funtasticko design

http://funtasticko.net

Ford Mondeo 2013 bakal dijana enjin 1.0 EcoBoost

3 Komen

Percaya atau tidak, kereta segmen D ini bakal dijana oleh enjin 1.0?  Inilah yang dibuktikan oleh Ford kerana mereka telah mengesahkan bakal memasukkan enjin 1.0 EcoBoost ke dalam model Ford Mondeo 2013. Secara logiknya adakah memadai enjin sekecil itu untuk menjadi model sebesar ini?

Enjin 1.0 EcoBoost walaupun kecil dari segi kapasitinya, dilengkapi dengan teknologi terkini seperti twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT), sebuah unit low-inertia turbocharger kompak yang  berputar pada  248,000rpm, suntikan bahan api terus, kepala silinder aluminium dengan integrated exhaust manifold dan cambelt-in-oil.

Untuk model Mondeo ini, enjin petrol 1.0 liter EcoBoost boleh menjana 123HP (125PS) dan 170Nm (125 lb-ft) tork atau sehingga ke 200Nm (147 lb-ft) semasa mod “overboost” bermula pada 1,450rpm dan mengeluarkan pelepasan CO2 kurang daripada130g/km. Unit enjin ini akan menggantikan enjin aspirasi semulajadi (N/A) 1.6 liter empat sebaris yang boleh menjana 118hp (120PS) dan pelepasan CO2 156g/km.

Ford bakal mengeluarkan butiran terperinci mengenai Ford Mondeo 2013 di pameran Go Further, Belanda pada 6hb September nanti.

Advertisements

3 thoughts on “Ford Mondeo 2013 bakal dijana enjin 1.0 EcoBoost

  1. Ni roadtax sure macam Kenari aje, RM20. Tapi masuk Malaysia ke? Sebab rakyat Malaysia ni cakap (terutamanya proton) enjin kecik, body besar, tak boleh naik genting. 🙂

  2. kalau proton boleh buat 1.6 CFE equal to 2.0 punya kuasa, takkan ford tak boleh. in fact dah jadi trend downsizing engine .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s