funtasticko design

http://funtasticko.net

Honda catat rekod jualan tertinggi pada bulan Julai

10 Komen

Honda Malaysia Sdn. Bhd. kini semakin mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan. Syarikat tersebut telah berjaya pulih dari penangguhan produksi yang disebabkan oleh banjir di Thailand pada tahun lalu dan berjaya bangkit pada separuh pertama tahun 2012. Honda Malaysia hari ini mengumumkan jualan pada bulan Julai merupakan jualan tertinggi dalam sejarah syarikat iaitu sejumlah 5,045 unit, yang juga rekod jualan bulanan tertinggi.

Honda Malaysia memperkenalkan 8 model baharu tahun ini iaitu, Jazz Hybrid, City facelift, CR-Z CVT, Freed S baharu, Insight facelift , Civic generasi baharu, Civic Hibrid dan Jazz S baharu. Honda City facelift dan Civic generasi baharu telah mencatatkan jualan 2,217 unit, yang merupakan 44% dari jumlah keseluruhan jualan pada bulan Julai. Civic generasi baharu juga mendapat sambutan hangat dengan jumlah tempahan sehingga kini melebihi 3,000 unit, hanya dalam tempoh kurang sebulan dari tarikh ia dilancarkan secara rasmi.

Advertisements

10 thoughts on “Honda catat rekod jualan tertinggi pada bulan Julai

  1. Nak tempah jugak lah CR-Z, tp tunggu duit cukup dulu lah!
    nak pakai raya pun dah takdan

  2. sapa yang beli Civic baru tu buta kowt..

  3. laju btol jualan civic baru tu ye…penerimaan positif dr pengguna

  4. Patut ler keluarkan lower specs jazz…zero sales in july….

  5. walaupun tax tinggi, Honda dan Toyota dapat jualan yg agak tinggi

  6. civic 1094? woww!! but FD or FB? juz to know…hehe he

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s