funtasticko design

http://funtasticko.net

Perodua sedia bekerjasama dengan Proton

13 Komen

Perodua sedia untuk berbincang dengan DRB-HICOM mengenai pakatan strategik bersama  Proton. Menurut Pengarah Urusannya, Perodua sedang menunggu langkah DRB-HICOM. Perbincangan itu masih pada peringkat awal dan tiada mesyuarat formal dibuat sehingga kini. Sama ada Perodua akan terbabit dalam rancangan masa depan DRB-HICOM dengan  Proton, ia bergantung kepada kesesuaian rancangan tersebut kepada Perodua.

Sebelum ini Perodua telah membekalkan kepala silinder enjin Campro kepada Proton dan apakah selepas ini akan ada kerjasama baharu antara kedua-dua syarikat ini pada masa depan? Kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti. Harap pada masa hadapan akan ada pembangunan model baharu secara bersama antara mereka. Berita ini diambil dari www.bharian.com.my

13 thoughts on “Perodua sedia bekerjasama dengan Proton

  1. i loike! PEROTON!

  2. dulu jual mahal.. so, sekarang nak teknologi untuk membangunkan Sedan ke?
    ambik je mana2 model Proton, rebadge jadi model perodua..

    Contohnya ambil model Persona dan rebadge kaw-kaw jadi so called Bezza tu..huhu

  3. ade rumours yang mana Jepun dah sedia untuk packing beg utk balik kampung Jepun kalau DRB kerjasama dgn Perodua…

  4. Mungkin kerjasama melibatkan pengeluaran komponen2 bagi kenderaan proton atau kenderaan perodua.

    Atau Perodua bercita2 utk membekalkan EAT kepada proton walaupun ketika ini proton menggunakan CVT?

    sama2 kita nantikan.

  5. Dulu kata arah tuju berlainan. Proton telah membangunkan Hybrid, dan Elektrik. Perodua kata mereka tidak akan membangunkan teknologi tersebut sebab mahal. Oleh yang demikian, Perodua tidak dapat menggunakan platform Proton yang direka khas untuk Hybrid dan Elektrik kecuali platform biasa,

    Oleh yang demikian, membangunkan Hybrid dan Elektrik bersama-sama adalah tidak mungkin dan perkongsian platform jenis ini pun tidak dapat. Untuk bekerjsama dengan Proton dan Perodua dalam bidang lain mungkin, jikalau sesuai.

    Proton dengan Lotus.

    Perodua lebih baik bekerjasama dengan rakan mereka, Daihatsu / Toyota. Ambil platform Daihatsu dan membangunkan Perodua Sedan mereka.

  6. kalau setakat kerjasama r&d nak develop komponen aku rasa tak ada masalah..even vendor proton untuk buat komponen dekat enjin campro adalah perodua sendiri kalau tak silap aku..tapi kalau nak gabung 2 company ni aku tak setuju..

  7. Daihatsu dah tanak perodua tu..tu perodua dah risau..duk carik tempat nak bergantung.

    • Kawan aku buat lawak: kemungkinan perodua hendak membekalkan bumper depan dan belakang kpd proton.

      • ok gak tu.. perodua kan pakar reka bumper nie

      • Bumper Perodua dan Proton adalah daripada maker yg sama. Tak silap termasuklah Nissan Almera sekali.

        Cylinder head Proton pun Perodua yg buat.

        Kalau tanya orang dalam, Proton dan Perodua ni ada synergy tersendiri. Cuma salesman je yg cerita Proton rival dengan Perodua..padahal tidak pun..

      • vendor bumper utk Perodua n Proton kan Hicom Teck See…

  8. not impossible…sebab Lotus walaupun dibawah Proton takde masalah bekerjasama dengan Toyota untuk bekalan enjin kereta Lotus…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s