funtasticko design

http://funtasticko.net

Nissan Almera dipamerkan di Pavilion!

35 Komen

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini telah mempamerkan model terbaru mereka dalam segment B sedan, Nissan Almera, di Pavilion, Kuala Lumpur. Model ini bakal dipasang secara complete-knock-down (CKD) di kilang Tan Chong, Serendah dan bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini .

Model ini terdapat dalam versi 1.5l automatik dan manual dan merupakan Sedan Global terlaris Nissan dengan lebih 460,000 unit kenderaan telah dijual sejak dilancarkan pada 2010. Ia mendapat sambutan hangat terutama diChina dan Thailand. Harga dijangkakan sekitar RM70,000 hingga RM85,000 namu pihak Edaran Tan Chong Motor (ETCM) belum memuktamadkan lagi harga sebenarnya.Nantikan kemunculannya tak lama lagi!

Untuk melihat dengan lebih dekat lagi, Nissan Almera bakal menjelajah ke beberapa destinasi terpilih seperti berikut :

Dataran Pahlawan, Melaka : 10hb – 12hb Ogos 2012

Queensbay Mall, Bayan Lepas, Penang: 16hb – 21hb Ogos 2012

Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor: 23hb – 26hb Ogos 2012

Autocity, Juru, Penang: 30hb Ogos – 2hb September 2012

East Coast Mall, Kuantan, Pahang: 31hb Ogos – 2hb September 2012

Gambar ini telah diambil dari facebook nissan malaysia

35 thoughts on “Nissan Almera dipamerkan di Pavilion!

  1. lunch jgk ko ye
    jenuh aku tunggu

    designje kureng
    klo cun,vios komfem terancam

  2. mak aii..bentuk dia..tak sampai hati nak cakap..agak2 kalau tengok depan mata cantik tak?

  3. Price range macam ni dah boleh dapat Forte. C-Segment and banyak function pulak tu. Tapi masalah nya orang Malaysia ni takut ni beli Kia/Hyundai tu yang susah.. asyik japanese car ja..

    p/s: tp cantik sikit dari vios la almera ni hehe…

  4. Tgk dlm gambar x cantik,tp kt tv td mcm bleh tahan.hehe..tp dgn harge sedemikian,rase nye x bbaloi..rase nye la.

  5. 1.5l tp dah tolak rear aircond vents dengan gear cvt..tempek la specnya tuan rumah huhu

  6. Preve gak best…hehe

    • smlm ptg dlm 2pm gitu, kt area jakel jln plumbum shah alam,
      nmpk preve pakai plate biru.

      skali imbas xnmpk ape yg berubah.

      skali lg tgk..(well aku tgh cari parking)..baru perasan,
      ada horizontal chrome line. chrome yg ramai kate xcantik tu..

      effek chrome tu, preve nmpk xtonggek.

      aku xperasan lak reverse cam ke ape ke. aku pn tgk dr dlm kete aku..tgh cari parking maa..

  7. wht a freaking ugly car….better dont even get near this car…..hahahhaa

  8. Maaflah, mata saya nampak tak cantik..

  9. sebab ada org kata nmpk ok…
    aku cuba sedaya upaya tgk dlm perspektif berbeza-beza agar aku bole nmpk kecantikan (luaran) yg dimaksudkan itu..
    namun.. hampa..
    yang aku nmpk hanyalah kereta hodoh (uweeeek..) walo camna skalipun aku belek tetap nmpk cam s***..
    atas jln kalo Q dpn keter aku mesti potong stim lah.. adoooiii..

  10. Nissan’s best selling global sedan ? boleh caya ke …

    • best selling pasal kat india jual banyak. Dan dekat india, Suzuki swift dezire(tambah bontot) itu pun nampak chantek. Bukan nak salahkan india, tapi citarasa yg berbeza. Bagi saya design die nak erlebih selamat untuk global.. So this what ur got..

  11. ugly pun boleh jual bnyk kat seluruh dunia, tu yg penting sebenarnya

  12. ok ler…dah bosan tgk vios bersepah di jalanraya malaysia

  13. Fugly…Rasanya senasib dengan Latio je ni. Harga mahal, dan ada la beberapa biji kat jalan nanti. Lagipun Nissan Almera ni sama aje dengan Livina tu. China made punya, cuma CKDed kat Serendah tu. Kat Jepun pun takde kereta ni. Kat China nama dia DongFeng Sunny rasanya.

  14. Betapa hodoh la rupa keta ni… kalau preve mcm ni kluar dulu… x tau la kena bash mcmana… harga mcm ni better preve… ada duit lebih sikit amik forte atau city…
    vios… tak yah la.. rupa agak hodoh jugak…

    Design keta basic tuk nissan = saga blm lagi bagus…

    Better saga dapat jimat RM 30K…

  15. herannya. TCM ni suke bebeno bawak masuk model yang dah outdated. bwk masuk design hampeh. harge xnak kalah. tak bernafsu tengok.

  16. Nissan tetap nissan. Good quality engineering walaupun kosong atau hodoh. Alangkah bagusnya kalo preve tapi quality nissan. Apa pun proton ada improvement skg walau x smp tahap japanese.

  17. Diaorg ni jual ingat kita semua ni buta seni ke apa? Abih seburok Vios pun laku…

  18. burok pun burok la.. janji x de penyakit keturunan yg bodoh2 mcm power window la, drive wif peace of mind.. hehehe

  19. Alahai! Jgn la hina keta ni. Npk hodoh tp bila dah letak body kit tu npk cam ok plak. Npk atas jlnraya. Tk cantik luar, asalkan dlm cantik enjin cantik blh pakai bertahun2 ok apa? Preve ok ke? Bkn isi perut dia ko?

  20. yang komen bagai naak gila tu sebab tak dak duit nak beli……….tu yang susah ……….proton keluar model baru ………komplain…nissan wat model nie pun kena komplain…… tak boleh ka kalau tak komplain………semua nya tak betui……..aku pun heran……

  21. Mula-mula saya pun tak minat..sekali tgk kat showroom yang pasang body kit impul..cantik plak…akhirnya dah beli dan dah pakai..mmg best..sgt smooth..bonet yg sgt luas….puas hati la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s