funtasticko design

http://funtasticko.net

VAN SEMI PANEL NISSAN NV200 DIPERKENALKAN

3 Komen

KUALA LUMPUR (16Julai 2012) – Menyusuli pengenalan Nissan NV200 Panel Van pada Februari tahun ini, satu varian tambahan kini diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

“Nissan NV200 Semi Panel Van yang baru adalah varian kedua bagi model NV200 yang kami perkenalkan di Malaysia awal tahun ini. Model ini telah menerima sambutan begitu hangat. Ia akan meluaskan kegunaannya kepada sektor-sektor lain dalam industri yang memerlukan pengangkutan boleh dipercayai, kos cekap bagi kargo atau penumpang, atau kedua-duanya sekali,” kata Dato’ Dr. Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif ETCM.

Dengan saiz luaran serupa dengan NV 200 Panel Van, varian NV 200 Semi Panel Van mempunyai barisan tempat duduk kedua yang terletak di belakang tempat duduk depan. Barisan tempat duduk ini dapat memuatkan tiga orang dan ia mempunyai tali pinggang keledar bagi setiap penumpang. Ini telah menjamin keselamatan kesemuanya di dalam kenderaan tersebut. Penumpang boleh masuk ke dalam kereta menerusi pintu lonsor yang dilengkapi dengan cermin tingkap tetap pada kedua-dua belah kenderaan.

Kawasan kargonya memiliki keluasan 2.33 meter kubik. Barang-barang boleh dimasukkan menerusi pintu belakang yang besar. Kerja memuat dan memunggah menjadi mudah disebabkan ketinggian lantai van ini hanyalah 520mm dari tanah. Paling menarik, bumbung dalaman NV200 Semi Panel Van telah dilengkapkan dengan kemasan lapik kusyen.

NV200 Semi Panel Van juga menggunakan enjin yang telah terbukti, iaitu enjin 1.6-liter HR16DE bersama Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menghasilkan kuasa maksima 109ps dan 152Nm kuasa kilas. Ia dilengkapi transmisi manual lima kelajuan bagi penjimatan bahan api yang optimum. Bantuan kuasa kemudi roda yang menggunakan motor elektrik juga menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Ia datang dengan Meter Pelbagai Fungsi unik yang memaparkan maklumat penting seperti revolusi enjin, penggunaan bahan api, jarak dan tempoh pemanduan pada paparan 2.8” Dot Matrix.

Ciri-ciri keselamatan standard termasuk Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist, Zone Body construction, SRS Air Bag (bagi pemandu), pengetat tali keledar depan dengan pengehad muatan, lampu berhenti dipasang tinggi dan cermin sisi yang besar.

NV200 menetapkan penanda aras baru dalam kelasnya daripada segi keselesaan pemanduan. Dengan enjin dipasang di hadapan kabin seperti kereta penumpang, tahap kebisingan dikurangkan dan penumpang juga tidak akan mengalami ‘kerusi panas’ seperti van terdahulu yang enjinnya terletak dibawah tempat duduk.

Harga atas jalan (termasuk insurans dan caj berkaitan pendaftaran) bagi Nissan NV200 Semi Panel Van serba baru ini ialah RM70,900.00 di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Ia didatangkan dengan waranti 3 tahun atau 100,000km, yang mana dahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

NV200 Semi Panel Van, dipasang di Malaysia, kini boleh didapati di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat pengguna, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan Nissan di 1800-88-8368 (bebas tol) atau lawat www.nissan.com.my.

3 thoughts on “VAN SEMI PANEL NISSAN NV200 DIPERKENALKAN

  1. Ah. Model ni yang menang Taxi of Tomorrow aritu. Agaknya boleh ke kalau Exora boleh di transform ke konsep yang sama macam teksi New York atau London.

  2. kenapa nissan x nak jual varian 6/7 seater? takut compete dgn grand livina ke?

  3. kalau jadi mpv 7 seater akan bersaing dengan avanza, di Indonesia telah dilancarkan sebagai MPV Nissan Evalia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s