funtasticko design

http://funtasticko.net

Peugeot 308 dilancarkan

1 Komen

Nasim Sdn Bhd telah memperkenalkan model Peugeot 308 dipertingkatkan yang mempunyai 2 varian, 308 VTi dan 308 Turbo. Kedua-duanya kini menggunakan imej dan gaya rekaan terbaru dari Peugeot yang lebih segar dan menarik. Peugeot 308 dijana oleh enjin empat silinder Variable Valve Timing (VVT) dengan sistem turbo Twin-Scroll tekanan tinggi yang menghasilkan kuasa 156bhp dan 240Nm tork. Ia dipadankan dengan kotak gear kotak gear enam kelajuan dengan fungsi Tiptronic dan sport mode.

Bagi model Peugeot 308 VTi pula, dijana oleh enjin empat silinder dengan teknologi Dual Variable Valve Timing Injection yang cekap bahan api, berkuasa 120bhp dan tork maksimum 160Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik dengan fungsi Tiptronic dan sport mode.  Model 308 Turbo dan VTi dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti dua beg udara hadapan, beg udara sisi untuk pemandu dan penumpang hadapan, ABS, EBD, EBA (Emergency Brake Assist) dan ISOFIX.

Harga yang ditawarkan untuk 308 VTi baharu ialah RM102,888.00, manakala 308 Turbo pula berharga RM121,888.00. Jaminan 5 tahun tanpa had tanpa had perbatuan diberi untuk kedua-dua model ini.

One thought on “Peugeot 308 dilancarkan

  1. nice car🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s