funtasticko design

http://funtasticko.net

DUTA PERTAMA NISSAN LEAF DIPERKENALKAN

1 Komen

PETALING JAYA (16 Julai 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan sukacitanya memperkenalkan empat orang duta Nissan LEAF yang pertama iaitu Daniel Yap, Jason Goh, Yoong Huey Yee dan Rizman Harith Merican untuk program ‘Journey To Zero Emission’ kendaliannya. Ia merupakan program pertama seumpamanya di Malaysia yang melibatkan sebuah kenderaan elektrik (EV) Nissan.

Mereka antara individu terawal yang berpeluang menggunakan EV dalam kehidupan harian mereka selama enam minggu. Mereka juga bakal berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan orang ramai menerusi pelbagai medium seperti klip video, artikel-artikel, selain memberikan maklum balas berguna kepada ETCM berkaitan prestasi LEAF dalam kondisi pemanduan tempatan.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng mengulas, “Kami telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan bagi program ‘Journey To Zero Emission’. Memilih empat orang duta pertama sememangnya satu tugas sukar daripada apa yang kami fikirkan sebelum ini. Sebabnya, kami telah menerima banyak permohonan yang berkualiti tinggi!”

Permohonan untuk menjadi duta LEAF masih terbuka dan pemohon sebelum ini masih berpeluang untuk dipilih. ETCM mahu seramai mungkin rakyat Malaysia merasai pengalaman memandu LEAF dalam kehidupan seharian yang sebenar demi mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai EV.

ETCM menjemput orang ramai untuk melihat, merasai dan menerokai kenderaan EV 100% pertama yang dikeluarkan secara massa di dunia iaitu Nissan LEAF di lokasi-lokasi berikut:

Tarikh  Lokasi
11 hingga 16 Julai 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor
26 hingga 29 Julai Queensbay Mall, Pulau Pinang
3 hingga 5 Ogos Mahkota Parade, Melaka
10 hingga 12 Ogos Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
12 hingga 16 September 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor
5 hingga 7 Oktober Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah
7 hingga 11 November 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor
23 hingga 25 November East Coast Mall, Kuantan, Pahang
26 Disember hingga 1 Januari 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya, Selangor

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Duta LEAF, sila layari laman web: www.nissan.com.my/LEAF dan muat turun borang permohonan secara dalam talian.

One thought on “DUTA PERTAMA NISSAN LEAF DIPERKENALKAN

  1. proton ev apa pasal lama sangat testing?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s