funtasticko design

http://funtasticko.net

My Chery, My Condo menawarkan sebuah kondominium untuk dimenangi

2 Komen

Chery Automobile (Malaysia) Sdn Bhd, hari ini melancarkan kempen My Chery, My Condo, yang menjanjikan bakal pelanggan baharunya peluang untuk memenangi hadiah yang hebat dan lumayan. Meneruskan populariti kempen I Love Chery pada tahun lalu, kali ini mereka memberikan peluang terbaik untuk beli dan menang.

Peraduan dengan slogan terbaik akan diadakan semasa promosi My Chery, My Condo berlangsung selama 5 bulan bermula 14hb September hingga 15hb Feburari 2013. Pembeli kereta Chery semasa promosi ini berlangsung bukan sahaja membawa pulang kereta baharu, malah berpeluang memenangi hadiah hebat.

Hampir semua orang mengimpikan memiliki kereta yang cantik dan menduduki rumah yang selesa dan maka dengan itu Chery akan menjadikan impian tersebut bakal menjadi kenyataan untuk seorang pembeli yang bertuah.50 pelanggan Chery yang terpilih dengan slogan terbaik bakal merebut peluanguntuk memenangi kondominium mewah dengan 2 bilik tidur di Lagoon Suites, Kota Kemuning yang bernilai hampir RM400,000!

Selain itu, antara hadiah menarik program My Chery, My Condo yang bakal dimenangi adalah :

Hadiah Utama : Sebuah kondominium mewah bernilai RM400,000
Hadiah kedua : Wang tunai RM5000
Hadiah ketiga : Wang tunai RM3000
Hadiah ke-4 hingga 19 : Baucer petrol RM400 + Baucer RM300 dari Chery
Hadiah ke-20 hingga 39 : Baucer petrol RM300 + Baucer RM200 dari Chery
Hadiah ke-40 hingga 50 : Baucer petrol RM200 + Baucer RM100 dari Chery

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen My Chery, My Condo campaign, pelanggan boleh terus ke mana-mana pengedar sah Chery (kecuali di Langkawi) atau boleh singgah di booth Chery stand di Star Motor Carnival 2012 pada 14hb hingga 17hb September ini.

2 thoughts on “My Chery, My Condo menawarkan sebuah kondominium untuk dimenangi

  1. jauhnya beza hadiah pertama ngan ke2

  2. kt China pon xlaku natang ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s