funtasticko design

http://funtasticko.net

Model utama terbaru Ferrari, F12berlinetta kini tiba di Asia Tenggara

2 Komen

Baru-baru ini Ferrari Indonesia telah memperkenalkan generasi terbaru F12berlinetta 12 silinder kepada tetamu dari Asia Tenggara di  Garden Sampoerna Strategic, Jakarta. F12berlinetta memiliki ciri-ciri seperti kereta Formula Satu dengan pelbagai aspek yang menarik sebagai sebuah kereta jalanan.  Dengan kuasa 740hp, bentuk yang kompak, pemanduan yang tangkas, pengagihan berat yang optimum dan tersendiri, bentuk yang aerodinamik, model terbaru ini menandakan kemajuan besar dalam sejarah 12 silinder Ferrari. Majlis pelancaran telah dihadiri oleh Mr. Simon Inglefield, Ketua Rantau Asia Pasifik dan Negara Lain Ferrari, Mr. Soetikno Soedarjo, CEO Kumpulan MRA, Irmawan Poedjoadi, Pengarah Presiden PT. Citra Langgeng Otomotif, bersama warga media dan tetamu dari Indonesia, Malaysia, Thailand and Filipina.

F12berlinetta merupakan model berprestasi paling tinggi Ferrari pernah dibina namun ia masih mengekalkan prestasi ekstrim dengan penanda aras kecekapan, memberikan penggunaan bahan api dan tahap pelepasan yang 30% lebih rendah daripada generasi sebelumnya. Cabaran untuk jurutera dan juruteknik Ferrari kali ini adalah untuk mewujudkan kereta enjin depan dengan prestasi hebat pada masa yang sama mampu untuk memberikan keseronokan semasa memandu dan  berada pada kelajuan rendah. Satu tugas yang sukar kerana ia bermakna memperbaiki reka bentuk 599 GTB Fiorano, dianggap Ferrari yang paling indah pernah direka.

Namun dengan komitmen dan kesungguhan mereka telah menghasilkan sebuah kereta sport enjin V12 pertengahan depan baru yang luar biasa dengan 740 hp yang menyampaikan 690 Nm tork. Casis spaceframe dan bodyshell F12berlinetta kedua-duanya merupakan yang terbaru dan menggunakan 12 aloi aluminium yang berbeza – ada yang digunakan untuk pertama kali dalam sektor automotif dan penggunaan pelbagai teknologi yang canggih. Program penyelanggaran 7 tahun juga telah dilanjutkan oleh Ferrari untuk para pelanggannya mendapat khidmat yang terbaik selepas jualan.

F12berlinetta technical specifications

Engine
Type                                        65° V12
Bore/stroke                             94 x 75.2 mm
Total capacity                        6262 cc
Compression ratio                   13.5:1
Maximum power                     545 kW (740 CV) at 8250 rpm
Specific power output             118 CV/l
Maximum torque                    690 Nm at 6000 rpm
Maximum revs                        8700 rpm

Dimensions and weight
Length                                     4618 mm
Width                                       1942 mm
Height                                      1273 mm
Wheelbase                              2720 mm
Front track                              1665 mm
Rear track                               1618 mm
Dry weight*                             1525 kg
Kerb weight*                           1630 kg
Weight distribution                   46% front, 54% rear
Weight/power ratio                  2.1 kg/CV
Fuel tank                                 92 l

Wheels and tyres
Front                                        255/35 ZR 20 9.5J
Rear                                        315/35 ZR 20 11.5J

Front (winter tyres)                 255/35 ZR 20 9.5J
Rear (winter tyres)                  305/35 ZR 20 11.5J

Carbon-ceramic brakes (CCM3)
Front                                        398 x 223 x 38 mm
Rear                                        360 x 233 x 32 mm

Electronic controls
ESC                                        Stability control High-performance ABS/EBD High-performance anti-lock braking system with        electronic brake balance
F1-Trac                                  F1 traction control
E-Diff 3                                   Third generation electronic differential
SCM-E                                     Magnetorheological damping control with twin solenoids

Gearbox
F1 dual-clutch 7-speed

Performance
Top speed                               over 340 km/h
0-100 km/h                              3.1 sec
0-200 km/h                              8.5 sec

Consumption and Emissions (ECE + EUDC combined cycle)
Consumption**                        15l/100 km
CO2 emissions**                     350 g/km

*With lightweight options

**ECE+EUDC with HELE system

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

2 thoughts on “Model utama terbaru Ferrari, F12berlinetta kini tiba di Asia Tenggara

  1. the most powerful ferrari ever built

  2. segala-galanya tentang kereta ini terlalu besar dan terlalu banyak.
    memang “exotic”lah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s