funtasticko design

http://funtasticko.net

Kenali lebih dekat Nissan Almera di Karnival Star Motor

Tinggalkan komen

Nissan Almera sedang dipamerkan di Karnival Star Motor, Bukit Jalil bermula dari 14hb hingga 17hb September ini. Pengunjung bukan sahaja boleh melihat dengan lebih dekat dan malah boleh mengenali model sedan global terlaris dari Nissan. Nissan Almera mempunyai ruang dalaman yang luas, berteknologi tinggi dan rekaan luaran yang bergaya. Model ini dijana oleh enjin terkini dari Nissan, enjin 1.5 liter HRD15DE yang mempunyai Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC), yang memberikan pemanduan yang lancar dan jimat bahan api.

Nissan Almera juga dibina menggunakan platform pelbagai global terbaru yang dikenali sebagai platform“V” yang lebih ringan dan kukuh. 3 pilihan dengan gred yang berbeza, ‘E’, ‘V’ & ‘VL’ ditawarkan sebagai pilihan kepada bakal pembeli. Gred ‘E’ terdapat dua pilihan, transmisi automatik & manual manakala gred ‘V’ & ‘VL’ hanya datang dengan transmisi automatik sahaja.

Terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik seperti Bronze Gold, Sapphire Black, Twilight Grey, Tungsten Silver dan Brilliant White untuk model ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat kereta tersebut dan membuat tempahan, boleh datang terus ke Karnival Star Motor yang sedang berlangsung sekarang. Jangan lepaskan peluang ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s