funtasticko design

http://funtasticko.net

Honda Malaysia lancar Civic serba baharu

20 Komen

Kereta Sedan Pintar dan Canggih yang Mampu Memenuhi Keperluan Pelanggan Masa Kini.

 Serdang, Selangor – 12 Julai 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. hari ini secara rasminya melancarkan Civic Generasi Kesembilan yang dinanti-nanti untuk lebih memperkasakan kewujudannya dalam pasaran.

“Setengah tahun pertama 2012, kami mendapat perhatian yang tinggi. Kami membuat kejutan dalam pasaran dengan beberapa berita baik dan produk baru yang menarik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yoichiro Ueno sebelum memperkenalkan model yang dinanti-nantikan ini.

“Hampir 40 tahun, Civic mencatat reputasi yang cemerlang dengan memberikan prestasi tinggi dari segi pemanduan, kualiti, kecekapan bahan api dan nilai lebih daripada yang dijangkan dalam segmennya,” katanya.

Secara purata, Civic telah dijual lebih daripada 19.7 juta unit seluruh dunia sejak generasi pertamanya dilancarkan pada tahun 1972. Di Malaysia, sejak pelancaran pertama Civic Generasi Ketujuh di Malaysia pada tahun 2003,  lebih sebanyak 58,000 unit dijual sehingga kini.

Pada masa yang sama, ia diiktiraf sebagai model yang menerajui segmen model sedan bukan nasional bersaiz sederhana. Kejayaan model ini diperkukuhkan lagi dengan penerimaan hangat terhadap Generasi Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2006 dengan jualan hampir 49,000 unit.

Amerika Syarikat sebagai pasaran terbesar bagi Civic, hampir 163,000 unit dijual dalam setengah tahun pertama tahun ini. Model  ini diiktiraf sebagai model paling laris dalam segmennya sekali gus menjadi peneraju untuk segmennya.

Setiap generasi Civic sentiasa dipertingkatkan dengan tema pembangunan yang spesifik. Tahun ini, Civic menerapkan konsep asas ‘kompak yang futuristik dan tersendiri’, hala tuju yang memperkenalkan nilai baru yang mendahului keperluan masa kini serta memartabatkan pengalaman iaitu ciri-ciri yang ada pada Civic.

Dihasilkan berdasarkan populariti Generasi Kelapan, Civic telah diubah suai dengan gaya dan kehalusan yang tinggi.

Civic serba baharu ini menerap nilai model sebelumnya dalam setiap bahagian, baik penjimatan bahan api, prestasi, teknologi pintar yang canggih dan nilai jangka panjang. “Lebih sofistikated dan pintar, model ini mempamerkan penampilan yang amat bertenaga dalam kelasnya,” kata  Ueno mengenai hala tuju Civic serba baharu.

Berpegang teguh kepada konsep pembangunan ‘Sedan Pintar yang Canggih’ model baharu ini menampilkan beberapa siri teknologi baru termasuklah kokpit futuristik dan Paparan Pelbagai Maklumat pintar (intelligent Multi Information Display – i-MID)  berukuran lima inci untuk menggalakkan pemanduan pintar dan cekap.

Civic serba baharu juga adalah model bukan hibrid pertama Honda yang dilengkapi fungsi Eco Assist . Ciri interaktif ini akan memberi panduan kepada pemandu untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih baik. Dengan fungsi interaktif iaitu latar belakang paparan meter yang boleh berubah warna,  ia membantu pemandu mencapai kecekapan penggunaan bahan api dengan mempertingkatkan gaya pemanduan mereka.

Di samping pengubahsuaian luaran dan dalaman, piawaian keselamatan untuk Civic serba baharu ini sudah dipertingkatkan. Bantuan Kestabilan Kenderaan (The Vehicle Stability Assist –VSA) kini disepadukan dengan stereng berkuasa elektrik bersistem penyesuai gerakan EPS (Motion Adaptive EPSElectric Power Steering) suatu sistem yang membantu pemandu mengawal ketika terlebih atau terkurang kemudi. All-New Civic telah menerima penilaian lima bintang bagi keselamatan penumpang dan pejalan kaki. Struktur badannya yang diperhalusi menerusi Kejuruteraan Kesesuaian Canggih (Advanced Compatibility Engineering -ACE) memberikan tahap kesesuaian kemalangan yang lebih baik antara kenderaan berlainan saiz dan ketinggian.

Selain model petrol, Civic serba baharu memasuki pasaran dengan dengan versi hibrid, menampilkan enjin 1.5L i-VTEC yang lebih besar dan bersambung dengan motor elektrik yang lebih ringan, canggih dan berkuasa. Ia merupakan hibrid yang pertama di Malaysia dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang boleh menyimpan lebih banyak elektrik dengan saiz kompaknya. Dipertingkatkan dengan teknologi pintar, Civic serba baharu adalah kereta hibrid pertama dalam barisan kereta hibrid Honda yang dilengkapi butang masuk dan tekan pintar untuk tahap premium.

Turut terdapat dalam 1.8L, 2.0L. 2.0L dengan Navi dan Civic Hybrid, setiap satunya direka untuk lebih menepati keperluan dan keutamaan individu. Barisan model ini setakat ini adalah yang paling pelbagai dalam industri dan mempunyai daya tarikan kepada pemula trend lelaki mahupun wanita.

Untuk terus menjadikan Civic serba baharu ini sebagai pilihan, Honda Malaysia memperkenalkan pakej servis yang baru dan menarik :

1.         Jaminan 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.*

2.         Jaminan 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.* untuk bateri IMA.

3.         Lanjutan penyelenggaraan pencegahan dari 5,000km ke 10,000km.

4.         Percuma  khidmat tenaga kerja untuk  6 kunjungan untuk setiap satu servis berbayar sehingga 100,000km.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Dengan memperkenalkan pakej servis baru, pelanggan Honda akan memperolehi tahap servis yang tinggi.

Honda Malaysia mensasarkann untuk menjual 5,200 unit untuk versi petrol dan 1,200 unit untuk versi Civic Hybrid. Model ini dijangka menguasai 40% bahagian pasaran dalam segmen sedan bukan nasional saiz sederhana. Syarikat juga yakin dengan  model hibrid yang mengagumkan, ia boleh mencecah 10,000 unit dalam tempoh setahun.

Bagi jenis petrol, ia terdapat dalam warna Putih Perak Pualam (Alabaster Silver Metallic), Hitam Mutiara Kristal (Crystal Black Pearl), Logam Berkilat Metalik (Polished Metal Metallic) dan Putih Tafeta (Taffeta White).

Terokai kehidupan baru dengan Civic serba baharu, sedan yang pintar dan canggih. Untuk tempahan dan sesi pandu uji model ini sila kunjungi di pengedar yang dilantik Honda berdekatan anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol di 1800 88 2020, atau layari www.honda.com.my .

20 thoughts on “Honda Malaysia lancar Civic serba baharu

  1. takdepun gambar bontot…hua hua.. taula bontot tak cun..

    rege kalau tak cecah RM120k bukan civic la..huhuhu

  2. Modulo kit xcung! kalau aftermarket lagi cantik kowt ahahaha suka ini kereta.. tp lagi suka HONDA CR-Z !!!! hahaha

  3. warranty 5 years with unlimited mileage and services interval for 10K km…tu antara kekuatan civic baru kali ini selain legasi jenama civic itu sendiri. Rasanya kereta ni boleh dijual dengan baik walaupun bentuknya masih dibayangi oleh generasi civic sekarang. Penggemar civic pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kereta ni…

    Pasni tunggu pelancaran ford focus baru pulak…

  4. Kenapa Honda highlight kan service interval 10,000KM ye? adakah model2 sebelum ini service interval hanya 5000km dan hanya baru2 ni shj extend ke 10,000km? Honda kot…takkan la cikai sgt baru nk extend ni.

    harap sesiapa terutama pemilik Honda dapat menjawab kemusykilan saya. Terima kasih.

    • jiran aku pakai 8th, fully ada 2 jenis, eco atau sport, walaupun fully still kena service setiap 5k….

    • Honda City every 5,000km.

      Toyota macam mana?

    • yeah! 5,000km service…sebab baru Honda boleh potong kepala masa kat service…untung gila..sampaikan takde orang jenguk Honda Service Centre selepas warranty..dan kalau anda lihat…Honda mula buat campaign service kat Honda service centers…

      toyota dah lama 10,000km….

    • Sy pki honda city 3rd gen. Yup betul tu. Honda svc every 5000 km. X cy boleh tgk kat website dia. Proton lg better than honda.

  5. Hmmm. Macam boleh makan aje SOHC ni. Biarlerpun 1.8 tapi 140je. Yg 2.0 tu pun dah tukar SOHC gak. Lebih pada jimat minyak + emission ler ni.

    • saya pun musykil jugak kenapa dia pakai SOHC da macam downgrade jer dari DOHC… dari segi rekabentuk luaran dan kemampuan engine adalah lebih baik civic generasi 8.. yang boleh dibanggakan civic generasi 9 nie adalah pada servis berkalanya dari 5000km kepada 10,000km (macam inspira, toyota) selain daripada itu kemampuan enjin hibrid dia…itu sahaja…

  6. the 8th generation civic still the best civic design ever. this 9th gen is ugly.

  7. Suddenly saya lebih sukakan Civic yg ini. Rekaannya lebih matang berbanding yg 8th gen tu. Pada saya model FD sebelum ni, Honda baru nak cuba2 design baru.

    Ni pendapat peribadi saya.

    • Saya setuju dengan pendapat tuan. Dynamic motion steering yang best tu. Ada yang dah test drive cakap lg best dari e90 dan cgi.

      Yg paling penting engine dan gearbox reliable. Tak seperti sesetengah jenama yang lebih mekap daripada reputasi dalaman..

    • saya belum mencubanya lagi…hanya membaca sahaja…adakah betul ker engine SOHC 2.0 (generasi 9) kurang kemampuan dari engine DOHC 2.0 (generasi 8).
      Sekiranya betul emm da macam downgrade r pulak huhuhu

  8. 60% malaysian local content…assembled in Malaysia…but why still expensive??

    Bang campromania..kan bagus buat article pasal tax dekat malaysia? dan berila contoh kereta kereta yang potong kepala orang dan kononnya memberi persepsi bahawa harga kereta mahal kerena tax, padahal tax has dropped a lot now…

  9. Dah test drive.. Light giler stering.. Interior lg besar dri 8gen terutama seat belakang.. Ckup selesa tuk jalan jauh…
    New Honda Civic 55% NCD..
    #Civic 1.8s otr 115,980 down payment *rm2,432.loan amt rm 111,800@2.47%@9yrs=rm1,265/mth
    #Civic 2.0s-L otr rm131,980. Down payment *rm3,803. loan rm126,200@2.47%@9yrs=rm1,429/mth
    #Civic 2.0 Navi otr 136,980 down payment *rm4,232.loan rm130,700@2.47%@9yrs=rm1,480/mth(*base on 55%NCD)
    #New Honda Civic HYBRID.*55 % NCD..
    otr rm119,980. Down payment *rm2,790. loan rm115,400@2.47%@9yrs=rm1,307/mth.

  10. Sudah menggunakan kereta civic hybrid hampir sebulan, mileage je dah lebih 3000. Sangat berpuashati sebab tak letih utk pemanduan jauh setiap hari. Minyak penuh rm70 lebih sikit je..isi rm50 pergi balik Kamunting dari Balik Pulau ada lagi setengah tangki ..sekarang nie tol pula yang jadi lebih mahal dari minyak kereta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s