funtasticko design

http://funtasticko.net

Honda Malaysia ingatkan pengguna jalan raya supaya berhat-hati dimusim perayaan ini

Tinggalkan komen

Pihak pengurusan Honda Malaysia telah mengagihkan sejumlah 10,000 paket keselamatan jalan raya Honda Malaysia kepada pengguna lebuh raya di plaza tol Ampang (AKLEH) semalam. Selain itu Honda juga mengagihkan risalah mengenai keselamatan kepada 2 buah masjid sekitar pejabat Jualan dan Pemasaran mereka yang terletak di Petaling Jaya.

Ianya bertujuan untuk mengingatkan kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman supaya bersedia sebelum memulakan perjalanan dan juga mendidik pengguna jalan raya dengan tips keselamatan yang mudah dan berguna kepada mereka nanti.

Pengurus Pemasaran Senior Honda Malaysia, Encik Akkbar Bin Danial dan pasukannya telah hadir untuk mengagihkan paket keselamatan jalan raya tersebut dimana setiap bungkusan terdapat risalah “Road Safety at Your Finger-Tips” , gula-gula berpudina dan air mineral kepada pengguna lebuh raya tersebut.

Honda juga menyarankan pelanggannya untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Honda yang berhampiran untuk melakukan pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan jauh. Terdapat sejumlah 61 pengedar Honda seluruh negara dimana 58 daripadanya merupakan pusat 3S.

Selain berkongsi tips keselamatan, risalah ‘Road Safety At Your Finger-Tips’ turut memberi penekanan kepada tabiat yang baik untuk pemandu seperti memeriksa suhu dan paras air pada kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan, mengekalkan jarak yang sesuai dengan kenderaan di hadapan, mematuhi peraturan trafik dan bersedia dengan nombor kecemasan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s