funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton intai peluang untuk juarai Rali Malaysia buat kali kedua

9 Komen

Proton kini kembali beraksi di laman sendiri untuk Pusingan ke- 4 Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dengan sasaran muncul sebagai juara buat kali kedua berturut-turut. Cabaran Proton di Johor pada kali ini akan digalas oleh Alister McRae dengan rakan sepasukannya PG Andersson yang membuat penampilan sulung dalam Rali Malaysia.

Proton telah melakukan ujian untuk beberapa komponen baru dan Satria Neo S2000 yang digunakan pada kali ini merupakan evolusi dari model sebelumnya. Kemampuan Satria Neo S2000 untuk menakluki selekoh tajam juga bakal membantu kejayaan pasukan

Rali Malaysia merangkumi jarak keseluruhan sejauh 235.28km, dengan 15 pusingan khas dan dianggap paling mencabar dalam jelajah APRC. Faktor cuaca serta suhu juga boleh mempengaruhi keputusan pusingan kali ini. Proton juga akan menampilkan tiga lagi pemandu, Karamjit Singh, Akira Bamba dan Kenneth Koh.

Rali Malaysia bakal bermula hari esok dengan pusingan khas sejauh 2.5km berhampiran dengan pusat membeli-belah Angsana di Johor Bharu. Buat pertama kalinya pusingan ini akan berlangsung pada waktu malam. Pusingan ke- 2 pula bakal mengharungi tujuh pusingan khas termasuk yang terpanjang merentasi ladang kelapa sawit  Tai Tak sejauh 32.94km sebanyak 2 pusingan. Hari terakhir Rali Malaysia bakal menyaksikan tujuh lagi pusingan khas.

Yang paling menarik di Rali Malaysia kali ini ialah kemunculan Prevé R3 akan dipamerkan buat pertama kalinya untuk tontonan umum dan bakal disertai dengan 2 lagi model, Satria Neo Racing dan Satria Neo Rally Edition. Selain itu Saga R3, Satria NeoR3, Inspira R3 dan Persona R3 juga dipamerkan.

* Dah ada Prevé R3 dengan Satria Neo Rally Edition la, ni ke yang pakai supercharger ataupun paling kurang CFE inside, orang Johor jangan lepaskan peluang ni ye… hehehe

Advertisements

9 thoughts on “Proton intai peluang untuk juarai Rali Malaysia buat kali kedua

  1. Neo supercharger warna kuning S2000…end of year 2012

  2. Emm..CFE manual intresting. Berapala max torque hp enjin cfe manual ni bole pegi.

  3. model2 r3 tu utk dijual atau hanya utk pameran?

  4. update update…. jgn lama bro… kasi close up enjin dia… interior… kira semualah…

  5. bro, fb proton motorsport dah upload pic preve r3, neo s2000 r3, etc2. boleh share kat sini dah.

  6. Malam ni baru nak terbang ke JB mengikuti APRC. Harap Proton mengatasi Skoda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s