Proton: Preve jgn buat teksi ye!)

      Apa kata kalau Persona FL (design baru terus) letak cvt @ RM56,990?

      • tak jadi teksi jadi kereta polis.. kerjasama la katakan.. 🙂

      • teksi merc biasa je kat german, kat australia pun ada…alphard kat jepun, kat bangkok camry..tak kisah pun keta mahal2 jadi teksi,

      • sepatutnya proton boleh teruskan dulu persona M line… jangan stop lagi.. khalayak 50-55k memang paling ramai dlm pengguna proton.

        preve tak patut downgrade sbb ia bukan target untuk golongan ini… biar preve jadi model paling tinggi dlm proton sedan….

      • saya setuju kalau proton Buat FINAL FL untuk Persona. RESKIN balik dan dapat balik hidup 5 tahun semula. Mcm Avanza.

  12. Siapa setuju Proton buat facelift TERAKHIR untuk persona sila Thumb Up komen ni:

    -buat colour yang lain dari sebelum ni
    -lampu depan letak LED DRL macam Preve
    -lampu belakang buat strip macam Preve
    -bodykit kekal je Persona Elegance punye, so tak perlu test drive dah..
    -rear bonnet boleh buka pakai remote mcm Preve
    -auto fold side mirror macam Preve

    So, yang tak mampu beli Preve tu masih ada option untuk dapatkan value for money car..Persona…

    p/s: saja guna preve sbg benchmark.. design Persona masih boleh bertahan lagi..tgkla Civic baru pun rear lamp mcm rear lam persona…:P

  13. tambah skit…
    engine CPS…..
    transm MT dan AT..
    tak lupa rear disc brake utk dua2….
    amacam…..

    • tmbh lagi, copy paste dr spec persona se:

      Leather-wrapped seats, steering wheel, gear knob and trim
      Meter panel from the GEN2 CPS
      Different alloy wheel design (15 inch)
      Cruise Control
      Smoked headlamps
      Silver matte door handles and front grille
      A bodykit consisting of front, side and rear skirts and a subtle spoiler
      A Proton-rebadged windscreen-mounted GPS navigation device

      pastu klu reskin, masukkan gear cvt, klu enjin cfe lg bagus

      • Proton Persona kalau ada FL lagi memang terbaik/ Redesign bumper depan belakang dan upgrade sikit2. Perodua memang pakar dlm hal ni. Sebab tu perodua sales dia masyuk. Tapi body persona memang boleh di upgrade utk more choice.

  14. just nak share that i drove my wife’s saga fl 150km/h pun steady, no problem!!! so i guess preve should b better lah 🙂

  15. wife aku baru amik inspira baru sebijik kaler macam kat gambar tue (indiana grey) jual gen2 (banyak masalah) amik keter nie…alhamdulilah so far memang terbaik r… rpm 4k kelajuan da mencecah 190km/h sangat stabil walaupun tiada stabilizier macam preve…minyak pun jimat fulltank km 800-900km boleh sampai kelantan (laluan karak, LPT, terengganu, pasir puteh dan kota bahru)

    • sy dapati dalaman prsona lg berkualitri dr prteve. dash board dengan tepi pintu pun taka sama tinggi. rendah 1 inci lepas tu kasi naik papan pintu 1 inci dari aras cermin. papan-papan pintu pun nipis. dashboard tidak menarik. inspira ni memang sekelas lancer. sy pilih inspira.

    • PERGHHH..Kemah kming blk klate ngn inspira. 2.0 la indiana grey gak kea.cu boh gmbr cni nk tgk..kene ambo kaler nih..

  16. sy dapati preve kalah dengan persona banyak aspek. jika persona ni upgrade sikit preve tak lakulah. persona bonet depan berabsober preve guna siku…ganggulah ruang kabin. mcm mana mahal pula. proton jgn silap stop produce persona…macm dulu stop saga LMST nak kasi laku savvy apa dah jadi. perodua sapu market. Savvy org tak mau…LMST masih dipercayai…mitsubishi!

    • itu yang saya akuinya persona memang bagus…dari segi bonetnya cuma kuasa enjin…andaikata engine CFE diletak pada persona pasti preve tak laku…

    • ada satu kemusykilan pada persona nie…mengapa kerajaan tak belinya sebagai kenderaan jabatan???? ada khabar angin menyatakan pada saya sistem elektrikal proton persona ini tidak begitu baik (bukti menunjukkan kemalangan kereta ini sering meletup dan terbakar). boleh lihat kerajaan banyak menggunakan kenderaan jabatan mereka inspira, waja, perdana (segmen kereta nasional).
      Saya minta maaf kepada pemilik kereta persona sekiranya catatan saya nie menyinggung perasaan saudara…wife saya pernah pakai gen2 1st model (beli baru pada tahun 2004) sebelum beralih kepada inspira.. Gen2 1st model memang banyak masalah. Masalah yang terakhir skali (sebelum dia jual) bumbung bocor – juruteknik proton servis menyatakan pada beliau ‘bumbung kereta puan bocor adalah disebabkan kecacatan dari kilang pengeluarnya, utk membaiki ianya memerlukan kos yg tinggi’ – kenyataannya membuatkan isteri saya begitu kecewa dan hilang kepercayaan pada proton.

      • Bagi saya,kalau isu electricity, ford lagi menakutkan sebab pasal power window kereta boleh terbakar. Sebenarnya khabar angin sahaja. Persona tak ada masalah bebagai seperti yang disebut. Tapi isu die lebih kurang begini la. Persona dan saga x jauh beza. Lepas saga keluar, persona baru keluar kan. So saga pun baru berusia setahun timetu. dan waja cps pulak lebih grand dari persona.
        Pasal crash and burn nh, itu normal untuk kereta kemalangan. Kita tak boleh agak apper nak jadi semasa kemalangan. Kebarangkalian tangki air pecah dan terkena dawai2 yang terbukak dan disambar minyak engine. Kita mana tahu sebab dlm kemalangan 1001 benda leh jadi.

    • mustapa sutan.

      Anda hanya nampak dimata kasar sahaja. Preve gune high tension steel. ESP TC isofax bebd etc2. Mmg betul kalau banding mcm tu persona leh menang tapi aspek itu sahaja la.
      Kenapa Preve guna siku, sebab nakkurangkan kos kereta. Guna hydraulic mahal. mmg ganggu ruang kabin tapi still masih luas. Sedangkan 89k punyer City leh guna siku, tak kan 73k nyer proton tak leh. Bukan nak banding, tapi pasal cost. Persona kalau upgrade pun masih laku pasal die 45-55k nyer price range. Persona dan preve pun tak sama kelas. B dengan C. sah2 preve 65-73k nyer price range.
      Macam mana baik sesebuah kereta pun, EOL harus berlaku. itulah hakikat industri permotoran

  17. kepada bangsa melayu yng MAJORITI NYA NOOB PASAL model lancer@inspira ni LEBIH DIAM SAJA!!!!
    AKU BLI LANCER GT TH N 2008 AKU BLI INSPIRA 2011

Tinggalkan Jawapan kepada melayubodohketa_mitsubishi4ever Batal balasan