funtasticko design

http://funtasticko.net

Motorsikal jenama Benelli dan Keeway diperkenalkan

2 Komen

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd bersama rakannya QianJiang Group of China (QJ) telah memperkenalkan dua jenama Benelli dan Keeway ke pasaran Malaysia. QianJiang Group of China (QJ) yang ditubuhkan pada 1980 an merupakan salah sebuah syarikat yang mengeluar dan menjual motorsikal yang terbesar di China. Dengan kapasiti pengeluaran sehingga 1,000,000 unit motorsikal setahun, selain mampu membina sehingga 2 juta enjin di kilang serba canggihnya yang luas serta menggunakan mesin yang diimport khas dari Jerman, Itali dan Amerika.

Keeway pula merupakan jenama Eropah yang telah beroperasi sejak 13 tahun yang lalu dan didaftarkan dalam Kesatuan Eropah. Pasarannya telah menjangkau sehingga ke 100 buah negara di Eropah, Americka Utara dan Selatan, Afrika dan Asia Tengah serta Asia Tenggara. Keeway mengeluarkan motorsikal dan skuter bermula dari 50cc hingga 600cc. Selain itu mereka juga mengeluarkan ATV (All-Terrain-Vehicles) dan kenderaan elektrik. Semua produknya dibuat di Wenling, China.

Benelli pula merupakan salah satu jenama motorsikal tertua di Itali dan telah ditubuhkan pada 1911 di Pesaro, Itali. Benelli telah diambil alih oleh QianJiang Group pada 2005 dan syarikat tersebut dikenali sebagai Benelli Q.J. Ia mengekalkan pusat R & D di Pesaro dan ia menjalankan pembangunan dan rekabentuk kedua-dua jenama Keeway dan Benelli.

Harga Benelli dan Keeway :

Advertisements

2 thoughts on “Motorsikal jenama Benelli dan Keeway diperkenalkan

  1. bila aku bukak website benelli ternampak recomended lube diorang ni Petronas Selenia. Baru aku tau, petronas dah beli Selenia taun 2007 lagi. MInyak selenia ni ada jual kat m’sia tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s