funtasticko design

http://funtasticko.net

INFO TERKINI : Model GSC (Global Small Car) Proton bakal guna enjin generasi baru?

32 Komen

* gambar sekadar hiasan

Saya terdengar desas-desus yang kemungkinan model GSC (Global Small Car) Proton bakal menggunakan enjin generasi baharu yang dikenali sebagai NFE. Apa maksud NFE pun masih tidak diketahui dan ia bakal menggantikan IAFM+. Mungkin juga NFE ini adalah kesinambungan dari projek enjin generasi baharu yang dahulu dikenali sebagai Family Y. Enjin ini dikhabarkan lebih efisien dan hijau (mesra alam) walaupun menggunakan bahan api petrol. Sama ada enjin ini mempunyai versi N/A sahaja atau berkuasa turbo seperti CFE masih lagi menjadi rahsia.

Difahamkan pembangunan enjin ini sedang berjalan dan belum dapat dipastikan bila enjin ini sedia untuk dikomersilkan. Selain itu model GSC (Global Small Car) bakal menggunakan platform Savvy/Saga atau mungkin juga platform serba baru. Berkenaan dengan P3-22A pula, model ini bakal dilancarkan pertengahan tahun hadapan dan menurut info terkini, variant CFE dengan kotak gear manual enam kelajuan telah dibatalkan.

* info di atas masih lagi belum dipastikan kesahihannya dan jika ada info terkini saya akan kongsikan bersama anda dari semasa ke semasa, tungguuuu….. 🙂

32 thoughts on “INFO TERKINI : Model GSC (Global Small Car) Proton bakal guna enjin generasi baru?

  1. Knapa variant cfe 6speed dibatalkn?problem ke?

    • too dangerous for malaysian to handle the torque with manual…LOL

      • hahahahhaha.. betul2. Karang ada gak preve terbang atas bumbung rumah org karang.

        Ala sebenarnya kita org malaysia dah kurang guna manual dari auto. Itu mmg perkara yg memalukan tapi mmg benar. Toyota, Honda Hyundai semua dah guna autobox dan manual nh SEMEMANGNYA jarang. saya pun dah beli kereta auto pasal senang.
        Tapi bagi saya, PROTON(DRB HICOM) sepatutnya variankan lagi engine cfe and produk. Kenapa still terkedek nak launch exora commersial sedangkan pasaran semipanel van nh luas. And about Arena R. Bukan nak kata produk tu x laris, tapi why not tumpu kan kereta tu untuk pasaran luar.
        About the GSC, if they still used the crappy 4 speed auto, i think 1 want to slap some people faces. I know they have the cvt GB but ya la, who knows what they gonna do.

    • yeke cancel..macam tak je

  2. 6 speed cancel? no fun 😦

    • Happy: bila Bro Hezeri komen dlm fb tgh hari tadi,Cfe 6 speed manual sedap,dia test dlm Rnd..
      Sad: bila dgr Admin kata canceled..

      * Tq Admin sbb memeriahkan balik blog funtasticko,klau xde cerita PROTON x meriahlah blog ni kan..

      • sayang nye CFE manual dibatalkan…permintaan ramai ni, kalau dipasarkan dh tentu penjualaan meningkat dan tahun depan mungkin dpt anugerah kerete domestik….

  3. NFE- natural fuel effesion kot… platform rasa baru.. coz proton dah boleh bangun kan platform baru.. so takde kekangan nak design kereta…. p322A tu rasa lama lagi… 2014 mungkin… tggu org bosan dengan preve sedan.. then baru kereta baru kuar.. kalu tak nanti susah nak niaga.. hahaahhha

  4. tu la.. sayang projek 6 speed MT kena scrap. nak wat camane..mmg pasaran niche utk kete manual ni. It’s business decision.
    apepun gmbira jugak klau gsc proton guna enjin proton instead of enjin mitsu. ape pulak nasib compact MPV proton ye? proceed or scrapped?

  5. Ada sesiapa tahu performance index enjin family Y?

  6. sekadar berkongsi~
    http://forum.lowyat.net/topic/2510972
    preve crash test

  7. proton doesnt like boy racer la…

    cfe manual will pawn civic , elantra ,corolla , lancer cvt …………………

  8. may be enjin 1.2 or 1.5 dari mitsubishi…sbb ada “org” x nak enjin campro…

  9. mana la dapat informasi semua ni……haiiiiiii…minta maaf la aku tak percaya.

  10. CFE 6speed canceled or donwgrade ke CFE 5speed..

  11. lawa kete SGC nie.. harap2 bile kuar nati same sebijik mcm nie.. baru mengancam..

  12. dgr citer guna 1.3 cfe

  13. tak best la manual cfe takde.. dah bosan bawak auto sekurang2 nye buat la optional

    kalau dah org bisnes jadi bos mmg payah sket

  14. delay lagih… so excitement for next few month arr nih…common. release for journo dulu pon tak per. meriah sket..

  15. Enjin baru ada direct injection ka?

  16. wahhh.. baru meriah blog nih.. suka2… gear manual zaman sekarang mungkin mcm AMT… manual boleh auto pun boleh.. pasal GSC.. proton patut ambil peluang sebab … saya tgk atas jalan raya mmg banyak dan ramai orang beli kereta kecil selain P2 n Jazz.. suria, picanto, getz… tapi model seangkatan dengan proton, Savvy.. boleh kira dengan jari jumlah jualan dalam sebulan. kalau compare dengan harga pesaing proton, ia lebih tinggi.. tapi ramai juga yang beli sedangkan savvy yang paling murah tu pun tak ramai orang beli… bukan tak bagus tp orang tak nampak kot…harap GSC nanti dapat menawan hati pembeli.. pasal CC hmm. VW sentiasa menampilkan kelainan ada yang 1.2l, 1.4, memang skrg trend pembuat kereta buat enjin kecil tapi power kot…:)

  17. Sy setuju DRB scrap projek 6speed manual, ditempat kerja saya ada 1 mini cooper s 6speed manual dah aging 3tahun. Minat terhadap gear manual merudum teruk.

    Suka saya syorkan pada proton supaya mengeluarkan enjin hybrid kerana setakat ini gergasi Toyota dan Honda sedang menguasai pasaran hybrid tempatan , dengar cerita Naza juga berkira2 membawa masuk (GM) Buick LaCrosse hybrid meraka sedang melobi kerajaan ‘initiative’ to make malaysia Energy Efficient Vehicles (EEV). Harga tanpa tax Buick LaCrosse USD33,870.

    Untuk record Honda menjual 4568 unit Insight Hybrid (99.8k) dan Toyota melalui Prius (139k)terjual 2440 unit tahun lalu (2011) .

    Bagi pengeluar kerata Nissan pula meraka tidak mempunyai produk hybrid. So jangan tak tau.

    Happy motoring.

    • SA ker.
      Mmg manual org dah kurang dah. Semua sekarang CVT, AMT dan lain2 lagi.. Manual teramat kurang

  18. Manual x sesuai utk situasi traffic kat Malaysia, kawasan luar bandar pun dh x sesuai pakai manual sbb jumlah kenderaan meningkat, lagipun auto dgn fungsi manual dh ada bnyk kat model sedan mcm inspira dan preve

    • Tapi untuk manual ni kena ada juga sebab di europe mereka lebih sukakan manual dari auto. Untuk malaysia mmg tak nampak sangat impak jualannya sebab malaysia dah ke arah membawa auto. Mentality malaysia telah dihakis sedikit demi sedikit sebegitu rupa dengan alasan “jem”.. btw aku lebih sukakan auto yangl eh overide manual dari bawa kereta manual leh pilih ikut mood kita bawa. 😀

  19. versi manual 6 speed terdapat pd model P3-22A.

  20. well it is not surprising because back in 2010 when the emas launch proton did mention about a small engine that they will make ready by 2013

  21. ohh about the 6 speed auto well that depends on the market needs .

    Now the new GSC (Small Car ) will be a very importent car for proton in the near future ,so it has to have a new engine be it Hiybrid or Diesel

  22. Untuk update projek GSC atau project code P230A..model ni menggunakan platform baru..hanya 10% part carryover digunakan dan 90% part baru akan dibangunkan..kickoff project ni akan bermula selepas raya cina..dan sample bagi stage P0 akan dijadualkan keluar pada bulan June..

    p/s: project ni dah delay hampir 6 bulan..sepatutnya dah kickoff bulan 9..then tunda bulan 11 thun lepas..disebabkan peralihan Proton di bwah pengurusan DRB-HICOM..akhirnya akhir bulan 3 tahun ni baru start project..mmg sgt suntuk dateline yg dikejar..harap2 vendor2 sumer dh bersedia untuk project ni..semoga sukses..AMIN

Tinggalkan Jawapan kepada istvan Batal balasan