funtasticko design

http://funtasticko.net

2013-Nissan-Sentra-6[2]

Nissan perkenalkan Sentra generasi baru

17 Komen

Inilah Nissan Sentra generasi baru yang bakal menggantikan model sedia ada di Amerika Utara tidak lama lagi. Model gantian tersebut mempunyai rekaan dan elemen dari model Altima generasi baru. Jika dibandingkan dengan model Sentra sebelumnya, model 2013 ini mempunyai tapak roda 0.6 inci lebih panjang (106.3 inci) dan lebih panjang 2.3 inci secara keseluruhan (182.1 inci). Selain itu ia lebih rendah (-0.6 inci) dan lebih sempit (-1.2 inci). Untuk pasaran Amerika Utara, ia bakal dijana oleh enjin petrol berkapasiti 1.8 liter empat sebaris yang dipadankan dengan kotak gear CVT dengan pacuan roda hadapan.

Bilakah model ini bakal sampai ke Malaysia? Kita nantikan kemunculannya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

17 thoughts on “Nissan perkenalkan Sentra generasi baru

  1. sylphy wheelbase 2700mm, lebih pnjg dr preve – 2,650mm tp tak jauh beza
    lebar 1,760mm sama mcm altis. preve lebar – 1,786mm.
    gear cvt berapa speed agaknya? enjin pulak sehingga 1.8 shj , kenapa tiada 2.0?
    kat gearpulak ada huruf L, rasanya sport mode, klu ingat lagi proton pun labelkan mode tu sblm ni sbg L pada gear cvt tapi dah diubah kepada S. saya rasa s lebih dekat kpd minda sbb s — sport
    apa pun sehingga dlancarkan di malaysia, tungggguuuuuuuuuu

    • nissan kalau tengok sekarang semua ada bentuk lexus dah. Kesian nissan terpaksa amik dekat high brand die..

    • biasanya wheelbase panjang bg kelegaan bg legroom, tp kena tgk gak dash board design camne coz klu dash terlalu panjang ngat, seating arrangement kene kebelakang ckit.

      Tp xnafi, klu sylphy, legroom mmg luas, tp shoulder to shoulder room kureng ckit. Yg br dia dia lebarkan ckit, so, dh xda prob. Xtaula klu sentra nih nanti akan jd sylphy, tp xsilap, mmg ye, cume nama lain.

  2. dh begitu l’lalu lma keta Jepun ni x diberi wajah baru, lbih lma dr proton wira…model sblom ni setakat tukar bentuk lampu dpn & blkg je…dulu aku pun nyaris2 nk beli sentra. bila tngok model baru ni, b’kenan jugak le…interior design mmg sedap mata memandang.tp x tau la yg smpai m’sia nnti camne. biasanya ‘api x berapa jauh dr panggang’… cuma design bumper blkg agak mengecewakan..

  3. sentra sr ni mmg smart……………

  4. Halo CEO tcm & Board of Directors tak payah bawa masuk kereta nissan ke malaysia kalau semua nak down spec…
    ini malaysia bukan tempat untuk habiskan stok lama … semua org mau kereta baru dgn spec baru…

  5. Kalau baca majalah autocar Asean, kereta Nissan Sylphy “diunderate” walaupun ia sebuah kereta yg bagus. Mungkin kerana bentuknya yg kurang menarik tidak seperti pesaingnya. Yang aku tahu, kereta-kereta Nissan seperti Teana dan Sylphy menjadi pilihan kerana keselesaannya, enjin dan pertukaran gearnya yg smooth.

  6. rasanya kat thailand dh lancar nissan sylphy baru. Rega bermula dlm 75k-95. Yg 75k tuh 1.6 5 mt yg basic. 95k yg 1.8 cvt full spec, tp xsilap 2 airbags ajek.

    Xsilap aku nissan sylphy yg sblm nih kat malaysia versi 2.0. Yg br mmg pkai enjin 1.8 br, tp yg 2.0 torque dia lebih. Sama cam teanna 2.0.

    Org kata nak benchmark world price, why not benchmark sylphy kat thailand. Segmen c sama ngan preve. Preve manual 1.6 na 60k, 1.6 turbo ngan cvt 4 airbags 73k, klu banding kan dgn rega preve dimalaysia, preve masih lg murah dr sylphy dgn perbezaan hampir 15k bg versi paling rendah n hampir 20k bg versi premium.

    Klu yg executive preve tambah 15k n premium tambah 20k, aper yg prtn bleh tambah n upgrade?

    • emm ntah la , mgkn tukar kpd gear yg bole support hp dan torque lagi tinggi , nak tambah satu lg turbo charger, cam mustahil pulak sbb enjin mmg dah ada single, takkan nak buat enjin baru kot. klu gear bole support lagi tinggi enjin bole pegi ke 163hp, torque = 250Nm huhu

  7. cvt jatco klu xsilap yg supply kat nissan mmg best coz dia pkai torque converter, so, trase cam auto biasa ckit. Tp xsilap jatco@nissan ada develop yg br utk hybrid tp pkai clutch, wet type klu xsilap, tp xbuh lg kat kete diaorg. Tp nampaknye mcm clutch based cvt ada potensi utk masa depan.

  8. Preve nak rasa cam auto biasa, tekan button SAT

  9. sat mmg ader rasa ckit mcm auto, tp xtrase sgt mechanical changing sbb dia cvt n pkai wet clutch,mmg beza coz eden ada flx se kat umah. Tp not bad lah option sat tuh.

    Yg aku maksudkan, dr segi launching dr stagnant, clutch based dia lain ckit, clucth abis lepas br smooth abis, klu x, dia cam reving ckit, yg pkai torque con cam sylphy, dia terus jek, rev xjatuh. Hanya time stagnant, n time slow tekan foot brake ajek. Yg lain, xbeza pun. Cume xtau cvt kat nissan nih yg bunyi dia senyap@ nvh sylphy kay gbox yg bagus coz bunyi cvt xbrp kedengaran.

    Ada plak yg thumbdown@anti bile aku ckp sylphy kat thailand mahal dr preve🙂 kat malaysia. Dah hakikat, kenala trimekan. Xkan kat thailand ada protection cam kat malaysia coz depa mana ada kete nasional. So, blehlah kita buat perbandingankan. Ke xboleh :-)? Org asyik banding2kan rega kete, sbb tuh aku rasa sesuai banding ngan thailand coz thailand antra hub negara2 asean bg kete jepun. Tp nak banding kat indon pun bleh, tp beza ckit rega kat thailand. Tp xsilap, polo kat thailand mmg mahal dr kete nippon kat sana.

  10. SAT akan menggunakan lebih banyak minyak.. (based on Exora CFE)

  11. tentang cfe, xbrp nak pasti coz eden test drive ajek, hanya owner cam tuan@puan yg tau, he..he..klu flx se, semasa eden driving, tp masa km krg dr 5k ler, xda beza ngat sat n full cvt, cume klu dlm cvt, klu jenis xdpt kwl diri(jenis suke tekan minyak rapat), minyakpun rapat , hu…hu…, dlm sat bleh kawal ckit coz ada effect dia drop gear, senang ngawal, tp personally, ttp suka full cvt, bkn sahaja smooth, xtrase powerdown.

    Klu dlm sat, bwh 2k rpm, mmg trase pwr kureng, 2k rpm br mari. Klu bwk full cvt, mmg xtrase undertorque langsung coz cvt akan cr ratio sesuai dgn speed, load n terrain walupun hanya tekan 2k rpm jek, tp klu dlm sat, kdg2, dia hunting down sbb perlukan torque lebih.

    Sorry panjang plak bebel. Tp mmg stakat aku test drive, mmg jatco sourced nissan cvt mmg best berbanding cvt yg aku penoh bwk cam lancer, inspira, jazz, city, altis n mahupun prtn punch based cvt. Tp wet clutch cvt cam prtn pkai ada potensi utk cvt in future coz xsilap byk yg guna cvt dh focus pada yg wet clutch punya cvt based sbb minimum powerloss, direct link ngan enjin, cam gbox manual. Sejauh mana potensi, xtau, tggu n lihat.

    Cume nissan ni eden tabik bab comfort, toyotapun xbleh lwn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s