funtasticko design

http://funtasticko.net

Butik Lotus Originals, London dibuka

Tinggalkan komen

Lotus Cars dengan rasminya membuka sebuah butik Lotus Originals di Regent Street, London, khusus untuk pemilik dan peminat jenama Lotus. Sempena pembukaan rasmi itu juga, Lotus turut memperkenalkan model baharu Lotus Exige S yang dijana oleh enjin supercharge V6 yang sebelum ini dipertontonkan di Frankfurt Motor Show 2011.

Hadir ke majlis tersebut ialah Pengerusi DRB-HICOM, Dato’ Syed Mohamad Syed Murtaza, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad dan Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah selain tetamu kehormat Setiausaha Perdagangan British, Dr Vince Cable dan  Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato’ Sri Zakaria Sulong.

Butik tersebut menjual pakaian, cenderahati dan barangan mewah yang disasarkan kepada tiga generasi peminat Lotus. Terdapat empat koleksi seperti Lotus Originals yang disasarkan kepada pemilik Lotus dan peminatnya di kalangan generasi muda. Pelbagai variasi pakaian yang dikhususkan kepada golongan yang berusia antara 25 hingga 45 tahun.

Koleksi Lotus Heritage diinspirasikan dari zaman kegemilangan perlumbaan Lotus di era 60an dan 70an. Ia memiliki rekaan gaya retro dan klasik. Koleksi Performance diadaptasi dari kehebatan kejuruteraan Lotus dan teknologi berprestasi tingginya, yang terdiri daripada pelbagai pilihan baju polo, t-shirt dan pakaian untuk kegiatan luar. Lotus F1 pula mengetengahkan pelbagai variasi pakaian dan aksesori perlumbaan. Selain itu, terdapat barangan koleksi seperti model kereta berskala kecil dan basikal yang direka oleh jurutera Lotus di butik tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s