funtasticko design

http://funtasticko.net

ROADSHOW ETCM DI PUSAT MEMBELI-BELAH KEGEMARAN ANDA!

Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR (12 Julai 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan menganjurkan roadshow di Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 11 Julai 2012 hingga 16 Julai 2012!

Semua dijemput untuk singgah di roadshow untuk menerokai, pandu uji dan mengalami personaliti tersendiri setiap model Nissan yang dipamerkan. Bersedia untuk mengalami ‘Kuasa V6’ dengan Nissan TEANA 2.5L; kecekapan bahan api dari Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) Nissan SYLPHY baharu serta GRAND LIVINA AUTECH yang baharu diperkenalkan.

Anda juga boleh relaks dan beristirehat di sudut layanan mesra baharu Nissan. Setiap orang yang menyertai sesi pandu uji juga berhak untuk mengambil bahagian dalam peraduan ‘Test Drive and Continue To Win’ dan berpeluang untuk memenangi sebuah iPAD baru 16GB Wifi.

Roadshow kali ini akan menampilkan semua model Nissan yang popular seperti TEANA, SYLPHY, GRAND LIVINA AUTECH, LIVINA X-GEAR dan Nissan LEAF, sebuah kenderaan elektrik 100% yang pertama dihasilkan secara massa di dunia. Pada 16 Julai 2012, roadshow tersebut akan diubah menjadi pameran Nissan LEAF demi memperkenalkan duta-dutanya sempena Program Perintis Nissan LEAF.

ETCM akan terus menawarkan pengalaman Nissan yang lebih menyeluruh kepada semua melalui roadshownya di seluruh negara. Roadshow Nissan akan berlangsung di pusat-pusat membeli-belah berhampiran anda:-

Tarikh Lokasi
11 Julai hingga 16 Julai 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
26 Julai hingga 29 Julai Queensbay Mall, Pulau Pinang
3 Ogos hingga 5 Ogos Mahkota Parade, Melaka
10 Ogos hingga 12 Ogos Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
12 September hingga 16 September 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
25 September hingga 30 September AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
5 Oktober hingga 7 Oktober Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah
7 November hingga 11 November 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
16 November hingga 18 November The Spring Mall, Kuching, Sarawak
23 November hingga 25 November East Coast Mall, Kuantan, Pahang
30 November hingga 2 Disember 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
26 Disember hingga 1 Januari 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nissan.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s