funtasticko design

http://funtasticko.net

Spyshots Youngman-Lotus T5 SUV versi produksi

24 Komen

Ini merupakan Youngman-Lotus T5 SUV versi produksi yang bakal berada dipasaran China pada awal tahun hadapan. Model ini bakal dilancarkan secara rasmi di Guangzhou Auto Show pada bulan November. Jika anda masih ingat pada model konsepnya yang dipamerkan pada bulan April lalu di Beijing Auto Show, model ini boleh dikatakan hampir 99% sama dengan model tersebut.

Yang masih menjadi tanda tanya ketika ini ialah enjin apakah yang bakal menjana model ini, ada yang mengatakan enjin 1.8 dan 2.0. Difahamkan juga Youngman sedang membangunkan enjin 1.5 turbo dan info yang terkini, T5 bakal menggunakan enjin 1.6. Nantikan maklumat selanjutnya nanti.

24 thoughts on “Spyshots Youngman-Lotus T5 SUV versi produksi

  1. so we import them, and replace the badge

  2. Bagi saya, kalau proton reskin dan bagi family face preve dan ubah sedikit belakang, insyaallah boleh laku. Lagipun pasaran suv/sofrider malaysia nh masih slow..

  3. pada aku la kan, kalau proton nak start masuk market 4×4, baik proton start dengan pick-up truck, berdasarkan statistik jualan kenderaan kat malaysia sekarang ni.

    tapi, kalau nak jugak bawak masuk suv ni, better rebadge je. tak berbaloi nak buat improvement, pasal jualan suv kat malaysia ni memang teramat rendah. kalau nak improve pun, sikit2 je la, benda2 yg murah nak improve je.

  4. advice to proton, bawa masuk, rebadged letak enjin CFE 1.6, sales price target around RM70-80k, target sales around 150 units per month..

  5. harap2 drb truskan la cadangan DSZ utk suv ni..

    • mungkin x. baru2 nh saya ada tanya kawan saya sebab aper kecoh dlm proton. alasan nya.
      1. Semasa tandatangan dengan kazanah untuk pengambilalihan, semua ok. Selepas dapat jer, mcm2 berdalih.
      2. Bonus untuk budak2 kerja dirombak. kesian budak2 dlm tu. Tu yang samapi 7 bijik preve ranap dlm kilang.
      3. Ada mata2 follow pekerja dimana sahaja. nak beli air tin dekat sebelah surau pun kene tindakan.
      4. DRB nak ubah cara kerja proton , tapai x reti nak jaga hati pekerja yg dah biasa dengan cara kerja lama. Cara DSSZ adalah, die dtg , great dan die bagi kebebasan sikit kat budak2 nh. DRB, nak g toilet pun kira masa.
      5. ada bbrapa lagi

      kalau mcm tu cara DRB rasenyer plan untuk rebadge tu amat tipis. Ntahla..mana tahu tetibe drb kene nasik kangkang ker… hahahhahahaha.. gurau jer..

      p/s: geram pasai bonus sampai berak dlm kereta siap dssz turun pun ada.. LOL..

  6. Erk..kalau proton tak boleh reskin SUV dia seperti kia sportage terbaru, mazda CX-5, agak sukar utk menjualnya dgn baik. Tak perlu 4X4, buat SUV 4X2 pun dah ok.. yang penting spec mcm exora bold atau preve.

    • utk reskin amat tak berbaloi sbb:
      katakan target sales 150 units sebulan, setahun baru 1800 units, life cycle 5 tahun, baru 9,000 units…
      cuba lihat listing sales kat http://www.cbt.com.my, Honda CRV just around 300 units sold per month.. yg lain2 just around 140 to 200 units per month

      • itu jenama yg mahal..klo proton kuar suv..mesti ramai yg akan beli..(tak la seramai sedan tp akan ada bakal2 pembeli sedan beralih kpd suv..n xsalah proton restyle balik bukan utk pasaran tempatan je tp luar jgk..klo tak berani berubah susah la proton nak maju

  7. kalau reskin mmg lebih baik dari rebadge sbb design youngman agak terlalu radikal, utk taste org malaysia tak sesuai dan dkt eropah pun diorang lebih suka design yg simple tp elegan dan long lasting.. cm vw

    cuma saya rasa buat masa ni tak perlu suv proton lagi kot, fokuskan global small car dulu + preve hatchback utk capture global market

  8. elok namakan proton rubbish
    proton yg tiada cahaya di hujung terowong

  9. sy berpendapat better biarkn suv youngman ni test market kt tempat dia..
    kalau dapat sambutan bagus..why not proton reskin atau rebadge..
    skrg ni fokus pada hatchback preve..kemudian GSC..

  10. dulu vendor proton problem, buat barang takde quality. production proton problem, QC lemah. sekarang tambah pulak dgn staff staff proton yg demotivated dan marah pada DRB…. hahaha so boleh percaya ke dgn kete proton yg keluar dari kilang tu?

    • boleh. jangan risau. Yg deorg geram tu time DRB rombak gaji/bonus deorg. SEkarang terpaksa la kerja cara DRB. Cume kalau nak pergi beli air tin ker, kene hati2 la.

      p/s: deorg kalau kereta ada yg kemik2 yg x lepas QC, semua jadi feri pekerja dlm kilang

      • Patut la kualiti kereta test drive preve kualiti buruk, longgar sana sini. Harap2 yang btul2 production berkualiti. Baru lepas test drive, hampa dgn kualiti interior. Ade komen sapa2 yg dah memiliki preve? Bercadang nk angkat satu tahun depan

      • rahman

        kebanyakan test drive and peview banyak pre production. Bukan kualiti test drive. Ianya kualiti interior yg ada prob. Engine bay still sama. Tapi kalau hampa dengan kualiti interior, xd masalah bagi saya pasal satu sebab jer, Kita nh terlampau sangat obses dengan plastic. kalau ko kata dashboard vios cantik, dan kualit bagus, nampak gaya nyer kene banyak tahu pasal dashboard kereta lagi. Mungkin bro x pernah naik FORD expedition, GMC Yukon, Chevy tahoe, dashboard preve Q lebih kurang jer. Cume bezanya deorg kereta 100k keatas dan besar dan berkotak.

        p/s: kalau x suke preve amik la forte. Jangan ambil vios. kalau city tu on par la jugak.

      • Bukan Dashboard preve ta kualiti. bukan obsess pada plastik. Preve dashboard dia soft plastik = sesuatu yang bagus. Design Dashboard saja yang tak menarik.

      • hurm, bab beli air tin tuh sket misleading kot. ader yang betul betul dahaga, ader yang sekadar guna for peluang mengular. compare budaya proton, produa, toyota, honda, operater still sijil SPM, melayu gak, tapi attitude beza kot, ( yang gua dgr arr ).

  11. Bukan x suka design interior dia. Hampa kat door panel yg longgar. Maybe yg production punya better, x try lg. kene p tgk skali lg. thanks for the info

    • Tadi pergi tgk preve kat satu pusat membeli belah…saya terperasan satu preve ni, pemasangan bonet dgn fender sebelah kanan tidak selari. kiranya bonet tu terlebih daripada fender..saya nk terangkan pun susah..kena tgk sendiri..yg sebelah kiri ok pulak pemasangannya.

      Saya bgtau kat salesman, dia hanya senyum je sbb ia sangat ketara. Nampaknya benda2 mcm ni masih wujud pada kereta proton. Kalau waja cps saya ada gap2 kt body, saya tak pelik..Sedikit kecewa jugalah, walaupun saya bukan pemilik preve.

  12. proton buat kete sedan elok2 dlu la baru mimpi nak masuk segmen lain..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s