funtasticko design

http://funtasticko.net

Nissan No.1 dalam Indeks Kepuasan Jualan (SSI) di Malaysia tahun 2012

2 Komen

* gambar sekadar hiasan

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan pencapaian terbaharunya apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2012 oleh J.D. Power Asia Pacific. Kajian SSI Malaysia 2012 adalah berdasarkan kepada maklum balas 2,451 orang pemilik kenderaan baharu yang membeli kenderaan mereka di antara Ogos 2011 hingga April 2012. Kajian itu dijalankan di antara bulan Februari hingga Jun 2012.

Menurut Pengarah Eksekutif J.D. Power Asia Pacific, Mohit Arora di antara sepuluh jenama yang terlibat dalam kajian ini, Nissan menduduki ranking tertinggi dengan skor 796 mata. Nissan memiliki prestasi baik dalam empat daripada tujuh faktor iaitu tawaran, jurujual, kertas kerja dan waktu penghantaran.

Mengulas tentang pencapaian itu, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Pencapaian ini merupakan satu detik penting buat ETCM. Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang signifikan ini. Kejayaan ini boleh dikatakan sebagai hasil daripada program “You Can Count On Us” ETCM yang dilancarkan pada Jun 2011.

“You Can Count On Us” merupakan janji dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Bermula dari pelanggan Nissan melangkah masuk ke dalam bilik pameran, mereka boleh mengharapkan perkhidmatan yang begitu berdedikasi kerana para Penasihat Jualan kami dipandu oleh tiga nilai utama iaitu ‘Ramah’, ‘Dedikasi’ dan ‘Percaya’.”

Dato’ Dr Ang turut mengulangi bahawa pencapaian ini tidak mungkin boleh dicapai tanpa sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan Nissan. ETCM komited untuk terus mengutamakan pelanggannya kerana syarikat ini sentiasa berusaha sedaya upaya dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Tahniah Nissan & ETCM!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

2 thoughts on “Nissan No.1 dalam Indeks Kepuasan Jualan (SSI) di Malaysia tahun 2012

  1. Wah…skrng proton lbh baik drp perodua..

  2. Mmm… alhamulillah. Tahun nie proton berada di atas Industri average:) Tahun2 sebelumnya selalu jer di bawah level tu bersama perodua. So, apa maknanya?🙂 … Committed to be better!

    Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s