funtasticko design

http://funtasticko.net

Hyundai i30 ikut jejak Pro_cee’d ke Paris Motor Show

1 Komen

Selepas KIA mula menunjukkan rupa model Pro_cee’d, kini tiba pula giliran Hyundai, menunjukkan rupa model i30 hatchback versi tiga pintu. Model ini juga dikenali sebagai Elantra GT di pasaran Amerika Utara.

Model ini berbeza dengan model lima pintunya bermula dari  A-pillar hingga ke belakang yang nampak lebih spoty, bumper dan pintu belakang yang direka semula selain bahagian sisi belakang yang lebih menyerlah. Pereka di Hyundai juga membuat perubahan dibahagian hadapan terutama dibahagian bumper yang mempunyai bentuk lampu kabus yang berbeza dan gril hadapan berbentuk segi enam dengan kemasan berwarna hitam dibahagian bar tengahnya.

Hyundai i30 bakal dijana dengan enjin yang sama dengan model lima pintu dan station wagon, iaitu enjin petrol dan diesel 1.4 liter dan 1.6 liter yang mampu menjana 89hp (90PS) hingga 126hp (128PS), dipadankan pula dengan kotak gear enam kelajuan manual dan automatik. Lagi info lanjut mengenai model ini bakal diketahui selepas pengenalannya di Paris Motor Show hujung bulan ini.

sumber : carscoop.blogspot.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

One thought on “Hyundai i30 ikut jejak Pro_cee’d ke Paris Motor Show

  1. Korean era begin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s