funtasticko design

http://funtasticko.net

Volkswagen Golf 2013 diperkenalkan secara rasmi

9 Komen

Inilah dia keturunan yang ketujuh dalam susur galur keluarga Volkswagen Golf yang telah diperkenalkan secara rasmi di negara kelahiran nenek moyangnya, Berlin, Jerman. Setelah 36 tahun berada dipasaran dengan beberapa generasi dan jumlah jualan keseluruhannya berjumlah 29 juta unit seantero dunia, kini generasi terbarunya juga bakal mewarisi kehebatan model sebelum ini.

Dengan rekaan yang moden, model yang akan dijual dipasaran Amerika Utara sebagai Volkswagen Golf 2014 ia mewarisi DNA model generasi ke-6 dengan kelainan yang ketara pada garisan badan yang lebih tajam serta cermin kecil di hujung bahagian hadapannya. Secara umum saya dapat lihat DNA pada model konsep Volkswagen TEX, ada pada model ini terutama dibahagian bumper belakang yang agak unik dan menarik. Menurut ketua pereka Volkswagen, Walter de Silva, salah satu kunci kejayaan model Golf ialah kesinambungan antara model terkini dengan yang sebelumnya sehingga menjadikannya sebuah rekaan yang bertahan lama.

Walaupun model ini masih mengekalkan DNA keluarga Volkswagen, Golf Mk7 ini dibangunkan atas platform serba baru yang dikenali sebagai MQB (Modularer Querbaukasten) atau Modular Transverse Matrix yang juga berkongsi dengan model Audi A3 2013 dan juga Seat Leon generasi baru. Dengan ukuran  4,255mm (167.5 inci) panjang, model terbaru Golf ini 56 mm (2.2 inci) lebih panjang dari yang sebelumnya dan 59 mm (2.3 inci) lebih panjang tapak rodanya pada 2,637 mm (103.8 inci).

Pertambahan keluasan bahagian luarannya juga memberi kelebihan untuk ruang dalamannya dengan 15mm (0.59 inci) lebih ruang kaki belakang, ruang bahu hadapan bertambah  31 mm (1.22 inci) kepada 1,420 mm / 55.9 inci (belakang 30 mm atau 1.18 inci) dan ruang siku bertambah 22 mm (0.87 inci) kepada 1,469 mm / 57.8 inci (20 mm lebar dibelakang).

Ruangan bagasi juga bertambah sebanyak 30 liter kepada 380 liter, manakal tempat duduk penumpang hadapan boleh dilipat sepenuhnya kehadapan, secara tidak langsung berjaya menambah kapasiti muatan kepada 2,412 mm (95 inci) panjang.

Rekaan dalamannya merupakan evolusi daripada model sebelumnya dengan perubahan yang ketara pada konsol tengah papan pemuka yang kini lebih menghala ke arah pemandu. Ditambah pula dengan kehadiran skrin sentuh berwarna berukuran 5.8 inci dengan fungsi navigasi dan boleh dipertingkatkan kepada skrin 8 inci yang lebih besar.

Model terbaru ini mempunyai pelbagai pilihan enjin petrol dan diesel dengan pilihan transmisi enam kelajuan manual dan tujuh kelajuan dual clutch DSG. Untuk pasaran Eropah, Volkswagen telah membangunkan dua enjin generasi baru (petrol and diesel) untuk model ini, kesemuanya dilengkapi dengan ciri standard sistem stop/start  dan regenerasi bateri yang boleh menjana 84hp (85PS) hingga 148hp (150PS).

Ini termasuklah enjin petrol 1.2 liter TSI 84HP (85PS) dan 1.4-liter TSI 138HP (140PS) dengan teknologi Active Cylinder, yang boleh menyahaktifkan dua silinder serta boleh mencapai sehingga 4.8 lt/100 km. Untuk enjin diesel pula, unit1.6 liter dengan 104HP (105PS) dan 2.0-liter 148HP (150PS) yang boleh mencapai sehingga 4.1 lt/100 km.

Ciri-ciri keselamatan seperti sistem brek pelbagai perlanggaran, sistem PreCrash yang menegangkan tali pinggang keledar dan menutup tingkap dan sunroof, dengan hanya meninggalkan sidikit ruangan untuk memastikan perlindungan dari beg udara semasa berlaku perlanggaran. Selain tu, ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control, Front Assist, City Emergency Braking dan Park Assist juga diperkenalkan untuk model terbaru ini.

Bilakah model ini akan masuk ke pasaran Malaysia? Kita nantikan pengumuman daripada Volkswagen Malaysia. 🙂

VIDEO

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

9 thoughts on “Volkswagen Golf 2013 diperkenalkan secara rasmi

  1. tader la best sangat! biasa je!
    konfius gak dgn ver Golf sblm ni

  2. centre console die ad sdikit mcm preve tp looks more upmarket….

  3. aircond pakai pusing pusing jugak loh. ok jek.
    ( beriter P322A maner boh. ngatuk doh nih…).

  4. kalau tengok dari pandangan sisi (side view), tak nampak sporty….kelihatan bahagian belakang terebih panjang…

  5. yg ni starts pakai MQB platform?

  6. Mmm… evolusi drp model legasinya. Golf baru generasi ke 7 nie memberi perincian yg lebih detail dari setiap sudut pandangan. Walaupun model compact, tapi pemilihan tayar yg besar berbanding model compact yg lain membuatkan model nie kelihatan gah bila dijalanan. Sy terbayang kalaulah, model replacement saga nanti mempunyai ciri2 kehalusan garisan yg simple begini tapi kecantikannnya nanti adalah ketara berpanjangan:) Dan juga perincian lampu depan n belakang nya gak bleh dijadikan inspirasi:)

    cheers!

  7. sudah habis raya, mana P3-22a ?

Tinggalkan Jawapan kepada farghmee Batal balasan