funtasticko design

http://funtasticko.net

DRB labur RM1b bangun Proton City

39 Komen

Menurut www.bharian.com.my DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) akan membuat pelaburan lebih RM1 bilion untuk membangunkan Proton City, Tanjung Malim, dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia termasuk membangunkan sebuah hab komersial baru dan pelbagai kemudahan lain.

Sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka dikeluarkan di kilang tersebut tidak lama lagi, sekali gus menjadikan Proton City sebagai bandar automotif menjelang 2015 atau selewat-lewatnya dalam lima tahun akan datang. Setakat ini kilang tersebut hanya 30 peratus kawasan yang disediakan telah dibangunkan. Pihak DRB-Hicom memaklumkan wakil mereka sudah melawat Stuttgart, Jerman dan beberapa negara lain untuk mengkaji model bandar automotif di negara terbabit.

Adakah salah satu daripada dua lagi jenama lain yang bakal dikeluarkan di kilang tersebut adalah Volkswagen? Tunggu pengumuman atau info selanjutnya nanti.🙂

39 thoughts on “DRB labur RM1b bangun Proton City

  1. Mantap…leh lah jual umah aku pas ni..

  2. bangun 1 bilion…kah kah kah…
    cakap ja la DRB akan bawa masuk VW untuk dipasang kilang tanjung malim..
    dan 2tahun lg berbagai jenama akan dipasang dikilang tnajung malim…kah kah kah

  3. harap2 preve hatchback takpun gsc

  4. 2 jenama ke atau 2 model baru..

  5. rasanya…kt tuggu dan lihat perkembangannya

  6. Janji diCapati

  7. subaru dengarnya nk masuk gak

  8. VW and Mitsubishi (ASX)…may be..=)

  9. Semalam hantar kereta servis, borak2 dengan manager sc tu..dia cakap proton nak keluarkan suv ngan preve hatchback…preve hatchback tu dia kata ala2 crz..menarik😀

  10. Dari Pekan (Pahang) dibawa ke pekan Tanjong Malim🙂

  11. Mungkin juga brand sports car DRB-HICOM iaitu POTENZA. Dulu Tengku Mahaleel buat Proton city ni guna duit Proton sendiri, tak pinjam bank langsung. Dia ambil contoh Toyota City. Tapi kali ni DRB-HICOM jadikan VW city kat Jerman pulak role model. Tapi kalau kilang kat sini, lagi baik kalau vendor2 sekali pun pindah kat sini. Senang logistik dan cut banyak kos.

    Maknaya, sekitar Shah Alam yang penuh bangunan Proton dan industrial automotive based product mungkin ditutup dan dibangunkan jadi kawasan rumah dan komersil? Ini lebih menguntungkan sebenarnya. Dan DRB-HICOM saya agak tidak teragak2 nak develop semua tanah ni cepat nak balik modal beli Proton dengan kadar sesegera mungkin sebagai entiti perniagaan.

    Kawasan Glenmarie, Batu 3 dan HISOM juga mungkin bertukar wajah dipenuhi perumahan dan juga kompleks membeli belah. tak mustahil juga ada theme park nanti. Ni bagus untuk ekonomi dan boleh jadikan Shah Alam Subang Kelana Jaya kawasan yang lebih vibrant.

    • Pembetulan…Tengku Mahaleel buat kilang PROTON dan bukan PROTON city dgn 1.8 mill dgn tanpa pinjaman bank.. dan DRB sememangnya pemilik separuh dari PROTON city dari mula buka lagi jv dgn Khazanah.. dan skang 100% milik DRB, sbb tu dia nak bangunkan.. harapkan majlis daerah TGM ni slow teruk dari siput.. nak buat hypermarket pun susah sbb dibantah oleh Persatuan Peniaga2 Kecil TGM.. kalu gitu smpai bila pun tak maju… pmbangunan di PROTOn City skang makin rancak, sejak DRB amik alih sepenuhnya.. UPSI pun makin meriah dgn kampus baru.. bangunan2 kawasan komersial dah ada progress.. kalu tak dulu suram je…

  12. Elok juga Proton City dibangunkan sepenuhnya. Sekurang2nya nampaklah juga Malaysia mempunyai hub2 automotif walaupun ia tidak mampu menandingi Thailand dan Indonesia. Harapan lagi, akan ada syarikat2 berkaitan automotif yang berminat untuk melabur di Proton City.

    Dalam hal ini, pihak kerajaan kenalah merangka satu dasar yang lebih kukuh dan jelas tentang hala tuju industri automotif negara.

  13. Saya setuju dengan Azral. Bila semua industri manufacturing Proton berpindah ke Tg. Malim, tapak plant di shah Alam boleh dibangunkan sebagai pusat perdagangan komersial yang lebih menguntungkan memandangkan tapak tersebut terletak dikawasan yang sangat-sangat menarik. Sekiranya projek ini berjaya dibangunkan, DRB akan punya modal yang lebih besar untuk membangunkan Proton city dan model-model baru proton di Tg. Malim.

    Proton city akan hanya menjadi lebih efficient dan maju sekiranya terdapat 2-3 buah pembuat kenderaan berkongsi tempat dan facility. Ini lebih memudahkan technology transfer, menggalakkan pertemuan antara engineer tempatan dan luar negara serta memungkinkan kerjasama yang lebih erat dengan pembuat kereta jenama luar negara seperti VW.

    Diharapkan land value Proton city akan lebih meningkat selepas ini dan mendatangkan hasil yang lebih bagi proton dan parent company, DRB-Hicom.

    Cuma masalahnya dengar cerita ramai engineer proton dah keluar secara berjemaah sebab working condition yang tidak seperti dulu. Peace.

  14. saya baru saja miliki lot kedai yang sedang dibangunkan DRB disini. memang banyak lot dan tempat yang startegik berhadapan dengan UPSI. nampak usaha DRB nak majukan area sini.

  15. off topic: tetiba ternampak video lame. Bile proton bole dapat verdict mcm ni lagi ye? agak2 preve bole x? http://www.youtube.com/watch?v=4TYpsXuB0tU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s